Chapter 29

Humor Series 10130

Aisya membetulkan selendang yang dipakai untuk kelihatan kemas di hadapan cermin. Sebenarnya, dia sedang gementar. Mana taknya. Asyraf tiba-tiba sahaja mengajak dia keluar. Katanya ada hal penting yang ingin dibincangkan.

'Hal apa yang penting sangat sampaikan aku kena jumpa dia personal? Ke dia ada masalah? Tapi aku dengan dia mana rapat.' getus hati Aisya. Tangannya masih sibuk mengemaskan selendang yang dipakai. Matanya masih tertumpu pada cermin di hadapannya.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi deringan telefonnya menandakan ada panggilan masuk. Dia pun menangguhkan kerja mengemaskan tudung dan mencapai telefonnya lalu menjawab panggilan tanpa melihat nama si pemanggil.

"Helo?" tanya Aisya. "Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh." panjang lebar si pemanggil memberi salam. Aisya menepuk dahinya sendiri. 'Aduh. Ini tak lain mesti si Asyraf ni. Bukannya aku tak boleh cam suara dia.' rungut Aisya di dalam hati.

"Waalaikumussalam." balas Aisya. "Hah nak apa? Baru pukul berapa. Kata nak jumpa pukul 10 lebih." sambung Aisya lagi. "Aisya..." panggil Asyraf lembut. Tetapi dia kedengaran seperti mahu meluahkan sesuatu padanya.

"Kenapa?" tanya Aisya pula. Lama. Asyraf di hujung talian tidak menjawab persoalan Aisya sebentar tadi dan hanya diam. Setelah agak lama berdiam diri, akhirnya Asyraf bersuara. "Cepatlah. Aku tunggu kau kat Subway. Alang-alang boleh makan." ujar Asyraf.

"Kenapa kau macam ada sembunyikan sesuatu daripada aku?" tanya Aisya tidak berpuas hati kerana soalannya tidak dijawab. "Datang sajalah." ujar Asyraf lalu menamatkan panggilan. Tidak sempat Aisya mahu bertanya lagi.

"Kenapa dengan dia?" tanya Aisya pada dirinya sendiri. "Tak apa. Nanti aku tahulah." ujar Aisya lagi pada dirinya sendiri. Dia pun menyambung mengemaskan selendang. Setelah selesai, dia mencapai telefon dan beg sandangnya di atas meja solek lalu melangkah keluar dari bilik.

Aisya menuruni tangga dengan pantas. Sungguh. Keingginan untuk mengetahui apa yang Asyraf sembunyikan daripadanya sangat tinggi. Tindak-tanduknya itu dilihat oleh ayahnya.

"Aisya! Lajunya jalan. Nak pergi mana?" tanya Encik Said. Aisya pun memberhentikan langkah dan menoleh ke arah ayahnya yang duduk di ruang makan. "Aisya dah lambat. Nak jumpa kawan. Nanti marah pula dia." ujar Aisya.

"Kalau ya pun sarapanlah dulu dengan ayah. Kamu tak sarapan lagi." ujar Encik Said. "Tak apa. Aisya dah plan dengan kawan nak makan kat mana. Ayah tak payahlah risau." ujar Aisya sambip tersenyum. " Mana angah dengan alang?" tanya Aisya lagi.

"Biasalah. Bukan kamu tak tahu abang-abang kamu itu macam mana. Main futsal saja kerja. Cuti-cuti ingatkan dapatlah keluar dengan anak-anak. Tapi akhirnya ayah melangut seorang-seorang kat rumah ni." rungut Encik Said. Aisya tertawa kecil apabila mendengar rungutan ayahnya. Dia pun membuka langkah mendekati ayahnya.

"Minggu depan ya, ayah. Insya-Allah. Nak salam." ujar Aisya sambil menghulurkan tangan kanannya. Encik Said pun menyambut huluran tangan anakanya. Aisya mencium tangan ayahnya.

"Aisya pergi dulu. Assalamualaikum." ujar Aisya dan terus berlalu meninggalkan ayahnya. "Waalaikumussalam." ujar Encik Said perlahan sambil matanya melihat gerak-geri anak bongsunya itu.

Di OU...

Aisya mematikan enjin keretanya lalu melangkah keluar dari kereta. Setelah mengunci pintu kereta, dia pun melangkah masuk ke dalam bangunan OU dengan debaran di hati. Dia pun mencari-cari tempat yang dijanjikan. Setelah sampai, kelihatan Asyraf sudah menantinya di sebuah meja makan. Aisya pun perlahan-perlahan mendekati Asyraf. Sebenarnya, idea nakalnya sudah datang.

"Bah!" kejut Aisya di belakang Asyraf. Tetapi Asyraf tidak kelihatan terkejut dan hanya menoleh ke belakang untuk melihatnya dengan wajah yang tenang. "Aku dah nampak kaulah tadi." ujar Asyraf sambil tersenyum sinis. "Okey. Lawak hambar." ujar Aisya lalu mengambil tempat duduk di hadapan Asyraf. 'Baru ingat nak terkejutkan dia. Melepas aku! Macam manalah dia boleh nampak aku.' getus hati Aisya.

"Kau nak makan apa? Aku pergi ambilkan." tanya Asyraf. "Kau ambil sajalah apa-apa. Air kau ambillah air apa pun." ujar Aisya. "Tunggu sini sekejap." ujar Asyraf dan bangun dari duduknya. Dia pun menuju ke kaunter.

Aisya hanya memerhatikan Asyrah yang berada di hadapan kaunter. Asyraf yang dikenalinya dahulu sungguh kelihatan tidak matang. Tetapi kini, dia kelihatan lebih matang. Atau pun mungkin Aisya tidak pernah tahu sikap sebenar Asyraf. Dia dengan Asyraf bukannya rapat.

Sungguh. Dia mahu sangat tahu mengapa Asyraf mengajaknya keluar. Tidak pernah lagi Asyraf mengajaknya keluar waktu-waktu cuti begini.

"Hoi!"

Tersedar Aisya dari lamunannya yang panjang. Semua perkara yang berada di fikirannya melayang entah ke mana. Kelihatan Asyraf ketawa kecil. "Apasal kau gelak?" tanya Aisya. "Berangan saja kau ni kan. Nah." ujar Asyraf sambil meletakkan bungkusan sandwich dan air du hadapan Aisya.

"Kau beli sandwich apa untuk aku?" tanya Aisya. "Kau yang kata apa-apa saja kan? Makan sajalah." ujar Asyraf sambil membuka bungkusan sandwich lalu di'ngap' sandwich di tangannya.

Aisya mencebikkan bibir. Dia pun turut membuka bungkusan sandwich. "Apa benda yang kau nak cakap kat aku?" tanya Aisya sambil mengunyah sandwich di dalam mulutnya. Terhenti Asyraf daripada mengunyah sandwich. Dia pun meletakkan kembali sandwich di atas dulang dan menyisip minumannya.

Aisya pula diam, menunggu respon daripada Asyraf. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Lama. Mereka hanya diam tidak berbuat apa-apa. Masing-masing kelu untuk berkata-kata terutama Asyraf.

"Asyraf?" panggil Aisya lembut. Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Asyraf membuka mulut untuk berbicara. "Aku nak..." kata-kata Asyraf terhenti. Aisya pula masih menanti Asyraf meneruskan bicara.

"Aku nak...kahwin dengan kau."

Tersedak Aisya dibuatnya. Hampir-hampir dirasakan sandwich yang ditelannya tersekat tetapi Alhamdulillah tiada apa. Dia mengerdipkan matanya berkali-kali. "Kau... Apa kau cakap ni?" tanya Aisya inginkan kepastian. "Aku serius. Aku nak kahwin dengan kau." ujar Asyraf sambil merenung dalam anak mata Aisya. Aisya terkedu buat seketika.

"Bu...bukan kau suka Sarah ke?" tanya Aisya. "Entah. Aku keliru dengan perasaan aku. Sekejap. Mana kau tau aku suka Sarah? Setahu aku aku tak pernah bagitau sesiapa." tanya Asyraf hairan. Aisya meneguk liur. "Dari...Sarah." tipu Aisya. Takkanlah nak bagitau yang dia ada curi dengar ketika Asyraf meluahkan perasaan pada Sarah pula. Terbongkarlah nanti.

"Oh." ujar Asyraf pendek. Lama. Mereka diam tanpa bicara. Kemudian, Asyraf memecah kesunyian. "Tapi aku pasti ni jalan yang terbaik." ujar Asyraf. "Habis tu apasal kau lamar aku?" tanya Aisya lagi. Dia pelik. 'Sudahlah dengan cincin pun tak ada.' sambungnya di dalam hati.

"Aku nak kau fikirkan. A...aku bagi kau masa dua minggu. Dua minggu untuk kau fikirkan. Macam mana?" tanya Asyraf. Terganga Aisya. 'Apakah maksud semua ini?' fikir Aisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience