Sedang Asyraf, Aisya dan jururawat bersiap sedia untuk memulakan pembedahan, tangan pesakit itu jatuh dari atas katil. Mereka bertiga terkejut. "Pesakit dah tak sedarkan diri." ujar Aisya risau. Asyraf memakai stetoskop dan mula mencari degupan jantung pesakit. Prof. Razak yang baru tiba di bilik pembedahan bersama seorang professor lain yang dipanggil Prof. Kim, segera merentap seluar pada bahagian lutut pesakit untuk melihat luka. Setelah mengesan sesuatu, Prof. Razak mendekati bahagian kepala pesakit dan mengeluarkan lampu suluh kecil untuk mula memeriksa mata pesakit.
"Apa keadaan pesakit?" tanya Prof. Razak kepada Asyraf. "Dia dalam keadaan semi-coma. Saya suspek cerebral hemorrhage." jelas Asyraf. "Draw his blood now." arah Prof. Kim. Asyraf pun mengikut arahan Prof. Kim. "Letakkan sedikit saline solution kat sini." arah Prof. Razak sambil memegang kepala pesakit. "Baiklah." jawab Aisya. Dia mengambil saline solution dan meletakkan sedikit ke kepala pesakit yang luka. Prof. Kim pula cuba mengesan punca di bahagian tapak kaki pesakit.
"Tulang dia okey. Pupillary reflex pun normal. Macam mana vitals?" tanya Prof. Razak. "Blood pressure is 110/90, pulse is 110 dan oxygen saturation rate is 97." jawab Asyraf satu persatu. "How is it?" tanya Prof. Razak kepada Prof. Kim. "Saya tak rasa ianya cerebral hemorrhage. Tiada central sign, tapi..." jawapan Prof. Kim terhenti di situ. Prof. Razak yang sedang sibuk melihat luka pesakit di kepala memandang Prof. Kim untuk mendengar penjelasan Prof. Kim. "Saya percaya ianya dislocation of the condyloid joint pada belah kanan." jelas Prof. Kim.
Setelah mendengar penjelasan itu, Prof. Razak pun mendekati bahagian kaki kanan pesakit. Dia memeriksa kaki pesakit. "It is dislocated." ujar Prof. Razak. "We need to put it back." ujar Prof. Kim pula. Prof. Razak bersetuju dan mula mendirikan sedikit lutut pesakit. Yang lain membantu Prof. Razak untuk memegang pesakit agar tidak pesakit bergerak atau jatuh dari katil. "Sedia?" tanya Prof. Razak. "Ya." jawab mereka. "One, two, three!" kira Prof. Razak lalu menekan lutut dan kaki pesakit untuk membetulkan condyloid joint. Pesakit yang sudah menyedarkan diri meraung kerana kesakitan. Mereka yang lain seperti tidak sanggup melihat pesakit yang meraung kesakitan itu.
Setelah membetulkan, Prof. Razak meletakkan semula kaki pesakit dengan berhati-hati. "It's normal." ujar Prof. Kim setelah memeriksa pesakit. "Awak dah sedar? Apa nama awak?" tanya Prof. Razak untuk memastikan pesakit tiada lagi masalah lain. "Za...Zarul..." jawab pesakit itu dalam menahan kesakitan. "Dia dah sedar." ujar Prof. Razak lega. "Suture bahagian paha ini. Ambil CT scan selepas treatment dan check the hemoglobin." arah Prof. Razak kepada Asyraf. "Baiklah." jawab Asyraf. "Kita perlu hentikan pendarahan." jelas Prof. Razak kepada Prof. Kim. "Baiklah." jawab Prof. Kim.
Selesai sahaja rawatan, Aisya membawa bekas yang dipenuhi kapas yang sudah digunakan dan ubat yang habis di dalam dulang untuk dibuang ke dalam bekas sampah. Dia membuang isinya dan membersihkan bekas itu di sinki. Setelah siap, dia berjalan seketika untuk menenangkan fikirannya kerana risaunya ketika merawat pesakit pertamanya. Baru hari pertama dia sudah lalui pengalaman pesakit yang sukar dirawat sendiri.
Tiba-tiba kedengaran suara seseorang yang amat dikenali Aisya. "Aisya!" panggi Ehsan yang memegan sebuah beg kecil sambil berlari untuk mengejar adiknya. "Alang. Alang buat apa kat sini?" tanya Aisya setelah berpaling untuk melihat abangnya. "Patutnya alang yang tanya Aisya. Aisya buat apa kat sini dengan pakai kot doktor? Bukan ke Aisya sakit?" tanya Ehsan. "Aisya dah okey dah. Lagi pun ni hospital tempat Aisya jalani latihan." jelas Aisya. "Oh! Alang thank you sebab bawak barang untuk Aisya. Aisya pakai baju ni pinjam kawan punya. Sorry, Aisya lupa nak beritahu angah yang Aisya dah discharged." jelas Aisya gembira sambil tersengih.
"Lain kali beritahu tak adalah alang lambat nak pergi balik kerja." pesan Ehsan. "Mana angah dengan ayah?" tanya Aisya. "Ayah ada di rumah. Angah pula biasalah dah kerja memang sibuklah." ujar Ehsan. "Nasib baik ayah, angah dengan along tak ikut angah sekali. Kalau tidak tak pasal-pasal bawa rombongan meminang kat hospital pula." usik Ehsan sambil ketawa. Aisya yang mendengarnya turut ketawa. "Tak apalah. Biarlah orang tahu yang Aisya ni masih ada orang yang berkenan." usik Aisya pula.
"Okeylah, alang pergi dulu. Nanti lambat pula." ujar Ehsan sambil melihat jam di tangan. "Salam." ujar Aisya sambil menghulurkan tangan kanan. Ehsan menyambut huluran salam Aisya lalu beredar pergi. Aisya pula berjalan dan langkahnya terhenti apabila melihat Asyraf yang baru sahaja keluar dari bilik CT scan. Aisya mendekati Asyraf dan memulakan percakapan mereka. "Kau dah ambil CT scan result?" tanya Aisya. "Ya. Alhamdulillah dia okey." jawab Asyraf.
Sedang berjalan beriringan, tiba-tiba kedengaran perut Aisya berkeroncong. Asyraf segera memandang Aisya. 'Malunya aku' bisik Aisya di dalam hati. Hari ini merupakan hari yang memalukan bagi Aisya. Aisya hanya tersengih untuk mengawal perasaan malu yang bertandang di hati. Asyraf hanya tergelak melihat kelakuan Aisya. "Laparlah. Aku tak makan dari malam semalam. Kau lapar tak?" tanya Aisya sambil mengajak Asyraf. "Boleh juga. Tapi kita makan kat bilik sajalah. Nanti kalau ada apa-apa berlaku kita dah ada kat sana." cadang Asyraf. "Jom." ajak Aisya. Mereka pun melangkah ke bilik urusan doktor dan jururawat.
Share this novel