Chapter 1

Humor Series 10130

Dalam keheningan subuh, kedengaran sayup-sayup laungan azan menandakan sudah masuk waktu Subuh. Aisya tersedar daripada lena yang panjang lantas bangkit daripada pembaringannya. Aisya yang mamai sudah mula merungut di dalam hati. 'Malasnya nak pergi sekolah. Mengantuk.' rungutnya.

Aisya mencapai tuala lalu melangkah malas ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia bukannya malas untuk pergi ke sekolah. Dia suka hadir ke sekolah kerana dapat bertemu rakan karibnya Sarah dan teman-teman yang lain. Tetapi dia perlu menghadap Asyraf, lelaki yang dipujanya dalam diam sejak tingkatan satu. Dia tidak suka berlagak seperti tiada apa-apa apabila di dalam kelas.

Setelah siap membersihkan diri, Aisya menyarungkan baju kurung sekolah ke tubuhnya. Setelah itu, dia mengeringkan rambutnya yang basah lalu menyikat rambutnya yang panjang kedengaran hingga ke pinggangnya. Kemudian dia mengikat rambutnya dengan getah pengikat rambut lalu menyarungkan tudungnya dan membetulkannya agar kelihatan kemas.
Tiba-tiba kedengaran laungan ayahnya, Encik Samad yang memanggilnya serta adik-beradiknya yang lain agar menikmati sarapan. "Yana! Ehsan! Aisya! Sarapan cepat! Nanti lambat!" panggil Encik Samad. Pelik bukan? Sepatutnya seorang ibu yang memanggil anak menikmati sarapan ini seorang ayah yang memanggil anak menikmati sarapan.

Memikirkan seorang ibu membuatkan air mata Aisya mengalir. Ini kerana memikirkan ibunya yang sudah hampir setahun ibunya meninggal dunia. Masih segar di ingatan tentang kenangan bersama ibunya. Namun, kehidupan perlu diteruskan. Aisya menyeka air matanya dengan lengan baju. Dia bangkit daripada duduknya lalu menghadap cermin untuk membetulkan tudungnya sekali lagi. Setelah berpuas hati, dia pun menggalas beg sekolahnya lalu turun ke dapur.

Di dapur, kelihatan kakaknya dan abangnya sedang menikmati sarapan yang disediakan oleh Encik Samad. Sepatutnya ada lagi seorang abangnya yang pertama yang bernama Izhan. Tetapi abangnya itu sedang melanjutkan pelajarannya di Shah Alam dan tinggal di asrama. Aisya pun meletakkan begnya di tepi pintu keluar lalu duduk di atas kerusi.

"Haa..Dah turun dah anak dara ni. Ingatkan dia mandi lagi. Kau berendam dalam bilik air ke apa? Ke...berangankan pakwe?" usik kakak sulungnya, Yana. "Ish! Memandai je along ini. Orang mandilah. Lagipun Aisya mana ada pakwe." balas Aisya. Kakaknya itu memang suka mengusik.

Abangnya yang kedua, Ehsan hanya menggelengkan kepala. Malas mahu masuk campur. Nanti bertekak pula mereka bertiga. Adiknya itu bukan boleh kira. Kalau nak marah ikut dia saja. Sudahlah adiknya itu seorang yang cepat marah tetapi mudah reda daripada marah. Marah adiknya selalunya tidak panjang. Hanya sekejap sahaja. Kemudian, bergelak ketawa seperti sediakala. Itulah adiknya yang bernama Aisya.


Encik Samad yang baru sahaja selesai menikmati sarapan telah mla beredar dari meja makan untuk membasuh pinggan. Sepatutnya sebuah keluarga sudah mula meriah di pagi hari tetapi ahli keluarganya diam seribu bahasa.Ya. Aisya akui keluarganya tidak lagi meriah seperti dulu. Kini, sunyi sepi sahaja. Seperti ketika Aisya yang tinggal di rumah keseorangan. Kadangkala, terasa sebak di dada kerana teringatkan ibunya.


Dahulu, ada sahaja gelak ketawa antara ahli keluarganya. Kini, ianya seperti dia tinggal keseorangan di rumah. Aisya menyudahkan suapannya dengan cepat kerana risau jika dibebel oleh Encik Samad. Ayahnya itu memang suka membebel terutama di pagi hari begini. Usai sarapan, mereka menaiki kereta yang dipandu oleh Encik Samad untuk menghantarnya dan Ehsan ke sekolah. Ehsan kini sedang mengambil STPM dan dalam masa 3 bulan lagi tamatlah ujian STPM. Manakala Encik Samad dan Yana pula perlu ke tempat kerja.

Tiba sahaja di sekolah Aisya dan Ehsan menyalam Encik Samad dan Yana kemudian masuk ke kawasan sekolah. Bermulalah lembaran hari yang baru bagi Aisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience