Aisya yang baru sahaja pulang, terus menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia mengelamun buat sementara. Dia teringatkan tindakan Asyraf yang segera menyiram air pembasmi kuman ketika pembedahan yang dijalankan tadi. Nampak kerisauan Asyraf ketika itu. Namun, Aisya masih tidak pasti sama ada Asyraf risaukannya hanya sebagai kawan atau tidak. Entahlah. Dia sendiri pun tidak tahu. Setelah agak lama berbaring, dia pun bangkit dari pembaringan dan mencapai tuala lalu menuju ke bilik air.
Selepas membersihkan diri, dia merebahkan diri di atas katil semula. Kemudian, kedengaran bunyi ringtone telefonnya yang menandakan ada mesej whatsapp masuk. Dia pun mencapai telefonnya. Daripada Aliff rupanya.
Aliff : Dah sampai rumah ke?
Aisya : Dah lama sampai. Eh... Waalaikumussalam. Hehehe...
Aliff : Lupa-lupa .?~?. Assalamualaikum.
Aisya : Waalaikumussalam... Kau pula dah lama ke sampai rumah?
Aliff : Kau ni tanya aku sebab lupa ke perli aku? Aku kan kena denda dengan Prof. Razak -_- So aku kena ambik shift malam sebab aku tak kerja 2 hari lepas...
Aisya berfikir sejenak. 'Ya tak ya juga. Lupa pula.' fikir Aisya sambil ketawa sendiri lalu mula menaip semula.
Aisya : Lupa-lupa *?* Hehehe...
Aliff : Apa-apa je lah -_-
Aisya : Alah....merajuk ke? >~<
Aliff : Merajuk dengan Prof. Razak -_- Lagipun kalau aku merajuk pun kau nak pujuk ke? Tak kan?
Aisya : Hehehe... Kalau kau merajuk kau pujuk diri kau sendiri dulu. Nanti dah habis rajuk kau tu kau cari aku tau.
Aliff : K -_- Aku kenal sangat kau yang takkan pujuk sesiapa even best friend kau sendiri. Huhuhu....Sedihnya dapat best friend macam kau ni... ¡—¡
Aisya : Relax... At least... kau akan hilang rajuk kau bila aku buat lawak kan? ^-^
Aliff : Apa-apa je lah *_*
Aisya : Dah kerja tu boleh pula chat dengan orang. Pergi buat kerja kau tu.
Aliff : Relax...Prof. Razak tak ada.
Aisya : Tengok-tengok nanti kat sebelah kau. Haa... Baik kau buat kerja kau.
Aliff : Ye la tuan puteri. Patik buat kerja ye.
Aisya : Ye la tuan hamba.
Aliff : Oitt... Suka hati kau je panggil aku tuan hamba.
Aisya : Daripada aku panggil kau 'hamba' je... Lagi sedih...Kira baik aku panggil kau tuan hamba. Ok lah tu...
Aisya sudah ketawa. Dia bangkit dari pembaringan dan duduk di birai katil. Dia memang suka cari pasal. Kemudian, kedengaran ringtone telefonnya berbunyi lagi.
Aliff : Panggil lah aku laksamana ke temenggung ke... Kan bagus...Tinggi lah juga darjat panggilan aku tu.
Aisya : Apa-apa je la laksamana Aliff... Beta nak laksamana pergi buat kerja cepat sebelum laksamana kena marah dengan Sultan Mahmud...
Aliff : Siapa pula Sultan Mahmud ni?
Aisya : Haa...tu lah kau tak tahu. Sultan Mahmud ni Prof. Razak. Nanti tolong padam chat ni ye sebelum Prof. Razak tahu... >~< Prof. Razak tahu mati aku...
Aisya membalas mesej itu sambil ketawa nakal. Dia memang suka bergurau dengan Aliff kerana sikap Aliff yang hanya melayani kerenah otak geliganya. Kemudian, mesej masuk lagi.
Aliff : Aku bagitahu Prof. Razak...Aku tunjuk kat Prof. Razak... Kau tunggu je ye. Esok semuanya akan menjadi sangat indah bagi kau sebab kena marah. Muahahahaha.... >°<
Aisya : Amboi... Seronok nak kenakan aku ye. Takpe... Aku bagitahu Prof. Razak yang kau ambil cuti dua hari tu bukan sebab sakit tapi sebab kau bercuti... Kantoi nanti... Aku hantar sekali gambar kau pergi pantai tu... Muahahaha....
Aliff : Kau jangan... Matilah aku kena denda night shift lagi. Aduh...
Aisya : So don't report okay?
Aliff : Ok... Wei... dah lah. Prof. Razak dah datang. Bye. Assalamualaikum.
Aisya : Bye. Waalaikumussalam...
Senyuman di bibir Aisya masih tidak hilang. Dia memang sentiasa ceria apabila berbual dengan Aliff. Dia menjadi dirinya sendiri dan sering tersenyum apabila mengenangkan jenaka mereka berdua. Tapi..itulah. Aisya hanya menganggap Aliff sebagai kawan baik dan sahabat.
Share this novel