Chapter 13

Humor Series 10130

Pada waktu tengah hari itu, Yana melabuhkan punggung di atas sofa sambil membuat satu panggilan. Setelah agak lama menunggu panggilannya untuk dijawab, akhirnya terjawab juga panggilannya. "Along!" jerit Aisya di hujung talian. Tidak sempat Yana memberi salam Aisya sudah menjerit. Dia menjauhkan sedikit telefonnya dari telinganya.


"Assalamualaikum, adikku sayang. Dah tak pandai beri salam dulu?"perli Yana sambil mengucap salam. "Waalaikumussalam, Puan Liyana. Hehehe. Terlupa bagi salam. Excited sangat bila jawab call tadi. Baru ingat nak call along tadi." ucap Aisya menjawab salam Yana. "Gelaran along belum 'puan' lagi ya. Gelaran along masih 'cik'. Lagi satu takkan rindu along pula?" usik Yana. Sebenarnya dia mahu mendengar adiknya itu mengucapkan kata rindu.


"Along mesti tengah sihat sekarang sampai boleh mengusik orang ni. Along nak duit." minta Aisya dalam nada manja. "Oh! Aisya nak call along ni sebab nak duit?" soal Yana. 'Tak habis-habis nak duit. Ingatkan dia nak kata yang dia nak balik cuti akan datang." fikir Yana. Sebenarnya, dia sudah bank in duit ke dalam akaun adik bertuahnya itu pagi tadi. "Alaa...along bolehlah?" tanya Aisya lagi. "Along dah bank in duit dah pagi tadi. Tengok saja baki dalam akaun Aisya tu." jawab Yana sambil tersenyum. Dia sememangnya akan mudah mengalah apabila melihat gelagat adiknya itu.


"Bila Aisya balik cuti minggu depan?" tanya Yana ingin tahu. "Tak tahu lagilah, along. Lecturer tak cakap apa lagi ada kelas ke tidak minggu depan. Kalau tak ada Aisya balik awal minggu depanlah. Kalau lambat, lambatlah jawabnya balik nanti." cerita Aisya. "Along, kalau cuti nanti Aisya nak pergi Bukit Gambang dengan Sarah boleh? Dah lama tak luangkan masa dengan dia." tanya Aisya.


"Oh! Orang-orang kat rumah ni tak mahu pula Aisya luangkan masa?" perli Yana. "Kalau macam tu kita pergi sekeluargalah. Bolehlah, along? Kita pergi sekali." pujuk Aisya. "Siapa yang nak tanggung perbelanjaan bila dah sampai sana?" tanya Yana pula. "Bolehlah, along." pujuk Aisya lagi. "Iyalah. Tapi kita pergi sekeluarga. Kalau boleh ajaklah sekali keluarga Sarah. Lagi pun dah lama tak jumpa ibu Sarah tu." izin Yana. Sebaik sahaja mendengar Yana memberi keizinan, kedengaran suara excited Aisya di hujung talian.


"Yes! Dapat pergi. Thanks, along." ujar Aisya dalam nada terujanya. "Hmmm...Belajar elok-elok. Kalau gagal tahulah Aisya balik cuti semester nanti." Yana memberi amaran. "Yes, bos!" jawab Aisya. "Okeylah, along nak masak ni. Lagi satu jangan risau pasal ayah. Alhamdulillah ayah sihat saja. Bye, little sis. Assalamualaikum." ujar Yana untuk menamatkan panggilan. "Alhamdulillah ayah sihat. Bye, along. Waalaikumussalam." jawab Aisya sambil menamatkan panggilan.


Yana merenung telefonnya. 'Rindu pula aku dengan adik bertuah aku ni. Dah lama tak gaduh sama." fikir Yana sambil tersenyum. Yana beredar ke dapur untuk mula memasak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience