Chapter 21

Humor Series 10130

Setelah 2 minggu...


Aisya membuka daun pintu bilik yang dikhaskan untuk doktor membuat urusan dengan perlahan-lahan. Dia menjengukkan sedikit kepalanya ke arah Aliff. Sebenarnya dia mahu mengajak Aliff makan tengah hari dengannya memandangkan Sarah sedang menjalani pembedahan. Dia sudah menghantar mesej kepada Aliff untuk makan bersama namun mesej itu tidak berbalas. Dia lihat Aliff sedang sibuk menulus sesuatu. Dia terasa sangat lapar. Aisya memanggil Aliff perlahan agar tidak mengganggu doktor lain.


"Pssttt...Aliff...Sini..." panggilnya perlahan. Aliff yang menyedari namanya dipanggil terus memandang ke arah pintu. Dilihatnya Aisya sedang tersengih. Aisya menyentuh perutnya yang berkeroncong sebagai isyarat yang menandakan dia lapar. Setelah memahami maksud Aisya, Aliff mengangkat laporan kesihatan dan mengatakan yang dia sibuk. Aisya sudah mula memuncungkan bibir dan terus memujuk. Namun, Aliff tidak mengendahkan dan meneruskan membuat laporan kesihatan. Aisya sudah tidak tahu siapa yang perlu diajaknya.


Tiba-tiba dia disergah dari belakang. "Argh!" sergah orang itu. "Oh! Mak kau hijau!" latah Aisya sambil berpalung ke belakang dan memegang dadanya yang berdegup kencang kerana terkejut. Dilihatnya Asyraf sedang ketawa sambil memegang perutnya. "Kau ni kan. Tak pernah serik betul kenakan orang. Aku akan buat bila-bila masa je. Kau tunggu. Ada ubi ada batas ada hari aku balas." marah Aisya. "Okey, okey. Sorry. Kau buat apa kat sini? Dah macam pencuri je aku tengok kau ni. Kenapa tak masuk je terus?" tanya Asyraf.


"Suka hati akulah nak buat apa pun. Yang kau sibuk kenapa?" marah Aisya lagi. "Yalah. Aku tahu aku ni tak ada siapa yang peduli." rajuk Asyraf. "Aku tak ada masa nak layan rajuk kau tu. Eh, kau dah makan?" tanya Aisya. "Kenapa? Kau nak aku makan sekali dengan kau? Tak apalah. Aku dah makan. Lagipun aku ada banyak lagi member yang boleh aku ajak makan." jawab Asyraf. "Aku tak nak ajak kau makanlah. Aku tanya je. Okey. Aku chow dulu." jawab Aisya sambil tersenyum sinis. Sebenarnya dia merajuk kerana tiada siapa yang mahu menemaninya makan.


"Pergilah. Aku ada banyak pesakit nak kena check." ujar Asyraf dan masuk ke bilik. 'Cis, ingatkan nak pujuk aku dan teman aku. Dia tinggal je aku.' rungut Aisya di dalam hati. Dia pun beredar ke kafeteria. Tiba di kafeteria, Aisya mengambil makanan dan minuman kemudian duduk di meja dan kerusi yang kosong. Keadaan di kafeteria agak lengang. Mungkin kerana sudah pukul 2 petang maka sudah ramai yang sudah makan tengah hari. Setelah membaca doa makan, dia menyuap makanan sambil membuka whatsapp. Manalah tahu kalau-kalau ada makluman penting. Dia sebenarnya kebosanan kerana tiada teman. Semua temannya sedang sibuk bekerja.


Tiba-tiba seseorang meletakkan pinggan makanan dan gelas di atas meja yang Aisya sedang makan. Aisya tersentak dan mendongak untuk melihat wajah orang itu. Rupa-rupanya Asyraf yang berdiri di hadapannya. Melihatkan Asyraf telah membuatkan Aisya tersenyum. Tahulah dia bahawa dia sudah ada teman. "Aku lapar. Sebab tu aku ke sini. Kalau tidak, tak ada makna aku datang sini. Lepas tu nampak kau kat sini. Memandangkan aku tak ada member, aku duduklah sini." jelas Asyraf sambil matanya menghala ke arah lain. Tidak berani bertentang mata dengan Aisya. Nak cover lah tu. "Aku tak tanya apa pun. And one more thing. Bukan ke ada orang tu kata yang dia ada banyak member untuk makan dengan dia. Siapalah agaknya orang itu?" perli Aisya. 'Itulah. Berlagak sangat tadi kan. Padan muka. Ingatkan aku je yang lonely. Rupa-rupanya ada yang lagi lonely daripada aku.' sambung Aisya di dalam hati.


Asyraf sudah mula merasa panas. Dia tidak mengendahkan kata-kata Aisya. Dia hanya menyuap makanan dan menyisip minumannya. Aisya pula mermerhatikan Asyraf sambil menyuap makanan. Sudah empat tahun berlalu, namun wajah Asyraf masih sama seperti dahulu. Cuma dahulu Asyraf agak nakal. Bukan seperti sekarang. Asyraf yang dahulu sudah kelihatan matang. Seperti bukan orang yang dikenalinya dahulu.


"Apa pandang-pandang?" tanya Asyraf. Tersentak Aisya dari lamunannya. "Apahal? Tak boleh pandang member sendiri?" tanya Aisya pula. "Oh, lupa. Aku kan handsome mestilah kau termenung tengok aku kan?" tanya Asyraf dalam nada mengusik. "Eleh. Perasan. Yang kau dulu bila pandang aku macam nampak dianasour kenapa?" tanya Aisya pula ingin tahu. Ini kerana dia teringat akan zaman sekolah mereka. Ketika itu, setiap kali Asyraf ternampak Aisya mesti sedikit terpaku. Asyraf terhenti daripada meneruskan suapan. Aisya menelan liur. 'Dia suka aku juga ke? Eh! Tak mungkin. Dia kan suka Sarah.' fikir Aisya. Sebenarnya dia berharap sangat agar Asyraf mengatakan yang dia suka pada Aisya. Namun, Aisya itu adalah perkara yang mustahil.


"Entahlah. Aku pun tak tahu. Setiap kali nampak kau je aku macam terkena renjatan elektrik. Ahh! Lantaklah. Makanlah. Nanti pukul 2.30 petang kan kita kena pergi CPR practice. Nanti kita kena marah pula dengan Prof. Razak sebab lambat." ujar Asyraf lalu menyudahkan makan. 'Entah sejak bila aku rapat dengan dia pun aku tak tahu. Setahu aku, kita memang tak pernah bersembang masa zaman sekolah dulu.' fikir Aisya lalu menyudahkan makanannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience