Chapter 17

Humor Series 10130

Pada pagi itu kira-kira dalam jam 6.30 pagi, Asyraf yang sudah selasai menunaikan solat bersiap-siap untuk mula bekerja. Sudah 4 tahun dia belajar di Mesir dan kini dia sudah mula bekerja dalam bidang yang diminatinya. Setelah bersiap, dia mengambil iPhone dan dompetnya lalu turun ke bawah untuk sarapan. Seperti selalu, kelihatan Puan Laila duduk di atas sofa sambil termenung. Sudah 4 tahun pemergian Asyraf ke Mesir dan 4 tahun itu jugalah Encik Kasim tidak pulang ke rumah. Dalam diam, Asyraf telah mula menyimpan perasaan benci terhadap ayahnya sendiri.


Selesai sarapan, Asyraf menegur Puan Laila. "Mama masih teringatkan ayah ke?" tanya Asyraf lembut. "Mama tak boleh lupakan ayah." rintih Puan Laila. Asyraf mengerling ke arah jam di tangan. Sudah hampir pukul 7.30 pagi. Dia pun meminta diri dan menyalami Puan Laila kemudian beredar sambil mebawa beg berisi baju untuk pergi ke kerja. Dia memandu kereta Viosnya menuju ke Hospital Kuala Lumpur. Setelah memarkir keretanya, dia menuju ke arah wad kecemasan dan kemudian ke bilik persalinan diri.


Tiba sahaja di bilik persalinan diri yang hanya dikhaskan untuk para doktor dan jururawat lelaki, dia mencari namanya dan memakai kot yang sudah tersedia di dalam almari pakaian dan tertera namanya. "Hai. Awak pun doktor pelatih di sini juga?" tegur seseorang di sebelahnya. Terkejut bukan kepalang Asyraf apabila melihat gerangan itu di sebelahnya.

"Terkejut aku." ujar Asyraf perlahan. "Sorry. Nama saya Aliff. Panggil saja Aliff. Umur kita sebaya bukan? Jika ya, kita panggil sama sendiri 'aku' dan 'kau' sajalah." ujar Aliff sambil tersengih. "Iya, umur kita sebaya. Nama aku Asyraf. Panggil saja Asyraf." ujar Asyraf perlahan dan memperkenalkan diri.


Kemudian, kedengaran seorang doktor lelaki memanggil doktor-doktor pelatih untuk mengikutnya. Mereka berdua pun mengikut doktor lelaki itu bersama pelatih yang lain menuju ke wad kecemasan. Mereka berhenti berhadapan sebuah katil yang ditutup dengan tirai. Kemudian, seorang lagi doktor menghampiri mereka. "Assalamualaikum dan selamat sejahtera." ujar doktor itu kepada mereka. "Waalaikumussalam dan selamat sejahtera." jawab Asyraf, Aliff dan pelatih yang lain.


Asyraf memandang pelatih yang lain dan matanya tertancap pada seorang pelatih perempuan. 'Aik, macam aku kenal. Kat mana aku jumpa dia ya?' fikirnya. Mungkin dia hanya bermimpi. Dia pun tidak mengendahkan apa yang difikirkannya. "Nama saya Professor Razak Razali. Panggil saja saya Prof. Razak. Kamu semua sudah tahu bahawa kamu akan menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pelatih bukan? Saya hanya mahu pesan satu sahaja..." kata-kata Prof. Razak terhenti di situ. "Jika kamu tidak tahan, hantar surat berhenti." sambungnya lagi tegas.


Aisya tersedar dari tidur yang lena kerana bunyi bising yang mengganggunya. Dia pun bangkit dari pembaringan dan memandang sekelilingnya. Katilnya itu telah ditutupi tirai maka dia tidak dapat lihat apa yang sedang berlaku di hadapan katilnya. Tiba-tiba, kedengaran suara seseorang sedang bercakap. "Saya akan menyebut nama-nama pelatih di sini. Muhammad Asyraf." ujar seseorang itu. "Ya, saya." balas seseorang yang lain. "Maisarah." "Ya, saya." suara lunak seseorang mungkin perempuan. 'Macam pernah dengar nama dan suara tu. Tapi kat mana ye?' fikir Aisya.


"Nur Aisya Sakinah." tiba-tiba nama penuh Aisya disebut. 'Sekejap. Tu nama aku. Kenapa nama aku ada.' fikir Aisya. "Nur Aisya Sakinah." namanya disebut lagi. Aisya pun mengerling ke arah tepi katilnya yang terdapat logo dan nama hospital. Aisya pun membaca nama hospital itu. Terkejut bukan kepalang Aisya apabila nama hospital itu adalah nama hospital di mana dia akan menjalani latihan. Dia pun menyahut dan mencapai tudungnya dan memakai sweater nipis yang memang dibawanya dari rumah. "Ya, saya." sahut Aisya kuat dan bergegas menyarung tudung, sweater nipis, selipar dan cermin matanya.


Prof. Razak yang mendengar sahutan itu menyebut nama itu sekali lagi. "Nur Aisya Sakinah." sebut Prof. Razak dan memandang pelatih-pelatih yang berada di hadapannya. Tiba-tiba tirai di mana Prof. Razak sedang berdiri dibuka oleh seseorang. Mengucap panjang Prof. Razak dek terkejut yang amat. Kelihatan pesakit yang dirawatnya malam semalam berdiri di hadapannya. "Ya, saya. Saya minta maaf. Saya minta maaf" sahut Aisya perlahan sambil memohon maaf dan menundukkan wajahnya. Tiba-tiba dia mengeluarkan angin. 'Malunya aku.' rungut Aisya di dalam hati menekupkan wajahnya dengan tangan. Semua yang berada di situ terkejut. "Aisya?" tanya seorang pelatih. Aisya memandang pelatih itu. "Sarah?" tanya Aisya pula. "Aisya! Ni aku Sarah kawan baik kau. Rindunya aku kat kau." jawab pelatih itu sambil menekupkan wajahnya. "Sarah!" jawab Aisya pula lalu memeluk kawan baiknya. 'Kawan baik aku rupanya.' fikir Aisya.


"Aisya? Aku ni Aliff." panggil seseorang. "Eh? Aliff!" jawab Aisya gembira. "Sarah?" jawab seorang lagi. "Asyraf?" sebut Sarah. Aisya yang mendengarnya memandang ke arah suara tadi. 'Alamak! Asyraf. Macam mana dia boleh ada kat sini?' fikir Aisya dan terpaku di situ. Orang yang sangat-sangat disukainya suatu ketika dahulu berada di hadapan matanya. Debaran di hatinya apabila melihat Asyraf masih seperti dahulu. 'Apakah yang sedang berlaku ni.' fikir Aisya lagi.


"Nur Aisya Sakinah. Kamu pergi ambil kot kamu dan masuk ke bilik saya. Sekarang!" panggil Prof. Razak tegas. Kemudian, Prof. Razak memberikan senarai nama kepada seorang doktor yang berada di sebelahnya lalu beredar. 'Matilah aku.' fikir Aisya dalam gusar. 'Macam mana ni? Hari pertama kerja aku dah buat hal.' fikirnya lagi. "Tak apa, Aisya. Sabar ye." pujuk Sarah. Aisya sudah mula risau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience