Chapter 28

Humor Series 10130

"Aisya!"

Aisya terkejut apabila mendengar suara jeritan yang memanggil namanya. Dia pun terus bangun dari kerusi yang didudukinya dan berpaling.

"Prof. Razak rupanya. Kenapa panggil saya?" tanya Aisya. "Saya nak awak pergi catat maklumat kesihatan kat bilik pesakit VIP nombor 257." arah Prof. Razak. "Bilik 257? Itu bukan bilik pesakit yang Sarah jaga ke?" tanya Aisya. "Sarah ambil shift malam semalam. Jadi, awak tolong gantikan." ujar Prof. Razak.

"Baik, Prof. Razak. Professor... Boleh saya tanya satu soalan?" pinta Aisya. "Soalan apa?" tanya Prof. Razak. "Prof. tak kahwin lagi ke?" tanya Aisya. "Kenapa awak tanya macam tu kat saya? Kenapa? Awak nak kahwin dengan saya ke?" tanya Prof. Razak. "Ish! Prof. ni... Ke situ pula. Saya bukan nak kahwin dengan professor. Saya tanya sebab saya ternampak dokumen peribadi Prof. yang mengatakan Prof. tak kahwin lagi." jelas Aisya.

"Tak ada jodoh lagilah." ujar Prof. Razak. "Eleh... Saya tengok Nurse Nana tu macam minat je kat professor. Cuma Prof. je yang tak layan." ujar Aisya. "Dah! Dah! Pergi kat bilik pesakit tu sekarang." ujar Prof. Razak ingin menamatkan perbualan. "Malulah tu..." sakat Aisya. "Saya kira sampai 10 saat. Kalau awak tak keluar lagi dari bilik ni saya akan bagi awak shift siang plus malam untuk esok hari." ugut Prof. Razak.

"Prof. tipu..." ejek Aisya. "1...2...3..." kira Prof. Razak. "Saya tak percaya pun." ujar Aisya lagi. "4...5...6..." kira Prof. Razak. Aisya pula menelan liur. 'Gulp! Macam mana kalau betul? Aduh... matilah aku... Baik aku pergi cepat.' fikir Aisya.

"7..." kira Prof. Razak lagi. "Yelah. Yelah. Saya pergi." ujar Aisya. "8...9..." sambung Prof. Razak lagi. "Saya kata saya pergi. Saya nak pergilah ni, Prof." ujar Aisya dan terus berlari keluar dari bilik itu.

Keluar sahaja dari bilik itu, dia membebel sendirian. "Entah apa-apalah, Prof. Razak tu. Aku nak sakat sikit je. Susah betul dengan 'sultan' yang Aliff pernah kata dulu. Nasib baik aku sempat keluar. Kalau tak mesti dah kena denda." bebel Aisya pada dirinya sendiri.

"Bah!"

Melatah Aisya dibuatnya apabila disergah dari belakang. "Oo...mak kau hijau!" latah Aisya. Kemudian, kedengaran suara orang ketawa dari belakangnya. 'Ini tak lain mesti Si Aliff ni!" fikir Aisya sambil berpaling ke belakang. "Aku dah agak dah. Kau ni tak boleh tengok aku senang sikit." marah Aisya.

"Aku tak bolehlah kalau tak kacau kau." ujar Aliff setelah menghabiskan sisa tawanya. "Aku tak pedulilah! Sekarang sebagai denda kau kena belanja aku air milo ais plus ayam KFC." suruh Aisya. "Amboi! Banyak cantik kau!" ujar Aliff. "Aku tahu aku memang cantik..." ujar Aisya. "Takde. Takde. Aku tak akan belanja kau lagi. Minggu lepas pun kau dah kebas RM30 aku beli lamb chop kau tu. Ni tak adil. Kaulah pula belanja aku." ujar Aliff.

"Ungkit! Tak ikhlas belanja orang. Huh!" ujar Aisya. "Ye... aku mengaku aku tak ikhlas masa tu. Kau yang paksa aku tau. Ikhlas apa bendanya kalau kena paksa." ujar Aliff. "Apa-apa jelah!" ujar Aisya. Dia malas mahu melayan Aliff yang akan memberi pelbagai jawapan untuk melawan. "Kau nak pergi mana ni?" tanya Aliff.

"Jalan-jalan cari makan." ujar Aisya. "Ajaklah aku sekali." ujar Aliff. "Kau nampak muka aku ni macam nak cari makan ke?" sindir Aisya. "Adalah sikit-sikit." ujar Aliff. "Kau ni kan!" marah Aisya dan dia mengenggam penumbuknya lalu ditunjukkan kepada Aliff yang berada di hadapannya. Aliff pula ketawa. "Dah kau tanya. Aku pun jawablah dengan jujur." ujar Aliff sambil ketawa. "Masalahnya kalau jujur sangat orang suka ke dengar." marah Aisya.

"Dalam hidup ni kita kena jujur, amanah..." ceramah Aliff terhenti di situ apabila Aisya mencelah. "Dah! Dah! Kau tak payah nak berceramah kat aku." celah Aisya. "Okey. Okey. Cakaplah betul-betul. Kau nak pergi mana ni?" tanya Aliff. "Pergi bilik pesakit VIP." ujar Aisya.

"Sejak bila kau jadi VIP dalam hospital ni?" usik Aliff lagi. "Aku kata aku pergi bilik pesakit VIP. Bukan aku yang sakit okey." marah Aisya. Aliff ketawa.

"Ye aku tahulah. Kalau macam tu kau pergilah sambung kerja kau. Nanti-nanti aku kacau kau balik ye." ujar Aliff sambil tersenyum. "Tak payah! Aku tak ingin kau kacau aku. Lagi baik kalau kau tak kacau aku. Aman hidup aku." marah Aisya. Aliff ketawa dan terus berlalu meninggalkan Aisya. Aisya pula melangkah ke bilik pesakit VIP untuk meneruskan tugasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience