Chapter 9

Humor Series 10130

"Ya Allah Ya Tuhanku. Kau ampunilah dosa-dosaku. Kau ampunilah dosa-dosa ibu bapaku. Kau limpahkanlah rahmat-Mu kepada ku dan kedua ibu bapaku. Kau permudahkanlah urusan keluargaku yang sedang berpecah-belah ini. Kau berikanlah kebahagiaan kepadaku dan keluargaku, Ya Allah. Sesungguhnya Kau yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin Ya rabbal alamin." doa Asyraf di atas tikar sejadah.


Terasa tenang hatinya setelah usai bersolat. Dia menyeka air matanya yang menitis ketika berdoa sebentar tadi. Dia sekarang berada di rumahnya. Dia sudah tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Dia masih berteleku di atas sejadahnya sambil fikirannya menerawang tentang pergaduhan keluarganya.

Ketika pergaduhan ayah dan ibunya...


Asyraf yang baru pulang daripada bermain futsal bersama rakannya tersentak apabila terdengar bunyi kaca yang pecah dari luar rumah. Dia bergegas masuk ke dalam rumah. Dilihatnya keadaan tegang yang tidak diketahui apa puncanya. Kelihatan wajah bengis ayah, ibunya yang sedang menangis dan pasu yang sudah pecah di atas lantai. Yang menjadi persoalannya, siapakah gerangan seorang lagi wanita yang sedang menangis dan berdiri di sebalik tubuh ayahnya? Apakah yang sedang berlaku?


"Sampai hati awak buat saya begini? Saya telah berikan segalanya pada awak termasuklah kemewahan yang saya ada dahulu. Kini, setelah mendapat segala kemewahan saya awak cakap awak mahu berkahwin dengan dia yang awak telah bercinta dengannya selama 18 tahun?Awak tak fikir ke apa perasaan saya dan Asyraf setelah awak tipu kami?" tanya Puan Laila, ibu Asyraf sambil menangis teresak-esak.


"Iya! Saya tak pernah cintakan awak dan kini saya menyesal kerana mengahwini awak! Lagi satu saya tidak pernah sayang atau cintai awak dan Asyraf. Asyraf tu bukannya anak kandung saya pun. Saya hanya dijadikan kambing hitam ketika awak sedang membawa perut ke hulur ke hilir saja. Awak kena ingat awak yang paksa saya kahwin dengan awak hanya kerana awak mementingkan diri sendiri! Jika bukan kerana ugutan awak yang awak akan membunuh kekasih saya dahulu, benda ni takkan jadi. Saya sudah tidak tahan menanggung derita kerana mengahwini orang yang saya tak cintai! Saya berkahwin dengan awak hanya kerana harta yang takkan pernah habis untuk awak. Saya hanya inginkan kemewahan dan kebebasan!" tengking Encik Kasim dengan wajah bengisnya. "Jika begitu, ceraikan saya. Saya nak awak ceraikan saya sekarang juga! Ceraikan saya! Ceraikan saya!" jerit Puan Laila seperti orang histeria.


"Awak ingat saya akan ceraikan awak sekarang? Saya tak akan ceraikan awak sehingga awak mati! Saya mahu awak terseksa sepanjang hidup awak! Saya mahu kecapi segala kemewahan awak saja! Lagi pun saya mampu berkahwin lebih daripada satu." balas Encik Kasim sambil ketawa yang dibuat-buat. Asyraf yang mendengarnya hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Ini bermakna selama ini Encik Kasim tidak pernah menyayanginya dan Puan Laila. Dia merupakan anak luar nikah yang tidak diketahui siapa ayah kandungnya. Selama ini, Encik Kassim hanya berlakon.


"Saya nak awak ceraikan saya sekarang juga! Ceraikan saya!" jerit Puan Laila lagi sambil memegang kolar baju Encik Kasim. Encik Kasim yang sudah hilang pertimbangan mula menaikkan tangannya untuk menampar Puan Laila sepuasnya namun dia dihalang oleh Asyraf. "Ayah! Hentikan semua ni! Jika benar sekali pun ayah tak pernah sayang saya dan mama, jangan sesekali ayah berani pukul mama!" marah Asyraf dengan barannya. Dia tidak sanggup melihatkan Puan Laila yang diperlakukan sesuka hati oleh Encik Kasim.

"Kau dengan mak kau sama saja. Pentingkan diri! Aku akan pastikan korang merana! Ingat kata-kata aku, Laila. Kali ini aku tak main-main." ujar Encik Kasim sambil menarik tangan kekasihnya itu dan beredar keluar dari rumah banglo milik Puan Laila. Asyraf hanya merenungkan pemergian Encik Kasim dengan tangisan yang ditahannya. Dia tidak mahu Puan Laila bertambah sedih jika melihatnya menangis. Puan Laila yang sudah tersungkur di atas lantai masih menangis. Asyraf tidak sanggup melihat keadaan ibunya itu lalu memeluk Puan Laila untuk menenangkannya. Dia menangis sambil memeluk Puan Laila.

Di atas tikar sejadah...


Setelah agak lama berteleku di atas tikar sejadah, dia bangkit lalu mengangkat sejadah dan disangkutnya di ampaian. Kemudian, dia menghempaskan dirinya di atas katil lalu menangis dalam sendu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience