Sudah dua hari berlalu. Tetapi, Aisya masih tidak ketemukan jawapan. Sudah dua hari dia tidak bersemuka dengan Asyraf kerana cuti. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Asyraf. Dia hanya memberikan pesanan sebagai alasan bahawa dia tidak sihat kepada Prof. Razak. Mujur Prof. Razak termakan dengan lakonan penipuannya selama dua hari. Bukan senang untuk meraih kepercayaan Prof. Razak. Maaflah kerana menipu Prof...
Dalam masa dua hari juga dia telah menunaikan solat istikharah selama dua malam berturut-turut semenjak hari Asyraf melamarnya. Dia tidak pasti dengan perasaannya. Memang sudah dua hari dia bermimpikan Asyraf tetapi bagaimana dengan hati Asyraf? Perasaan Asyraf? Aisya memang masih mencintai Asyraf tetapi bagaimana jika Asyraf hanya memainkan perasaannya? Dia takut untuk menghadapi realiti itu. Lagipun Asyraf sendiri yang mengatakan dia keliru dengan perasaannya. Bagaimana jika dia kecewa nanti?
Bertubi-tubi soalan menyinggah di benaknya. Setelah penat berfikir, dia pun bangun dan membuka telekung yang dipakainya lalu digantung pada penyangkut. Sejadah turut disangkut pada penyangkutnya. Kemudian, dia melabuhkan punggung di atas katilnya. Tidak lama kemudian, pintu biliknya yang diketuk dari luar menyedarkannya dari lamunan.
"Ya? Siapa kat luar tu?" jerit Aisya. "Alang ni." jerit Ehsan dari luar. "Buka sajalah pintu tu. Tak kunci pun." ujar Aisya. Pintu bilik pun terkuak. Tersembul wajah Ehsan di muka pintu.
"Kenapa alang?" tanya Aisya. "Tak nak makan ke?" tanya Ehsan pula. "Aisya dah makan dah. Alang yang lambat sangat balik rumah." balas Aisya. "Oh yeke? Hehe... Habis tu lauk lebih tu siapa nak habiskan? Kalau tak nak alang yang habiskan." tanya Ehsan lagi. "Habiskan sajalah, alang." ujar Aisya perlahan.
"Ini bukan adik alang. Ini bukan Aisya. Hantu mana yang merasuk adik alang ni?" usik Ehsan. "Hah? Hantu?" tanya Aisya dengan wajah kehairanan. 'Apa maksud alang? Jangan kat belakangak ada hantu sudah.' fikir Aisya. Kemudian, kedengaran suara Ehsan terkekeh ketawa.
"Tak adalah. Aisya mana pernah tolak tuah kalau bab makan ni. Tiba-tiba saja. Alang peliklah." jelas Ehsan sambil ketawa kecil. "Alang ni bukan takut Aisya saja." rungut Aisya. Ehsan melangkah mendekati Aisya.
"Kenapa dengan Aisya ni? Muka monyok saja." tanya Ehsan."Tak ada apa-apalah." ujar Aisya. "Ke gaduh dengan boyfriend?" duga Ehsan. "Ya Allah. Astaghfirullahalazim. Alang... Aisya mana ada boyfriend. Sudah banyak kali Aisya cakap." ujar Aisya. "Habis tu kenapa?" tanya Ehsan lagi.
'Cerita ke tak? Tapi kalau tak cerita mesti alang akan cari sampai lubang cacing. Ah! Beritahu sajalah!' getus hati Aisya. "Ada orang..." kata-katanya terhenti. Ehsan pula menanti adiknya meneruskan bicara.
"Ada orang lamar Aisya."
"Hah?!" jerit Ehsan. "Shush! Alang ni. Kantoilah nanti angah dengan ayah dengar." marah Aisya. Ehsan yang berdiri di hadapannya pula terus mengambil tempat di sebelah Aisya. "Serius? Siapa yang lamar?" tanya Ehsan.
"Adalah orang yang buat praktikal sekali dengan Aisya kat hospital. Macam mana ni, alang?" tanya Aisya. "Aisya suka dia ke?" tanya Ehsan. "Alang ni... Detail sangatlah." rungut Aisya sambil menggigit bibirnya.
"Alang tanya jawab sajalah." ujar Ehsan. Perlahan-perlahan Aisya mengangguk. "Dia ada kata yang dia suka Aisya?" tanya Ehsan lagi. Perlahan-perlahan juga Aisya menggeleng. "Kalau macam tu Aisya terima saja." putus Ehsan. "Eh? Kenapa alang suruh terima sedangkan dia tak cakap pun yang dia suka kat Aisya?" tanya Aisya dengan wajah kehairanan.
"Aisya... Aisya kena tahu sesuatu tentang lelaki ni. Ada sesetengah lelaki dia akan beritahu orang yang dia suka tu bahawa dia sangat sukakan orang itu. Tapi ada juga sesetengah lelaki dia tak akan beritahu orang yang dia suka tu bahawa dia suka orang itu. Selalunya kategori ni akan menunjukkan sikap mengambil berat. Itu saja dah cukup membuktikan yang dia suka orang itu." panjang lebar Ehsan berceramah.
"Sudah nampak macam ustaz dah alang ni Aisya tengok. Apa kata alang jadi ustaz saja." sempat lagi Aisya mengusik. Ehsan ketawa. "Apa-apa sajalah. Dah buat solat istikharah?" tanya Ehsan. Aisya mengangguk. "Dapat jawapan?" tanya Ehsan lagi. Perlahan-lahan Aisya mengangguk.
"Keputusan di tangan Aisya. Tapi sebenarnya alang nak sangat dia jadi adik ipar alang. Nanti bolehlah ada geng. Hehe..." usik Ehsan. "Entah apa-apalah alang ni." rungut Aisya. "Tapi kan cara alang ceramah pasal suka tu macam alang dah berpengalaman saja. Alang pernah ada girlfriend eh?" duga Aisya pula dengan senyuman nakal.
"Berapa kali alang nak kena cakap yang alang tak pernah ada girlfriend. Alang tahu benda-benda ni pun dari novel-novel cinta. Itupun alang rembat Aisya punya." ujar Ehsan dengan wajah selamba. "Alang pernah rembat novel Aisya? No wonder novel kat rak tu makin sikit. Jangan kata novel Aisya dah banyak hilang." ujar Aisya. "Adalah satu novel tu." ujar Ehsan lalu terus melarikan diri keluar dari bilik adiknya. Sebelum adiknya itu mengamuk, baik dia selamatkan dirinya dulu.
"Alang!" jerit Aisya lalu mengejar Ehsan dari belakang.
Share this novel