"Hoi! Berangan apa tu?" jerkah Sarah yang baru tiba. Tersentak Aisya daripada lamunannya yang panjang. Naik gugur jantungnya. "Kau ni kan?! Kalau buatnya aku sakit jantung macam mana?" marah Aisya. Sebenarnya dia malu kerana Sarah sedar akan dirinya yang sedang termenung jauh entah ke mana. "Kalau kau sakit jantung, aku call lah ambulan. Lepas tu kau okeylah balik kan?" usik Sarah lagi. "Hohoho! Sampai hati kau ya? Kalau aku mati macam mana?" tanya Aisya lagi dalam nada mengusik. "Kau ni tak baik cakap macam tu!" marah Sarah sambil menampar kuat bahu Aisya dan mengetap bibirnya. Terasa sakit yang teramat. Marah benar kawannya yang seorang itu.
"Kau ni sakitlah!" marah Aisya. "Cakap lagi macam tu. Lagi sekali kau cakap macam tu kat aku, silap hari bulan aku akan pastikan yang kau dah tak ada mulut dah." marah Sarah. "Kau nak buat apa kat aku?" tanya Aisya. "Aku...Aku...Haa! Aku stapler mulut kau nanti." balas Sarah dalam nada marah. "Yalah. Aku takkan cakap lagi macam tu. Janganlah marah." pujuk Aisya. Sarah menjelingnya dengan pandangan yang tajam. Masakan Sarah tidak marah pada Aisya. Aisya merupakan sahabat yang sentiasa berada di saat suka dukanya.
'Marah benar dia ni. Aku kena buat sesuatu ni.' fikir Aisya. Aha! Aku ada idea. "Okey, kalau macam tu kita tak payah kawan lagi. Kau kan tak nak kawan dengan aku dah. Nanti bila aku dah tak kawan dengan kau aku akan beritahu Idham." balas Aisya pura-pura marah. Sarah yang pada mulanya marah terus membuntangkan matanya dek terkejut.
Sarah menarik lembut tangan Aisya lalu memujuk. "Janganlah. Malulah aku nanti kalau dia tahu. Aku bukan tak nak kawan dengan kau. Aku marah tadi sebab sayang." pujuk Sarah pula. Dia mula membuat muka comel. Gila dia tak takut dengan ugutan Aisya. Aisya ni selalunya akan mengotakan perkara yang dikatakannya. 'Macam mana kalau Idham tahu yang aku suka dia? Malulah aku.' fikir Sarah.
Aisya yang berlakon marah masih meneruskan lakonannya. "Aku rasa kan kau ada kata yang kau tak nak kawan dengan aku. Kalau bukan kawan bolehlah aku bocorkan rahsia orang yang bukan kawan aku. So, aku bolehlah beritahu rahsia kau, kan?" tanya Aisya masih membuat muka serius. "Okey. Okey. Aku ngaku kau kawan terbaik yang first class bagi aku. Janganlah beritahu dia eh?" pujuk Sarah. "Kalau aku ikut cakap kau kau nak bagi aku apa?" tanya Aisya. "Aku...Aku...Haa...aku belikan kau baju dress sekali dengan tudung. Janganlah bagitahu dia eh?" pancing Sarah.
Sarah ni kalau bab pancing rakan karibnya itu memang bijak. Apa lagi. Aisya pun bertanya, "Betul kau akan belikan?"
"Betul. Insya-Allah aku belikan untuk kau." pujuk Sarah lagi. "Deal?" tanya Sarah. "Deal!" balas Aisya dengan terujanya. Sarah tersenyum melihat gelagat Aisya. Bukannya susah nak pujuk Aisya ni. Tawarkan saja apa yang dia mahu. Confirm hilang rajuknya.
Setelah agak lama berbual, cikgu matematiknya, Puan Hayati masuk ke dalam kelas. Setelah memberi salam dan Puan Hayati menjawab salam, semua pelajar duduk semula di atas kerusi masing-masing. "Okey, hari ni cikgu nak pecahkan kamu dalam kumpulan. Cikgu akan pilih ahli kumpulan kamu mengikut markah peperiksaan kamu yang lalu. Dalam setiap kumpulan, ada ahli yang bijak, sederhana dan lemah." ujar Puan Hayati. Semua pelajar sudah mula mengeluh. Mereka semua risau takut-takut dapat ahli kumpulan yang malas melaksanakan kerja yang diberikan.
Share this novel