Chapter 11

Humor Series 10130

Pada waktu tengah hari itu, Aisya turun ke kafeteria untuk menikmati makanan tengah hari. Setelah membuat pembayaran, Aisya melabuhkan punggung di atas kerusi yang telah disediakan. Usai membaca doa makan, dia menjamah makanan yang berada di hadapan matanya sambil matanya tercari-carikan Aliff dan Alisya yang telah menyuruhnya menantikan kedatangan mereka di kafeteria.


Sehingga selesai makan, kelibat Aliff dan Alisya tidak kelihatan. 'Ke mana sajalah mereka ni pergi. Dah pukul 12.30 ni.' bisik Aisya di dalam hati sambil mengerling ke arah jam tangan yang berada di tangannya. 'Kalau lambat sangat ni baik aku main game. Lagi best. Takdelah aku bosan sangat.' bisik Aisya di dalam hati lagi sambil mengeluarkan telefonnya yang berada di dalam poket seluarnya.


Setelah mengeluarkannya, Aisya membuka aplikasi game yang ingin dimainkannya. Dia sudah tidak mengendahkan orang lain dan matanya hanya tertumpu kepada permainan yang dimainkan. 'Sikit lagi nak menang. Sikit lagi.' bisiknya dalam geram kerana peringkat permainan yang dimainkan itu sangat susah untuk dimenangi. Apabila berjaya memenanginya, dia tersenyum sambil memuji dirinya di dalam hati.


"Amboi, seronoknya main game." kedengaran suara garau di belakang tubuhnya. Telefon yang dipegang oleh Aisya hampir jatuh dek terkejut. Dia mula melatah. "Oh, mak kau hijau!" latahnya. Dia segera mengalihkan pandangan ke arah gerangan yang berada di belakang tubuhnya. Kelihatan Aliff sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum. Aliff yang sedang memegang pinggan dan cawan meletakkannya di atas meja di sebelah Aisya. "Mak aku bukannya alien yang berwarna hijau. Suka hati kau saja panggil mak aku macam tu." usik Aliff pula.


"Salah kaulah. Siapa suruh kau terkejutkan aku. Nasib baik phone aku ni tak jatuh. Kalau jatuh pecah kau nak ganti?" marah Aisya sambil mengetap bibirnya. Kemudian, matanya tercari-carikan Alisya. "Mana Alisya?" tanya Aisya. "Dia berada dalam hati kau." jawab Aliff selamba sambil menyuapkan nasi ke mulutnya. "Jawablah betul-betul. Loyar buruk pula." ngomel Aisya.


"Iyalah. Dia kata dia dapat call dari pihak penjaga library, so dia terpaksa jaga library sebab orang yang kena jaga tak ramai." jawab Aliff. Alisya merupakan seorang penjaga library jadi tidak hairanlah dia akan dipanggil pada bila-bila masa. Dalam diam Aliff tersenyum melihatkan Aisya. Rupa Aisya yang tidak menampakkan kecantikannya akan kelihatan cantik sekiranya Aisya membuka cermin matanya. Cuma Aisya lebih selesa memakai cermin matanya pada setiap masa agar penglihatannya tidak kelihatan kabur.


Bukan Aisya tidak pernah membuka cermin matanya di dalam kelas. Aisya selalu membuka cermin matanya apabila ingin tidur di dalam kelas atau pening kepala kerana terlalu banyak membaca. Setiap kali Aisya membuka cermin matanya pasti Aliff ingin melihat wajah Aisya. "Kau dengar tak apa aku cakap ni?" pertanyaan Aisya ini membuatkan Aliff tersentak. "Sorry. Kau cakap apa tadi?" tanya Aliff sambil tersengih kerana Aisya menyedari yang dia sedang mengelamun.


"Nanti kita pergi library jumpa Alisya. Lepas tu, aku ada kerja kena buat." ujar Aisya sambil menyandang beg galasnya dan bangkit dari duduknya apabila melihat makanan yang dimakan oleh Aliff sudah habis. "Cepatlah. Aku ada kerja tak siap lagi ni." arah Aisya.
"Iyalah. Sekejap. Bagi aku basuh tangan." ujar Aliff dan beredar ke singki untuk membasuh tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience