Chapter 3

Humor Series 10130

'Kenapalah aku kena ada ahli yang bernama Aiman ni? Sudah lah dia ni seorang yang bising malah asyik main saja kerjanya.' bentak Aisya di dalam hati. Sebenarnya dia okey sahaja berkumpulan dengan sesiapa pun tetapi sekarang ini dia mahu Asyraf menjadi ahli kumpulannya.


"Yeah! Zam tengok aku kumpulan dengan siapa. Semua pandai-pandai." ujar Aiman kepada Zam dalam nada gembira. Sudah pastinya dia gembira kerana hanya dia seorang sahaja yang kurang pandai dalam matematik dan dia mendapat ahli-ahli kumpulannya yang pandai-pandai belaka. Apa yang berlaku baginya seperti bulan jatuh ke riba. Untung benar dia ni. Sekejap. Bukankah Aisya ada melabel semua ahli kumpulan Aiman 'pandai-pandai'? Iya. Aisya merupakan antara pelajar yang bijak di dalam kelas. Malah dia sentiasa mendapat nombor top three.


"Kau bernasib baik je. Markah periksa aku lagi tinggi daripada kau punya." balas Zam. Sebenarnya dia mahu juga menjadi ahli kumpulan Aiman. Aiman yang mendengarnya hanya menjelirkan lidahnya. Kemudian, dia menoleh ke arah Asyraf yang ahli-ahli kumpulannya semua adalah perempuan. Bukan dia tidak bahawa Asyraf sudah mula menundukkan wajahnya kerana duduk di sebelah Sarah, yang diminati Asyraf. "Haih orang tu blushing ke duduk dalam kumpulan perempuan?" usik Aiman. Memang benar hanya Asyraf sahaja yang merupakan seorang sahaja pelajar lelaki yang duduk di kalangan permpuan seperti Aiman dan Najmi. Asyraf yang mendengarnya hanya membiarkan. Malas mahu melayan Aiman. Apa lagi. Pelajar lain yang mendengar kata-kata Aiman termasuklah Aisya hanya memburaikan tawa yang ditahan.


"Cikgu memang sengaja letak dia kat situ. Biar senyap sikit mulutnya. Kalau tidak asyik nak main je macam kamu." usik Puan Hayati sambil menudingkan jarinya ke arah Aiman. "Aik? Saya pula yang kena?" tanya Aiman. "Memang kamu tu sama saja dengan Asyraf. Tak boleh senyap sikit. Asyik nak bising dan mengusik orang saja." balas Puan Hayati. "Yalah saya mengaku saya ni bising." ujar Aiman. Semua pelajar dan Puan Hayati ketawa mendengar kata-kata Aiman.

"Cikgu! Apa kata kita kahwinkan saja Aiman dengan Asyraf ni. Sesuai sangatlah mereka ni." ujar Tanuja, rakan Aisya yang berbangsa India. Semua yang mendengarnya ketawa. "Eiii... Aiman dengan Asyraf gay!" ujar Aina dalam kegelian. Semua sudah ketawa pecah perut mendengarnya. Apa lagi Aiman dan Asyraf yang mendengarnya membuntangkan mata mereka. Mana tidak terkejut mendengar Aina mengatakan mereka 'gay'.


"Cikgu buat macam ni bukan saja-saja. Cikgu mahu semua pelajar cikgu jadi orang yang pandai. Kalau kamu asyik duduk dengan geng kamu yang sekepala dengan kamu saja, jawabnya tiadalah hasilnya." ujar Puan Hayati. Dia tersenyum melihat anak-anak muridnya yang mula mengeluh. "Okey, sebenarnya cikgu buat macam ni untuk presentation kamu yang akan datang. So, cikgu harap kamu semua boleh memberikan kerjasama yang baik. Okey, cikgu akan terangkan tentang presentation yang akan kamu bentangkan." ujar Puan Hayati.


Bagaimanalah Aisya perlu menghadapi hari-hari yang seterusnya sehingga tamat SPM? Sekarang ini pun sudah tidak mampu dihadapinya untuk menghadap Asyraf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience