"Matilah aku. Matilah aku. Matilah aku." kata Aisya pada dirinya sendiri dan menghentukkan kepalanya beberapa kali pada pintu almari bilik persalinan doktor dan jururawat perempuan. 'Macam mana kalau aku kena berhenti pada hari pertama kerja? Argh!' fikirannya sudah berserabut. "Nah. Kau tak ada bawa baju kan? Pakai sajalah baju aku ni dulu." ujar seseorang sambil menghulurkan blouse berwarna biru, tudung bawal berwarna hitam dan seluar slack hitam kepadanya. Dia mengerling ke arah sebelahnya. Sarah rupanya yang berada di sebelahnya.
"Sarah...Macam mana ni?" tanya Aisya sambi memuncungkan bibirnya. "Pergi sajalah dulu." pujuk Sarah. "Iyalah." balas Aisya perlahan. Dia pun membersihkan diri dan memakai pakaian dan tudung yang diberikan Sarah. Kemudian, dia menyarungkan kot doktor yang tertera namanya lalu berlalu untuk pergi ke bilik Prof. Razak. Setelah bertanya ke arah jururawat di mana bilik Prof. Razak, dia pun melangkah pintu bilik Prof. Razak. Dia menarik dan menghembuskan nafas dahulu barulah pintu itu diketuknya. Apabila terdengar sahutan daripada Prof. Razak, dia pun memulas tombol pintu dan menolak daun pintu lalu berdiri di hadapan meja Prof. Razak.
"Saya nak tanya apakah seorang doktor perlu bertindak seperti yang awak lakukan?" tanya Prof. Razak tegas. "Tidak." jawab Aisya perlahan. "So, why did you do that? Sepatutnya, awak boleh sahaja menyerahkan mc awak kepada saya selepas sesi suai kenal. Awak dah memalukan pihak hospital apabila orang awam melihat tingkah laku awak. Awak dah jatuhkan reputasi pihak hospital." jelas Prof. Razak tegas. "Tapi saya hanya ingin professor tahu bahawa saya dah menghadirkan diri ke sesi suai kenal." jawab Aisya perlahan sambil menundukkan wajahnya.
"Jangan menjawab!" tegas Prof. Razak. Terkejut Aisya mendengar tegasan itu. "Seorang doktor tak boleh sakit untuk merawat pesakit. Dan awak sudah menunjukkan bad side awak." kata Prof. Razak. "Tapi semua manusia pernah sakit, professor." jawab Aisya perlahan. "Saya kata jangan menjawab!" tengking Prof. Razak. Aisya terus mengunci mulutnya. "Saya hanya ingin pesan satu sahaja." kata-kata Prof. Razak terhenti di situ. "Apa professor?" tanya Aisya perlahan sambil menelan liur. "Saya akan buat apa sahaja untuk buat awak hantar surat berhenti.Kalau boleh saya tak mahu lihat wajah awak melainkan ketika menjalankan tugas bersama. Keluar dari bilik saya. Sekarang!" tengking Prof. Razak. Aisya yang kelam-kabut segera berlari dan keluar dari bilik Prof. Razak. Terasa seperti mahu menangis apabila mendengar tengkingan Prof. Razak. Dia pun duduk di atas kerusi di wad kecemasan.
"Apalah nasib aku dapat professor tu." katanya pada diri sendiri. Dia menghentukkan kepalanya lagi pada dinding di sebelah kerusi yang didudukinya. Hari ini saja sudaj banyak kali dia menghentukkan kepala pada dinding. Ini semua salah Prof. Razak. "Nah." tegur seseorang sambil menghulurkan air tin kepada Aisya. Aisya memandang ke arah gerangan di sebelahnya. Aliff sedang tersenyum kepadanya dan menampakkan lesung pipitnya. "Thanks." ujar Aisya sambil mengambil air tin di tangan Aliff. Air tin itu sudah bertukar tangan. "Sudahlah. Nanti okeylah Prof. Razak tu." pujuk Aliff.
"Aku tahu. Tapi itulah. Prof. Razak dah kata yang dia tak mahu tengok aku melainkan ketika menjalankan tugas. Macam mana kalau kami terserempak ketika tidak menjalankan tugas bersama? Nak aku melekat kat dinding biar dia tak nampak aku?" tanya Aisya. "Aku rasa dia tak maksudkan apa yang dikatanya. Mungkin dia tengah marah sebab tu dia lepaskan saja." pujuk Aliff. "Entahlah. Hari pertama kerja aku dah buat hal. Matilah aku." rungut Aisya.
Tiba-tiba suasana di hospital itu menjadi kelam-kabut. Semua doktor dan jururawat berlari ke sana sini. "Kenapa ni?" tanya Aisya kepada Aliff. " Entahlah." jawab Aliff. Mereka pun mendekati seorang doktor yang sedang menyorong seorang pesakit yang berlumuran darahnya terbaring di atas katil bersama dua orang jururawat untuk ke bilik pembedahan. Aisya berasa ngeri kerana ini pengalaman pertama yang dihadapinya. "Kenapa ni?" tanya Aliff kepada doktor itu.
"Ada berlaku kemalangan di kawasan pembinaan dan sekarang ni ramai mangsa sedang dibawa ke sini. Awak pergi ambil pesakit yang sedang diturunkan dari ambulan sekarang." gesa doktor itu lalu segera menyorong katil itu ke bilik pembedahan. Aliff dan Aisya segera ke ambulan dan menyorong katil pesakit lain bersama seorang jururawat. Tiba-tiba Aliff dipanggil oleh jururawat lain yang meminta Aliff membantu pesakit lain. Aliff pun pergi ke arah pesakit lain manakala Aisya meneruskan menyorong katil pesakit yang disorongnya ke bilik pembedahan bersama seorang jururawat yang membantunya. Pesakit itu dilumuri dengan banyak darah di kepala, kaki dan tangannya.
Tiba-tiba dia merasakan katil yang disorongnya menjadi ringan sedikit apabila ditolak. Rupa-rupanya Asyraf sedang membantu menyorong pesakitnya sehingga tiba ke bilik pembedahan. "Kita tak boleh buat benda ni sorang-sorang. Mesti kena ada doktor lain yang membantu." jelas Asyraf sambil memakai sarung tangan. Jururawat yang membantu mereka pula memakaikan pesakit alat-alat bantuan. Berdebar jantung Asyraf dan Aisya untuk memulakan pembedahan pertama mereka.
Share this novel