"Makan perlahan-lahan." pesan Asyraf apabila melihat Aisya yang sedang lahap makan. Bukan satu bekas ayam uncle bob sahaja yang dimakan tetapi sudah masuk kali yang ketiga. "Tak boleh lambat. Nanti nak kena check pesakit lain." ujar Aisya dan mula tersedak. Asyraf menghulurkan air kepada Aisya. Aisya pun membuka penutup botol minuman itu lalu meneguknya. "Kau memang tak makan langsung ke semalam?" tanya Asyraf sambil memakan ayamnya. "Oh. Lapar sangat. Dahlah tu aku kena appendix semalam so aku tak boleh makan sampai pagi. Lepas tu pula kena jalani pembedahan pula tadi." terang Aisya setelah lega selepas minum air.
"Apa-apa pun, makan perlahan-lahan. Nanti indegestion pula." pesan Asyraf lalu menyudahkan makanannya. Aisya hanya merenung Asyraf seketika lalu meneruskan makan makanannya sehingga habis. Setelah makan, mereka membuang sampah di luar bilik. Tiba-tiba mereka terlihat Sarah dan Nurse Dila yang sedang tergesa-gesa membawa mesin dialysis. Mereka mendekati Sarah dan Nurse Dila. "Siapa yang ambil dialysis ni?" tanya Asyraf kepada Sarah. "Pesakit yang pengsan dari kawasan pembinaan tadi." jawab Sarah lalu membawa mesin itu terus ke bilik pembedahan bersama Nurse Dila. Asyraf dan Aisya turut mengikuti mereka.
Setelah tiba di bilik pembedahan, mereka berempat pun bersiap-sedia untuk memulakan pembedahan bersama Prof. Kim. Professor wanita itu pun meminta Asyraf mengambil alatan untuk memulakan pembedahan. Aisya pula menuarungkan sarung tangan. "Kalau dialysis dah dilakukan segera, we need to secure a blood vessel di leher dulu, kan?" tanya Aisya kepada Prof. Kim. "Ya." jawab Prof. Kim bersahaja. Aisya menyedari Prof. Kim dan Prof. Razak sangat tenang ketika menjalani pembedahan. Mereka kelihatan seperti tidak gentar walau sedikit pun.
"Tapi kenapa dialysis tiba-tiba...?" tanya Asyraf perlahan pada dirinya sendiri. Prof. Kim mencucuk sesuatu pada bahagian bahu pesakit. "Kenapa awak masuk ke sini?" tanya Prof. Kim ingin tahu
"Saya hanya nak tengok dan kalau ada benda yang saya boleh bantu daya bantu." jelas Aisya. Prof. Kim pun mengangguk dan memberikan semula perhatiannya kepada pesakit yang hendak dirawatnya. "Pesakit ini ada MGN." jelas Prof. Kim. "MGN bermaksud... membranous glomerulonephritis. Ianya renal failure." ujar Asyraf. "Yes, It looks like he's developed lepto." jelas Prof. Kim sambil meneruskan rawatan.
"Urine tak keluar?" tanya Aisya pula. "Tak." jawab Prof. Kim. "Jadi maknanya nanti dia perlukan kidney transfer." ujar Aisya. "Isterinya ialah pendermanya." ujar Sarah. "Isterinya? Aku dengar dia tiada family." ujar Aisya pula. "Mereka adalah kidney yang sepadan. To receive a kidney..." belum sempat Prof. Kim menghabiskan kata-katanya Sarah menyampuk. "Tapi... Nampak macam mereka dah nak bercerai." jelas Sarah. Asyraf, Aisya dan Nurse Dila memandang Sarah. Hanya Prof. Kim yang masih fokus dengan pembedahan. "Hospital di mana dia dirawat dulu sudah menelefon isterinya..." jelas Sarah lagi namun hanya terhenti di situ.
"If the kidney is severely damaged, kita pula transfer cepat. Beritahu hospital lain yang kita mungkin akan transfer pesakit ini." jelas Prof. Kim. "Baiklah." jawab Sarah. "Check the electrolytes and ABGA every hour. And check on the urine amount, too." jelas Prof. Kim kepada Aisya. "Baiklah." jawab Aisya.
Setelah selesai, Asyraf, Sarah dan Aisya keluar dari bilik pembedahan. "Alhamdulillah. Electrolytes, ABGA, dan urine amount semua okey." ujar Asyraf. "Alhamdulillah." jawab Aisya dan Sarah. "Tapi kalau selepas pesakit tu dah dihantar ke hospital lain, apa akan jadi kalau isterinya tak muncul?" tanya Sarah. "Nampaknya dia perlu tunggu sehingga kita jumpa kidney donor yang lain." jawab Asyraf. "Kenapalah mereka nak bercerai sedangkan mereka seperti sudah ditakdirkan bersama sehingga kidney mereka pun sepadan?" tanya Aisya sambil mengeluh.
Tiba sahaja di hadapan meja jururawat yang bertugas, Aisya pun mendekati seorang jururawat. "Boleh saya dapatkan nombor telefon isteri pesakit yang pengsan di construction site tadi?" tanya Aisya kepada jururawat itu. "Sekejap ya doktor." ujar jururawat itu dan mula mencari nombor telefon isteri pesakit itu. "Kau nak buat apa?" tanya Sarah ingin tahu. Bukan Sarah sahaja yang ingin tahu malah Asyraf juga ingin tahu mengapa.
"Aku tak tolong sikit pun ketika dialysis tadi. Jadi biarlah aku yang pujuk isteri pesakit tu." jawab Aisya sambil tersenyum. "Ini dia nombornya." ujar jururawat itu dan memberikan Aisya sehelai kertas kecil. "Terima kasih." ucap Aisya dan berlalu. Sarah pula hanya tersenyum dan meninggalkan Asyraf keseorangan di meja itu. Asyraf menggaru kepalanya yang tidak gatal dan berlalu ke bilik. Sudah masanya untuk mereka balik. Sudah pastilah mereka ingin pulang awal.
Share this novel