Chapter 16

Humor Series 10130

Mulai hari esok, Aisya akan mula menjadi doktor pelatih. Dia berasa sangat teruja. Tetapi pada malam itu, berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini. Setelah selasai makan malam dan ketika dia hampir tertidur kira-kira pada jam 12 malam, perutnya di sebelah kanan terasa sakit. "Ahh! Sakitnya..." rintihnya perlahan di atas katil sambil menekan perutnya yang sakit. Dia mengiringkan tubuhnya ke sebelah kanan kerana perutnya itu terlalu sakit.


'Appendix ke?' fikirnya. Namun, dia rasa tidak percaya dengan telahannya itu. Dia menekan perut perut di sebelah kanan untuk melihat punca sakit di mana. Ianya di sebelah kanan. 'Rasanya appendix. Baik aku panggil angah.' fikirnya lagi. Dia merasakan dia hanya sempat ke bilik ke sebelah untuk memanggil abangnya, Izhan. Dia pun turun dari katil sambi terbongkok-bongkok ke arah pintu bilik kerana menahan sakit.


Setelah membuka pintu, dia merintih. "Angah...buka pintu...." panggilnya perlahan. Suaranya sudah tenggelam kerana menahan sakit. Panggilannya tiada sahutan. Dia pun menuju ke arah pintu bilik Izhan perlahan-lahan lalu mengetuk pintu bilik Izhan. "Angah...buka pintu.." panggilnya perlahan sambil mengetuk pintu beberapa kali. Dilihatnya Izhan membuka pintu bilik. Izhan pun bertanya. "Kenapa Aisya?" tanyanya dalam keadaan yang masih mengantuk.


"Angah...perut Aisya...sakit.." rintih Aisya perlahan. Izhan tidak mendengarnya kerana suara Aisya yang sangat perlahan lalu bertanya lagi. "Apa Aisya? Cakap kuat sedikit. Angah tak dengar." tanya Izhan jujur. Aisya yang sudah menahan geram dan sakit yang ditahannya mula memarahi Izhan. "Aisya kata perut Aisya sakit! Perut! Ahh..."marah Aisya terhenti di situ kerana menahan sakit. Sakit perut saja kenapa beritahu angah." tanya Izhan pelik. Baginya itu perkara biasa. Lagi pun ketika makan malam tadi Aisya telah makan banyak.


"Rasanya appendix sebab perut Aisya sakit sebelah kanan... bukannya tengah. Kalau betullah... ini appendix, Aisya kena jalani pembedahan..." jelas Aisya sambil mengerutkan dahinya. "Kalau macam tu kita pergi hospital sekarang." ujar Izhan dan membantu adiknya itu untuk duduk di atas sofa di ruang tamu. "Angah pergi panggil ayah dan alang. Nanti kita gerak sama." ujar Izhan dalam gelisah.


Ketika Izhan ingin beredar, baju t-shirt Izhan ditarik sedikit oleh Aisya. "Ambilkan tudung dengan cermin mata Aisya sekali." pinta Aisya. Dia bersyukur kerana dia sudah berpakaian t-shirt lengan panjang dan seluar panjang. Tidaklah dia berasa janggal jika pergi dengan tidak menutup aurat. "Nanti angah ambil." jawab Izhan kemudian bergegas untuk mengejutkan Encik Samad dan Ehsan. Yana tiada kerana Yana sudah tamat berpantang pada satu hari yang lalu dan kini sudah pulang ke rumah suaminya.


Setelah bersiap ala kadar, Izhan turun ke ruang tamu lalu menghulurkan cermin mata dan tudung kepada Aisya. "Apa ni angah. Kenapa tak cari tudung yang sesuai dengan baju yang Aisya pakai." rungut Aisya. "Dah sakit pun nak berfesyen lagi. Pakai saja. Jangan nak banyak songeh." bebel Izhan. Geram dia dengan adiknya yang masih mahu melawa walaupun sedang sakit.


Tiba sahaja di wad kecemasan, Encik Samad, Izhan dan Ehsan meminta bantuan kepada seorang jururawat di situ. Setelah diperiksa oleh doktor yang tertera namanya pada kot yang dipakainya iaitu Prof. Razak, doktor itu berkata. "Saya rasa appendix anak encik mahu pecah. Dia perlukan pembedahan." jelas Prof. Razak lalu meminta seorang jururawat untuk menyediakan bilik pembedahan dan menyorong katil untuk membawa Aisya ke bilik pembedahan. Setelah tiba di hadapan bilik pembedahan, Prof. Razak meminta Encik Samad, Izhan dan Ehsan agar menunggu di hadapan bilik pembedahan.


Setelah tamat pembedahan, Aisya ditempatkan di kawasan pesakit yang ramai di wad kecemasan. Seorang jururawat sudah memberitahu Aisya dan keluarganya bahawa Aisya tidak boleh makan atau minum sekiranya Aisya tidak membuang angin lagi. Jika Aisya sudah membuang angin barulah Aisya boleh pulang ke rumah. Setelah jururawat itu beredar Aisya yang sudah menyedarkan diri mula merungut. "Ayah, angah, alang. Tak ada bilik persendirian ke?" rungut Aisya. "Jangan nak mengada. Ingat bil bilik persendirian tu murah ke?" bebel Ehsan. Mengada betul adiknya itu. Encik Samad menggelengkan kepalanya. "Nanti kami balik dan ambil barang-barang keperluan kamu." ujar Encik Samad.


"Ambil charger dengan phone Aisya sekali. Aisya lupa minta kat angah masa di rumah tadi." pesan Aisya. "Lagi satu, esok Aisya dah start kerja. Kalau esok Aisya tak discharge lagi macam mana?" tanya Aisya. "Bagi mc sajalah. Takkanlah pergi dalam keadaan sakit." ujar Ehsan. Izhan mula mengusik. "Kalau Aisya buang angin nanti mesti busuk. Eii..." usik Izhan sambil ketawa perlahan kerana tidak mahu mengganggu pesakit lain yang sedang tidur. "Angah ni!" jerit Aisya perlahan. Encik Samad dan Ehsan hanya ketawa perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience