Kringg!!! Loceng sudah berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Aisya dan Sarah mengemas barang ke dalam beg. Kemudian, mereka keluar dari kelas untuk pulang bersama dengan menaiki van. Mereka menaiki van yang sama ketika pulang cuma waktu datang ke sekolah sahaja mereka menaiki kereta yang dipandu oleh ayah masing-masing.
Setiap kali waktu pulang sahaja, Aisya sentiasa mencari kelibat Asyraf. Itu sudah menjadi rutinnya apabila waktu pulang dari sekolah. "Kau cari siapa sampai terjenguk-jenguk kepala kau?" tanya Sarah. Aisya tersentak. "Nothing." balas Aisya. "Nothing means something. Cepat beritahu aku. Ke kau cari boyfriend kau?" usik Sarah dalam nada nakal. "Ish! Memandai je. Aku tengah cari Aleeya ni dari tadi cari tak jumpa." balas Aisya.
Sebenarnya dia tidak pernah cerita kepada Sarah bahawa dia menyukai Asyraf dan sekarang ini dia sedang mencari-cari Asyraf. Kadangkala Aisya berasa serba salah kerana Sarah sering menceritakan segala apa yang dirasainya manakala Aisya susah untuk menceritakan apatah lagi tentang hati dan perasaan. Dia hanya masih belum bersedia. Bukan niatnya untuk menyimpan rahsia daripada Sarah.
"Buat apa kau nak cari Aleeya? Bukannya dia naik van yang sama dengan kita. Tapi aku nak tanya kau berangankan apa sampai kau tak perasan aku duduk kat sebelah kau pagi masa datang sekolah tadi? Muka kau macam nak menangis saja pagi tadi." tanya Sarah ingin tahu. "Pagi tadi? Oh. Aku teringatkan arwah ibu aku. Esok kan hari kematiannya." balas Aisya dalam sayu. Ya. Kali ini Aisya tidak menipu. Dia benar-benar teringatkan arwah ibunya pagi tadi.
"Iya ke? Wei, sorry. Aku tak teringat. Sorry eh?" balas Sarah dalam simpati. Serba salah dibuatnya. "Tak apa. Bukannya kau sengaja." ujar Aisya. Sepanjang perjalanan ke ara van Aisya asyik senyap sahaja. Mungkin teringatkan arwah ibunya. Apabila duduk di atas kerusi di dalam van, Sarah mematikan sementara lamunan Aisya.
"Ermm... kau ingat tak tadi masa rehat dalam kelas kita?" tanya Sarah. Sebenarnya dia mahu menghilangkan sedikit rasa sedih di hati Aisya. "Pasal Aiman tersembur air tu?" tanya Aisya pula. "Hah pasal tulah kelakar kan?" tanya Sarah dalam tawa. Mereka sudah memburaikan tawa.
Ketika masa rehat hampir tamat....
Pening kepala Aisya kerana situasi kelas yang terlalu bising. Rasa seperti mahu hempuk sahaja kepala-kepala manusia yang berbuat bising. Tetapi tidak boleh juga. Sebabnya Asyraf idaman hatinya juga berbuat bising. Bukan Asyraf sahaja yang berbuat bising. Malah ada lagi yang lain. Terutama Najmi dan Aiman. Mereka berdua memang pelajar yang paling bising di kelas. Tanuja yang sudah tidak tahan mula membentak. "Janganlah bising! Kamu semua ni tak boleh diam ke? Terutama Aiman dengan Asyraf." marah Tanuja.
"Aik? Aku pula yang kena?" tanya Asyraf. Iya. Asyraf ini seorang yang nakal dan degil. Tetapi merupakan pelajar yang tidak pernah gagal dalam peperiksaan. Itu sahaja yang Aisya puji. Tetapi setakat ada rupa tetapi suka kacau orang buat apa. Sudahlah tu setelah kacau orang kemudian orang itu marah, dia akan tersengih-sengih. Bukan itu sahaja, malah Asyraf sering mengganggu guru-guru lain. Tetapi walaupun sikapnya begitu dia dia disenangi oleh semua orang. Entahlah. Aisya sehingga kini tidak tahu mengapa dia menyukai Asyraf.
"Apa kata kamu berdua kahwin saja. Tak payah mengganggu orang lain. Kacau sesama kamu saja." balas Tanuja. "Mana boleh. Kami lelaki. Sama jantina pula tu. Nanti dikatakan gay pulak bak kata Aina." balas Aiman. Kemudian Aiman minum sedikit air mineral yang dibelinya tadi. "Mana boleh. Aiman kan Tanuja punya." balas Asyraf dalam nada mengusik.
Tersembur air yang diminum Aiman. Aisya dan lain-lain yang melihatnya terburai ketawa mereka. Mereka sudah tidak dapat menahan tawa apabila mendengar kata-kata Asyraf. Tanuja yang mendengarnya sudah membuntangkan matanya. "Eiii..memandai saja dia. Tak ingin saya nak kat dia. Lagipun saya ni berbangsa India. Mana boleh." balas Tanuja. "Boleh saja. Aku jadi tok kadi untuk korang." tawar Asyraf. Semua sudah tidak tahan menahan tawa.
Di dalam van....
Aisya dan Sarah sudah memburaikan tawa mereka apabila mengingatkan kisah geng kelas mereka. Rakan-rakan sekelas mereka memang gila-gila tetapi semua pandai belaka cuma ada sesetengah tidak menunjukkan kepandaian mereka.
Share this novel