Chapter 31

Humor Series 10130

Aisya mundar-mandir di luar bilik staff. Bukan dia tidak mahu masuk tetapi di dalam bilik itu hanya ada Asyraf sahaja. Bagaimana dia mahu bersemuka dengan lelaki itu setelah apa yang terjadi?

"Woi!"

"Mak kau meletup!" jerit Aisya lalu terus berpaling. Kelihatan Sarah sedang menghamburkan tawa sepuas hatinya. Aisya mengetap bibir geram.

"Kau ni kan!" marah Aisya lalu menaikkan tangannya acah-acah mahu memukul Sarah. Tawa Sarah semakin kuat.

"Kau buat apa kat luar ni, hah? Dari tadi dah macam tikus mondok dah asyik tengok-tengok bilik staff tu lepas itu ke kiri ke kanan. Dari tadi aku perhati saja kau." ujar Sarah sambil ketawa.

"Tak ada apa-apalah." ujar Aisya.

"Kau kenapa? Siapa dalam tu?" tanya Sarah.

"Asyraf." ujar Aisya ringkas.

"Pasal dia lamar kau ke?" kata Sarah dengan suara yang sedikit kuat. Membuntang mata Aisya mendengar suara Sarah yang kuat lalu menolak Sarah dengan laju masuk ke pintu tangga kecemasan menjauhi bilik staff.

"Kau ni kan. Cakap tu slow lah sikit." marah Aisya.

"Apasal? Kau malu dengan dia?" tanya Sarah. Dia sudah tahu tentang Asyraf yang melamar Aisya tempoh hari selepas Aisya menceritakan apa yang berlaku kepadanya.

"Aku malulah..." adu Aisya dengan pipi yang merah.

"Alah comelnya kau ni..." usik Sarah sambil memicit kedua-dua belah pipi Aisya yang tembam dengan kuat.

"Sakitlah!" marah Aisya manja sambil tangannya cuba melepaskan tangan Sarah yang mencubit pipinya. Sarah pula terus melepaskan cubitan sambil ketawa.

"Habis? Kau dah fikir dah nak terima dia atau tak?" tanya Sarah.

"Aku masih keliru. Tapi kan aku ada solat istikharah lepas tu aku mimpi dia." cerita Aisya sambil mencebikkan bibirnya.

"Dah tu terima sajalah." ujar Sarah selamba.

"Macam mana aku nak cakap dengan dia sedangkan aku tahu yang dia pernah luah perasaan kat kau lepas tu macam mana dengan perasaan kau nanti bila orang yang confess dekat kau nak kahwin dengan orang lain? Tak awkward ke nanti?" luah Aisya.

"That's not a problem. Aisya... Aku dah beritahu kau yang aku memang tak ada perasaan suka kat dia. Aku mengaku aku suka dia tapi hanya sekadar kawan. Tak lebih daripada itu. Aisya...Tak semua orang akan dapat first love diorang. Mungkin kau bukan first love dia tapi mungkin kau akan jadi last love untuk dia? Tiada siapa yang tahu melainkan Allah yang menentukan, Aisya..." nasihat Sarah panjang lebar.

"Habis tu? Macam mana ni?" tanya Aisya.

"Kau jumpa dia. Tanya dia yang betul ke dia nakkan kau. Kalau dia kata ya bermakna dia serius. Kau bukan tak kenal dia malah kau dah lama kenal dia. Buat apa kau malu?" nasihat Sarah lagi.

Setelah lama mendiamkan diri, Aisya akhirnya bersuara.

"Okeylah. Aku beritahu dia." ujar Aisya memberi kata putus sambil menghembuskan nafasnya.

"That's my girl." ujar Sarah sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience