Chapter 8

Humor Series 10130

Aisya terjaga daripada tidurnya. Dia mengerling ke sekeliling biliknya. Dia tercari-cari di mana Alisya namun Alisya sudah tiada di bilik itu. Dia mengambil jam loceng yang berada di sisinya untuk melihat jam. "Baru pukul 7.45." kata Aisya pada dirinya sendiri lalu memejamkan semula matanya. Apabila terfikirkan sesuatu dia bingkas bangkit daripada pembaringannya.


"Alamak! Kelas aku start pukul 8. Macam mana ni? Aku dah lewat!" gumam Aisya pada dirinya sendiri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tergesa-gesa dia bangun kemudian mencapai tuala dan peralatan mandian lalu berlari ke bilik air. Ketika dia berlari di koridor blok asramanya, ramai pula yang mengganggu jalannya.


"Tumpang lalu. Maafkan saya." ujar Aisya dalam gesa kepada pelajar-pelajar yang hampir dilanggarnya. Setelah membersihkan diri dan menyiapkan diri, dia mencapai beg galasnya lalu dengan pantasnya dia berlari ke kelas. Mujurlah dia sudah meletakkan peralatan dan buku untuk belajar malam sebelumnya. Jika tidak pasti dia tidak akan dimarahi oleh lecturer yang mengajarnya kerana sudahlah tiba lewat kemudian buku pun tidak dibawanya. Sekarang ini pun dia sudah lewat.


Jam sudah menunjukkan pukul 7.58 pagi. Dengan bakatnya sebagai seorang jaguh pecut 100 meter di sekolahnya dahulu, dia sempat tiba di kelasnya tepat pukul 8 pagi. Mujurlah kelasnya tidak jauh daripada asramanya. Hanya berjarak kira-kira 10 meter sahaja. Itu pun sebaik sahaja dia masuk ke kelas, Puan Fatimah, lecturer Aisya merupakan orang selepas Aisya menjejakkan kaki di kelas.


Aisya bersyukur di dalam hati. Sekurang-kurangnya dia tidak dimarahi kerana lewat. Dia tercari-cari tempat kosong untuk didudukinya. Kelihatan dua buah kerusi yang kosong dan kedudukannya akan memudahkan sesiapa yang mengambil tempat itu untuk belajar. Aisya melabuhkan punggung di atas kerusi kosong di sebelah kanan dan begnya diletakkan di atas riba kemudian melepaskan lelah. Boleh sahaja bagi Aisya untuk meletakkan begnya di kerusi sebelah kirinya. Tetapi apabila memikirkan mungkin ada lagi pelajar yang tiada tempat duduk, biarlah tempat itu diberikan kepada orang lain.


Dia mengeluarkan buku dan alat tulisnya. Setelah kedatangan diambil, Puan Fatimah menjelaskan tentang tajuk yang akan mereka belajar. Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu kelas. Puan Fatimah yang mendengarnya berkata. "Masuklah." panggil Puan Fatimah kepada orang yang mengetuk pintu itu. Apabila pintu dibuka, kelihatan Aliff menunduk dan mengucapkan maaf kepada Puan Fatimah. Bukan Aliff sahaja yang berada di situ malah terdapat lima orang pelajar lagi yang lewat. Mungkin disebabkan sesi suai kenal yang lambat ditamatkan malam sebelumnya.


"Saya maafkan kamu semua hari ini kerana saya faham kamu keletihan. Tetapi kehadiran kamu hari ini tidak akan diambil. And one more thing. Next time, no excuses. Got it?" ujar Puan Fatimah. "Baik, Puan." kata Aliff bersama lima orang lagi yang lewat. Kemudian, mereka berpusu-pusu masuk ke dalam kelas. Aliff yang tercari-cari tempat duduk terus tersenyum apabila melihat Aisya yang sedang duduk dan kerusi sebelahnya yang kosong. Sepantas kilat dia menegur Aisya.


"Hai, boleh saya duduk sini?" tanya Aliff. "Waalaikumussalam." perli Aisya. Dia sengaja mengusik Aliff yang datang tidak memberi salam. "Allah. Lupa nak bagi salam. Hehe." ujar Aliff. Aisya yang melihatnya hanya ketawa dalam hati. Dia tidak boleh berbuat bising kerana Puan Fatimah sedang memberi penerangan. "Duduk saja. Lagipun tiada sesiapa yang duduk di sini." ujar Aisya sambil tersenyum. Dia tidak tahu mengapa dia begitu selesa bergurau senda dengan Aliff. Aliff melabuhkan punggung di sebelah Aisya.


"Lagi satu panggil saja 'aku' dan 'kau'. Tak selesa asyik panggil 'awak' dan 'saya'. Okey?" ujar Aisya. "Okey." balas Aliff sambil tersenyum dan menampakkan lesung pipit di sebelah kiri. Aisya yang melihatnya terpana buat seketika lalu mematikan lamunannya. "Sudahlah. Dengar apa Puan Fatimah tengah cakap tu. Takut nanti kena marah pula." dalih Aisya. Aliff pun mengalihkan perhatiannya sepenuhnya ke arah Puan Fatimah untuk mendengar penerangan.


Nampak sahaja Aisya sedang mendengar penerangan, sedangkan dia sedang merenung Aliff dengan ekor matanya. Tidak tahu mengapa dia merasakan Aliff seperti mahu mesra dengannya. Mungkin hanya sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience