Chapter 26

Humor Series 10130

"Makk!" jerit Aisya lantang. Semua penonton filem termasuklah rakan-rakannya yang lain memandangnya pelik. Iyalah. Bab seram belum bermula. Tapi Aisya sudah menjerit. "Kau kenapa Aisya?" tanya Sarah. "Ada getaran kat seluar aku." ujar Aisya dengan riak wajah takut. Ding! Ding! Ding! "Wei... menggeletar lagilah." ujar Aisya ketakutan. "Itu bukan bunyi ringtone telefon kau ke?" tanya Syazwani. "Hah?" tanya Aisya sedikit bingung. "Cuba tengok telefon kau." suruh Sarah. Aisya pun menurut.


Rupa-rupanya, mesej daripada Izhan. "Kau ni buat suspens je..." marah Syazwani. "Itulah..." ujar Sarah pula. "Hehehe... Sorrry.." ujar Aisya. 'Angah ni...Time nilah nak mesej aku. Terkejut aku. Dahlah tengah tengok cerita seram.' bebel Aisya di dalam hati. Setelah membalas mesej kepada Izhan, Aisya pun menyimpan telefonnya di dalam poket seluarnya.


Elok sahaja dia menyimpan telefonnya dan memandang ke arah skrin panggung wayang... Arghh!! Semua penonton di panggung itu termasuk Aisya menjerit kerana bab seram bermula. "Nak gugur jantung aku..." rungut Aisya pada Sarah. Syazwani pula segera memeluk erat tangan kiri Aisya kerana ketakutan. Aisya yang terkejut dengan sentuhan pada tangannya pun menjerit kerana terkejut. "Argh! Wani! Tak payah pegang aku... Terkejut aku tadi..." ujar Aisya sambil memegang dadanya yang berdegup kencang. "Sorry..." ujar Syazwani serba salah.


Aisya memang takut menonton cerita seram tapi... itulah. Sifat ingin tahunya yang tinggi telah membuatkan dia tetap menonton filem seram itu untuk mengetahui jalan cerita walaupun sudah banyak kali dia menutup mata kerana takut.


Setelah filem itu tamat, semua penonton sudah keluar dari panggung wayang itu kecuali Aisya, Sarah, Syazwani dan Amirah. Kaki Aisya sudah menggeletar dan hampir terjatuh dia kerana perasaan takut yang masih menebal dalam hati. "Dahlah, Aisya... Dah habis dah pun. Jom keluar." ujar Syazwani. "Seram weii..." ujar Aisya dengan wajah yang pucat. "Dah tahu takut yang kau gagah tengok cerita tu sampai habis siapa suruh." bebel Sarah. "Masalahnya aku nak tahu cerita dia..." ujar Aisya sambil mencebikkan bibir. "Dahlah... jom keluar. Diorang dah tunggu kat luar dah tu." ajak Amirah.


Sarah pun menarik tangan Aisya supaya bangun dari tempat duduknya. Aisya pula menurut. Kemudian, mereka berlapan pun ke Subway untuk menikmati makan tengah hari pada pukul 1.30 petang. "Korang... lepas ni kita pergi solat dulu lah. Lepas tu, kita pergi jalan-jalan sekitar The Curve ni. Macam mana? Setuju?" ujar Zarul memberi cadangan. "Mmm... Boleh juga. Dah lama aku tak jalan-jalan kat The Curve ni. Alang-alang tu aku nak shopping sekejap." ujar Amirah. "Shopping je kerja kau." rungut Aliff. "Biarlah. Hidup aku." ujar Amirah sedikit angkuh. "Kalau macam tu perempuan pergilah shopping. Kitorang yang lelaki ni lepak-lepak sekejap. Macam mana? Okey?" tanya Fadil.


"Boleh lah..." ujar Asyraf. Sarah dan Syazwani mengangguk setuju. Hanya tinggal Aisya sahaja yang tidak menjawab pertanyaan. Dia sibuk mengunyah makanannya. "Aisya! Kau dengar tak?" tanya Aliff. Aisya tersentak. "Sorry. Aku dah lama tak makan kat Subway. Sibuk menikmati kelazatan. Hehe... Apa korang cakap tadi?" tanya Aisya sambil tersengih. "Kita berpecah nanti. Lelaki lepak-lepak. Perempuan kalau nak pergi shopping, pergilah. Kita buat hal sendiri lepas tu dalam pukul 4 petang kita berkumpul balik depan The Curve. Ataupun siapa yang nak balik dulu boleh balik. Tapi inform lah dulu. Jangan main balik je. Nanti mencari dengan meroyan pula tak jumpa. Ingat kena culik ke apa siapa tahu." ujar Zarul.


"Okey. Tapi kalau aku hilang korang nangis, meroyan dan cari aku tak?" duga Aisya. "Kalau kau hilang, kitorang tinggal je. Sebab kau tu selalu lupa nak inform orang apa-apa. Kalau betul kena culik padanlah muka." ujar Sarah sambil ketawa. Yang lain turut ketawa mendengar kata Sarah. Aisya pula membulatkan matanya. "Sampai hati kau. Kau kawan baik aku tahu. Kalau tiba-tiba kau yang hilang, goodbye lah aku ucapkan." balas Aisya tidak mahu mengalah. "Okey. Fine!" ujar Sarah sambil ketawa. "Dahlah. Habiskan makanan ni. Nanti tak habis pula sebab perut senak ketawa." ujar Syazwani. Mereka semua pun menyambung menikmati makanan.

Sampai sahaja di rumah setelah penat keluar bersama rakan-rakan sekerja...

Aisya berbaring di atas sofa sambil termenung. 'Seronok aku tengok Asyraf happy hari ni. Siap senyum dengan ketawa lagi. Bukan senang nak tengok dia ketawa sekarang ni sebab time kerja bukannya aku boleh tengok muka dia selalu. Aku dapat tengok muka dia pun hari lain selain hari Rabu dengan Jumaat. Sebab dua hari tu aku shift malam. Dia pula shift malam hari Isnin dengan Khamis. Siang tak jumpalah. Hari Selasa je. Itu pun time petang bila dah nak balik kerja. Haih...' bisik Aisya di dalam hati.

"Apa termenung tu?"
Kedengaran suara Ehsan menegur Aisya. Aisya tersentak dari lamunan.

"Fikirkan kerjalah, alang..." tipu Aisya. "Kerja ke pakwe?" usik Ehsan. "Eii... Mana ada pakwe-pakwe ni. Kalau Aisya, terus kahwin je. Tak ada pakwe-pakwe ni." ujar Aisya. "Haih dah fikir kahwin dah. Dah ada calon ke?" usik Ehsan lagi. "Eiii... alang ni... Mana ada. Alang tu. Cakap orang bila lagi Aisya nak ada kakak ipar? Along dan kahwin. Angah pula dah tunang. Alang bila lagi?" dalih Aisya. "Aik? Alang pula kena? Tak ada calonlah. Sekarang ni bukan senang nak cari calon nak kahwin. Kena fikir masak-masak dulu." ujar Ehsan memberi alasan.

"Iyalah tu. Dah ada orang suka dia tak nak. Apa kata Aisya kenalkan alang dengan seorang jururawat umur dia sebaya alang. Cantik tahu. Pakai tudung. Sopan-santun. Baik pula tu. Single and available lagi. Pakej tu." usik Aisya. "Betul cantik?" tanya Ehsan menerima usikan Aisya. "Cantik, alang. Kalau alang tengok mesti tergodanya." ujar Aisya. "Ish! Tak naklah. Susah kalau cantik sangat." ujar Ehsan. "Okeylah tu. Cantik hanya untuk alang je." usik Aisya. "Orang nak kenakan dia, dia kenakan kita balik. Dahlah. Alang nak masuk bilik. Dengar lagu lagi best." ujar Ehsan lalu melangkah menaiki tangga.

Aisya pula sudah tersengih-sengih. "Padan muka. Nak kenakan orang lagi. Ni Aisya lah." ujar Aisya pada dirinya sendiri sambil ketawa sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience