Ketika hari mengambil keputusan SPM...
Ada sesetengah pelajar gembira kerana kejayaan. Ada sesetengah pelajar sedih kerana kegagalan. Itu memang adat mengambil keputusan peperiksaan bagi semua pelajar. Mujur. Alhamdulillah. Aisya mendapat 10A dalam SPM. Bukan mudah untuk mengecapi keputusan yang hebat begini. Dia telah berusaha keras dan akhirnya kejayaan dapat dikecapinya.
"Kau nak belajar kat mana dan ambil course apa lepas ni?" tanya Sarah yang duduk disebelahnya. "Aku nak ambil bidang kerjaya yang aku nak iaitu doktor. Aku nak tunaikan impian keluarga dan arwah ibu yang mahukan aku menjadi doktor. Bukan itu saja malah aku berminat dalam bidang itu. Kau pula?" tanya Aisya pula. "Aku nak ambil bidang doktor juga. Aku nak jadi doktor phsycatrist. Kau nak jadi doktor apa? Phsycatrist?"
"Aku rasa ambil bidang bedahlah." balas Aisya. Mereka sudah merancang masa hadapan masing-masing. Tetapi manusia hanya mampu merancang, Allah yang tentukan segalanya. Jadi kita perlulah berdoa, bertawakal dan berusaha. "Tapi hebat juga rakan-rakan kelas kita. Ramai dapat semua A. Ada yang dapat semua A+ lagi." ujar Sarah dalam kebanggaaan. Sudah pastinya dia tidak boleh percaya kerana rakan-rakan sekelas mereka kebanyakannya hanya mahu bermain sahaja.
"Dia orang tu memang pandai belaka. Tapi tak tunjuk." ujar Aisya sambil tersenyum. Sudah pasti dia tersenyum kerana Asyraf, buah hatinya juga mendapat semua A dalam SPM. Mana dia tahu? Ini kerana pengumuman pelajar cemerlang telah dibuat di atas pentas sebentar tadi. "Wei, aku harap sangat walaupun kita mungkin belajar jauh nanti kita selalu jumpa bila free eh? Selalu call aku tau?" tanya Sarah dalam manja.
"Iya. Insya-Allah aku janji." janji Aisya. Kini, bermulalah lembaran baru Aisya sebagai seorang mahasiswi.
Share this novel