Chapter 25

Humor Series 10130

Keesokan harinya...

Aisya segera berlari sebaik sahaja turun dari keretanya. Mana tidaknya...Dia sudah lambat kira-kira dalam 20 minit gara-gara dirinya yang tidur lewat malam semalamnya. Dia bangun tidur pun dalam jam 10 pagi. Alhamdulillah dia uzur. Jika tidak pasti dia terlepas solat Subuh. Dilihatnya telefon di tangan. Sudah banyak mesej yang masuk daripada rakan-rakannya. 'Aduh... Mesti diorang bebel kat aku ni. Dahlah aku yang beria ajak diorang siap warning kata lambat tinggal lagi. Ni aku pula yang lambat. Kecohlah diorang nanti...' fikir Aisya runsing.


Tiba sahaja di hadapan pusat membeli-belah The Curve, kelihatan rakan-rakannya sudah menanti. "Hah! Tu pun dia! Awal kau datang Aisya." perli Amirah. "Sorry..." ucap Aisya sambil tersengih. "Semalam bukan main lagi warning kalau lambat kitorang tinggal." ajuk Sarah. "Dahlah...Tak payahlah perli aku..." ujar Aisya. "Dahlah...Jom masuk. Kita makan dulu boleh tak? Aku laparlah... Dahlah aku tak sarapan. Tunggu dia ni pula tak sampai-sampai..." perli Zarul.


"Alah...Sorry... Tapi jangan nak salahkan aku je. Kau tu...Kenapa kau tak sarapan? Salah kau juga kan?" ujar Aisya tidak mahu mengalah. "Aku tak makan sebab aku tak biasa makan pagi." ujar Zarul. Dia juga tidak mahu mengalah. "Eleh...It's also your fault. Not only me.." ujar Aisya sambil menjelirkan lidahnya. "Kau ni, Zarul... Mengalah jelah..." ujar Asyraf pula. "Aku nak mengalah dengan dia? Memang taklah..." ujar Zarul. "Dah! Dah! Jom masuk... Kalau tunggu korang habis bergaduh sampai tahun depan pun tak habis." potong Syazwani.


Mereka berdua pun berhenti bertengkar dan mengikut rakan-rakan yang lain masuk ke dalam bangunan itu. Setelah selesai makan di Subway, mereka pun menuju ke tempat wayang. "Kita nak tengok cerita apa ni?" tanya Amirah. "Jom tengok The Conjuring 3." ajak Aliff. "Tak naklah aku! Seram..." ujar Syazwani. "Aku okey je..." ujar Amirah pula. "Dah tu korang nak tengok cerita kartun Moana atau Sing ke?" perli Fadil. "Boleh juga." ujar Aisya dengan matanya bersinar. "Tapi aku tak ada mood nak tengok cerita kartun. Kalau cerita seram aku okey je sebab aku dah biasa tengok...Tapi... Apa kata kita tengok 'Kimchi Untuk Awak'?" ajak Sarah. "Boleh juga..." ujar Aisya. Dia sebenarnya berbelah-bahagi untuk tonton cerita apa. Dia keliru.


"Tak naklah aku tengok cerita cintan. Aku nak tengok kartun." ujar Aisya. "Apa kata kita tengok Anna Bell keluaran terbaru tu." ajak Asyraf. "Tak nak!" jerit Aisya, Sarah, Syazwani dan Amirah serentak. "Habis tu kita nak tengok citer apa? Citer Jackey Chan yang baru tu? Apa tajuknya?" tanya Asyraf. "Rail Road Tiger rasanya..." jawab Aliff. "Entah! Aku ikut jelah..." ujar Aisya. "Apa kata kita pecah kumpulan? Siapa nak tengok cerita seram,atau drama ke ikut suka hati." cadang Zarul. "Aku nak cerita seram atau action!" jerit Fadil sambil mengangkat tangan kanannya.


"Aku pun!" ujar Amirah, Zarul, Asyraf, Aliff, Sarah serentak kecuali Syazwani dan Aisya. "Tak nak!" jerit Syazwani dan Aisya. Mereka berdua memang tidak suka menonton cerita seram. "Habis tu? Ikut suka koranglah nak tengok cerita apa. Kitorang nak tengok Anna Bell atau Jackey Chan..." ujar Asyraf. Syazwani memandang Aisya. "Kita ikut diorang jelah..." putus Syazwani. "Aku takut..." adu Aisya. "Alah... Sekali ni je... Nanti kita tengok cerita lainlah. Lagipun tak best tak tengok wayang sekali ramai-ramai." pujuk Syazwani. "Yalah..." balas Aisya memberi persetujuan dalam terpaksa. "Okey. Kitorang ikut korang." ujar Syazwani pada rakan yang lain. "Okey, jom!" ajak Aliff pula.


Setelah selesai membeli tiket wayang, mereka pun masuk ke tempat wayang. Aisya pula sudah menggigil ketakutan. Dia memang takut menonton cerita seram. Duduk sahaja kerusi yang tersedia di antara tempat duduk Syazwani dan Sarah serta Amirah yang duduk di sebelah Sarah, dia memandang satu-persatu wajah rakan-rakannya yang lain. Dilihatnya semua tenang bagaikan mereka akan tonton cerita bidadari di kayangan pula melainkan Syazwani yang wajahnya sudah sedikit pucat. Mungkin kerana takut. Filem itu pun bermula.


Aisya memeluk erat popcorn di tangannya. Dia mengerling ke arah Asyraf yang duduk tidak jauh daripadanya. Riak wajah Asyraf cool tanpa rasa takut. 'Diorang ni...Tak takut ke tengok cerita seram? Aku baru tengok permulaan cerita pun dah menggigil lutut. Belum lagi bab seram.' fikir Aisya. "Aisya...tengoklah filem... Jangan nak berangan je.." ujar Sarah yang menyedari sikap Aisya yang tidak fokus menonton filem. "Aku tengoklah ni..." ujar Aisya perlahan.


Filem itu agak lama berlangsung dan hampir mendekati bab seram. Aisya pula sudah menelan liur. Adegan seram di filem itu masih belum bermula. Ianya baru bab sedikit suspens. Tiba-tiba...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience