Setelah mendaftarkan diri, Aisya duduk di atas bangku berdekatan dengannya. Terdapat ramai mahasiswa dan mahasiswi sedang berlegar-legar di universiti itu. Aisya tersenyum sendirian dan menikmati keindahan pemandangan di UIAM. Antara banyak-banyak universiti UIAM juga yang dipilihnya.
Dia teringatkan keluarganya. Keluarganya tidak dapat menghadirkan diri ke sesi pendaftarannya. Manakan tidak ayahnya yang sudah berusia 50-an masih bekerja pada hari Sabtu seperti kakaknya yang sudah dinaikkan pangkat sebagai seorang akauntan. Abangnya, Izhan bekerja sebagai seorang engineer manakala abangnya Ehsan pula telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang ICT dua bulan yang lalu. Mereka semua sibuk dengan hal-masing-masing. Aisya hadir ke sesi pendaftaran ini pun dengan menaiki kereta yang dibeli oleh kakaknya sebagai hadiah sempena kejayaannya mendapat keputusan SPM yang cemerlang dan kakaknya yang telah dinaikkan pangkat. Kereta Honda City. Jangan jealous.
Impian keluarganya sudah tercapai. Tinggal Aisya dan abangnya Ehsan sahaja yang masih belajar. Sedang asyik mengelamun dia ditegur oleh seseorang. "Assalamualaikum, cik. Boleh tumpang tanya?" tanya seorang lelaki. Mungkin seorang mahasiswa tahun satu. Aisya tersentak lalu melihat kepada gerangan yang bertanya kepadanya. Kelihatan sebuah keluarga sedang berdiri tidak jauh dari bangku yang didudukinya. 'Mungkin keluarganya.' fikir Aisya.
"Waalaikumussalam. Iya. Boleh saya bantu?" tanya Aisya sopan. "Di mana saya boleh mendaftarkan diri?" tanya lelaki itu. Mungkin lelaki ini tersesat jalan. "Oh. Encik boleh pergi ke blok itu dan mendaftarkan diri dan sekiranya encik ingin mengambil kunci asrama pun encik boleh mendapatnya di sana." jawab Aisya sambil tersenyum.
"Terima kasih, cik." ucap lelaki itu sambil tersenyum. Senyumannya sungguh menawan. 'Kacak juga lelaki ini.' fikir Aisya. Namun, tiada debaran di hatinya walaupun lelaki di hadapannya itu seorang yang baik serta kacak. Hatinya masih pada Asyraf.
"Sama-sama." ucap Aisya pula. Setelah lelaki itu beredar, dia pun menyambung lamunannya yang terhenti sebentar tadi.
Sebenarnya, Aisya berasa sunyi. Dia tiada rakan untuk berbual kerana tiada seorang pun mahasiswi atau mahasiswa yang dikenalinya. Jika ada walau seorang tidaklah dia sunyi begini. Setelah hampir 5 minit mengelamun, dia bangun untuk ke bilik asramanya. Kunci bilik sudah berada di tangannya. Dia melangkah ke bilik sambil mengangkat beg dua buah bagasi yang besar. Walaupun kedua-dua beg itu besar, ianya tidaklah berat bagi Aisya kerana dia sudah biasa mengangkat barang yang berat ketika bekerja sambilan selepas tamat SPM dahulu.
Sampai sahaja di bilik asrama, Aisya membuka tombol bilik yang telah dikunci. Setelah dibuka, dilihatnya masih tiada sesiapa di dalam bilik itu. Sepatutnya dia ada seorang roommate seperti kata seorang mahasiswi yang mendaftarkan namanya tadi. Mungkin masih belum tiba. Dia duduk bagi melepaskan lelah di atas katil yang tertulis nombor katil. Iya. Itu adalah katilnya.
'Letihnya. Rasa nak buka saja tudung. Panas. Tapi tak boleh lagi. Buatnya nanti roommate bawa keluarganya ke bilik tak ke naya. Tak pasal-pasal auratnya terbuka. Sudahlah pintu bilik tak tutup.' fikir Aisya. Dia hanya membiarkan pintu biliknya terbuka. Sebenarnya dia sedang menantikan roommate. Setelah hampir 15 minit, akhirnya tiba juga roommate sambil membawa keluarganya.
"Err...Assalamualaikum. Awak tinggal di bilik ini ke?" tanya gadis itu. Cantik juga gadis itu. "Waalaikumussalam. Iya. Saya tinggal di bilik ini." jawab Aisya. "Hai, nama saya Alisya. Saya tinggal di bilik ni. Nama awak apa?" tanya gadis itu dan memperkenalkan diri sambil tersenyum. " Hai, nama saya Aisya. Itu keluarga awak ke?" tanya Aisya pula sambil memandang ke arah sebuah keluarga di hadapannya. "Iya. Itu keluarga saya. Mama, papa, along. Masuklah." jawab Aisya sambil memanggil keluarganya masuk ke dalam bilik.
Tiba-tiba lelaki yang dipanggil 'along' oleh Alisya tadi bersuara. "Oh! Bukan ke tadi kita baru jumpa?" tanya lelaki itu. 'Aik? Pelik bin ajaib. Bila masa pula aku jumpa dia? Aku kenal dia ke? Dia kenal aku ke? Rasanya aku tak pernah pun jumpa dia.' fikir Aisya dengan penuh persoalan di fikirannya. "Eh?" tanya Aisya. Lelaki itu mula menyedari mungkin Aisya tidak mengingatinya. "Tadi bukan ke saya ada tanya awak di bangku kat mana arah untuk mendaftarkan diri?" tanya lelaki itu. Lelaki itu cuba mengingatkan Aisya tentang dirinya.
Aisya berfikir sejenak. Lama. Kemudian, barulah dia ingat. "Oh! Saya dah ingat. Maafkan saya. Saya terlupa." ujar Aisya sambil tersengih. Manakan tidak. Baru sahaja berjumpa. Manalah dia ingat orang yang dijumpainya sepintas lalu. "Tidak mengapa. Lagi pun macam mana awak nak ingat sedangkan baru lepas berjumpa. Itu pun sekejap." balas lelaki itu. Wanita yang dipanggil 'mama' oleh Alisya tadi bertanya. "Nama mak cik Asmah. Panggil saja mak cik. Umur kamu berapa?" tanya Puan Asmah, ibu Alisya.
"Umur saya 18 mak cik." balas Aisya dengan sopan sambil tersenyum. "Oh! Kita bertiga sama umurlah. Tidak mengapa, Alisya. Jangan segan-segan dengan roommate." sampuk lelaki itu. "Anak mak cik Alisya ni memang pemalu dan pendiam. Tapi kalau dengan hanya kami, kami sahaja yang tahu betapa nakal dan bisingnya dia." ujar Puan Asmah sambil ketawa. Aisya yang mendengarnya turut ketawa. "Mama, janganlah malukan adik." marah Alisya manja dalam malu.
"Ini abang Alisya. Namanya Aliff. Aliff ni pun belajar di sini. Dia ambil bidang kedoktoran. Mereka berdua ni kembar tak seiras. Ini pula papa mereka." cerita Puan Asmah sambil memperkenalkan ahli keluarganya. Seperti perjumpaan keluarga untuk anak yang ingin berkahwin pula. "Panggil saja pak cik, Aisya." ujar Encik Mahmud, ayah Alisya. "Baik, pak cik." balas Aisya.
Sekurang-kurangnya, tidaklah Aisya kesunyian apabila berbual dengan keluarga Alisya. Setelah agak lama berbual, mereka meminta diri untuk pulang. Tinggallah Aisya dan Alisya di bilik. Setelah mengunci pintu bilik, Aisya dan Alisya membuka selendang masing-masing kerana sudah tidak tahan kepanasan. "Awak ambil course apa?" tanya Aisya ramah. Dia cuba untuk merapatkan hubungan kawan dengan Alisya. "Saya ambil course kejururawatan. Saya ni kurang pandai sedikit berbanding along saya." balas Alisya. "Awak pula ambil course apa?" tanya Alisya.
"Saya ambil course kedoktoran juga." jawab Aisya. "Maknanya awak sama course dan sama pandai macam along sayalah. Untungnya awak sebab pandai dalam pelajaran. Along saya tu dia bukannya belajar sangat tetapi sentiasa dapat straight A dalam pelajarannya." cerita Alisya. "Iya? Hebatnya along awak. Saya kalau nak dapatkan keputusan yang bagus mesti kena usaha lebih." cerita Aisya pula. " Tak apalah. Sekurang-kurangnya awak berusaha." puji Alisya. " Awak pun sama. Jomlah kemas barang. Nanti boleh rehat-rehat sekejap sementara menunggu sesi suai kenal nanti." ajak Aisya. "Jom." balas Alisya.
Share this novel