Sarah yang sedang asyik mengulangkaji tersentak apabila kedengaran telefon bimbitnya yang sedang berbunyi. Dilihatnya nama si pemanggil. Senyuman terukir di bibirnya setelah melihat nama si pemanggil. Dia pun menjawab panggilan telefon itu.
"Assalamualaikum, Aisya. Lamanya aku tak call kau. Kau tengah busy ke?" tanya Sarah ke arah si pemanggil. "Waalaikumussalam. Bukan ke aku yang perlu tanya kau soalan tu? Kau tengah buat apa tu?" tanya Aisya di hujung talian. " Tengah menjawab dan melayan kau lah ni." balas Sarah dengan loyar buruknya.
"Aku tanya jawablah betul-betul. Loyar buruk pula dia." rungut Aisya. "Iyalah. Aku tengah study ni. Kau pula tengah buat apa?" tanya Sarah.
"Aku sedang sibuk mengganggu kau." usik Aisya pula. Kali ini biarlah pula Sarah yang terkena. "Kau ni. Tadi kata tak nak loyar buruklah apalah. Sekarang dia pula yang buat." rungut Sarah pula. "Iyalah, tuan puteri Maisarah binti Salim. Patik sedang bermain game ni." usik Aisya. Tentang main game itu memang merupakan perkara yang Aisya sentiasa lakukan apabila dia bosan. Ianya sudah menjadi rutin hariannya
"Banyaklah kau. Disebabkan virus kau aku pun dah jadi gila macam kau." usik Sarah pula. "Okeylah. At least best friend aku ni melalui susah senang bersama aku. Macam aku ni. Aku sudah dijangkiti virus 'pengganggu' dan kau pun sanggup dijangkiti sebab aku ni best friend kau. Iya atau tidak?" usik Aisya lagi. "Aku cakap sepatah berpatah-patah dijawabnya." ngomel Sarah. Kemudian mereka ketawa. Sudah lama mereka tidak berbual panjang kerana kesibukan belajar.
"Apa kata cuti bulan depan kita pergi bercuti ke keluar bersiar-siar bersama ke? Dah lama kita tak jumpa." cadang Aisya. "Hmmm....Boleh juga. Tapi tunggu dululah. Aku kena tanya ayah dengan ibu aku dulu baru boleh discuss nak pergi mana. Apa cadangan percutian yang kau nak pergi?"tanya Sarah. Dia juga berasa teruja untuk menikmati percutian bersama rakan karibnya. "Aku nak pergi Bukit Gambang. Aku nak pergi Safari park, nak buat flying fox, nak pergi Water park dan macam-macam lagi aktiviti yang boleh kita buat di sana." cadang Aisya dengan terujanya.
"Boleh juga. Aku paling nak pergi Safari park dan naik flying fox. Mesti best. Aku tak pernah pergi sana. Kau pernah pergi ke?" tanya Sarah. "Aku tak pernah pergi tapi pernahlah aku dengar pasal Bukit Gambang tu. Kalau flying fox pula aku pernah naik masa aku darjah lima dahulu. Best. Kalau naik sekali mesti nak naik lagi." cerita Aisya.
"Kalau macam tu kita pergi lepas aku tanya ayah dengan ibu aku. Dahlah Aisya kita dah bual lama ni. Esok aku ada test quiz so aku kena belajar. Bila ada masa aku tak busy aku pulak yang call kau okey?" tanya Sarah ingin menamatkan panggilan. "Okey. Bye. Assalamualaikum." balas Aisya. "Bye. Waalaikumussalam." Sarah menamatkan panggilan. Sebenarnya dia tidak mahu menamatkan panggilan tetapi dia perlu mengulangkaji untuk test quiz yang akan diadakan pada keesokan harinya.
'Rindunya aku pada kau Aisya. Dah lama tak bergelak ketawa dan usik-mengusik dengan kau.' rintih Sarah di dalam hati. Kemudian, dia mennyambung semula pembelajarannya yang terganggu sebentar tadi.
Share this novel