Selepas 4 tahun....
Aisya menatap surat yang berada di tangannya seperti tidak percaya. Dia yang baru sahaja tiba di biliknya setelah mengambil surat dari peti surat berasa sangat gembira kerana telah berjaya mencapai cita-citanya. Dia telah menerima surat tawaran sebagai doktor pelatih dan dia akan mula bekerja lusa. Dia tersenyum sendiri di dalam bilik. 'Ibu, Aisya dah berjaya.' katanya di dalam hati. Dia menangis gembira.
Dia bangkit dari duduknya lalu keluar dari biliknya dan turun ke ruang tamu. Kelihatan Yana yang sedang cuti berpantang melayan anaknya bermain dengan permainan. Iya. Kakaknya sudah berkahwin 2 tahun yang lalu dan baru sahaja dikurniakan seorang anak lelaki. Muhammad Rayyan namanya. Aisya duduk di atas sofa dan menghulurkan surat tawarannya kepada Yana. Yana yang melihatnya mengangkat keningnya tanda ingin tahu mengapa Aisya menghulurkan surat itu kepadanya. Aisya hanya menghulurkan tanpa berkata apa-apa. Yana mengambil surat itu lalu dibacanya.
Alangkah terkejutnya dia bahawa adiknya itu telah bakal menjadi seorang doktor pelatih. Bukan mudah untuk menjadi doktor. "Alhamdulillah, Aisya. Untungnya Aisya. Lusa pergi kerja pakai kereta Aisya tu ke?" tanya Yana. "Naik kereta yang along bagi 4 tahun lalu tulah. Nak pakai kereta apa lagi. Itu saja kereta yang Aisya ada. Kalau minta kat along kereta Mercedes kesayangan along tu memang along takkan bagi orang tu." perli Aisya. "Perli along pula. Mestilah along sayang kereta tu. Along beli dengan gaji pertama along tau. Aisya tu yang patut bersyukur along belikan Honda City tu kat Aisya. Kalau bukan disebabkan along masih mahu guna kereta Mercedes kesayangan along tu takkan bagi kereta Honda City tu kat Aisya." bebel Yana.
"Tak habis-habis membebel." ngomel Aisya. Dia kemudiannnya naik ke bilik. Malas mahu mendengar bebelan kakaknya itu. "Aisya, Aisya." kata Yana pada dirinya sendiri sambil tersenyum.
Share this novel