Setelah 2 bulan menjalani latihan...
Sarah masuk ke dalam bilik alatan kecemasan untuk bertemu dengan Asyraf. Entah apa yang ingin dibincangkan oleh Asyraf dengannya dia sendiri pun tidak tahu. Terbuka sahaja pintu kelihatan Asyraf sedang menantikan kehadirannya di situ. Dia pun membiarkan sahaja pintu terbuka. Yalah. Takkan nak tutup pula. Nanti jadi fitnah pula. Sudahlah hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam bilik itu. Sarah pun memberanikan diri untuk bertanya. "Kenapa kau nak jumpa aku?" tanya Sarah ingin tahu. Asyraf menghela nafas berat. "Aku nak cakap sesuatu." ujar Asyraf. "Pasal apa?" tanya Sarah lagi. Asyraf masih berfikir sama ada perlu atau tidak dia katakan apa yang difikirkannya. Setelah nekad, dia pun menghadap Sarah. "Aku rasa... aku... suka kau." ujar Asyraf sambil merenung anak mata Sarah. Sarah yang mendengarnya agak terkilan. "Apa kau cakap ni?" tanya Sarah
"Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa asyik nak dekat dengan kau. Aku asyik teringatkan kau. Ak macam tak boleh lupakan kau." jelas Asyraf. Sarah hanya memerhatikan wajah Asyraf lama untuk mencari kepastian. Setelah mendapat jawapannya, dia pun berkata. "Asyraf. Kau suka aku?" tanya Sarah. Asyraf pula mendiamkan diri. Sebenarnya dia masih teragak-agak dengan perasaannya sendiri. Sarah pula meneruskan apa yang ingin dikatakannya. "Cuba kau tanya hati kau betul-betul. Benar atau tak. Jika jawapannya benar kau cakaplah yang kau suka aku buat sekali lagi. Kalau jawapannya tak kau cari apa something wrong. Aku pergi dulu." ujar Sarah dan berlalu keluar dari bilik itu. Asyraf pula masih membatukan diri. Dia masih cuba memahami perasaannya.
Tanpa diketahui mereka, Aisya dengan tidak sengaja telah mendengar perbualan mereka berdua. Dia yang ketika itu mahu masuk ke bilik itu untuk mengambil peralatan segera menyembunyikan diri di sebalik dinding pintu bilik alatan itu untuk mendengar perbualan antara mereka berdua. Apabila Sarah keluar dari bilik itu, dia segera masuk ke bilik sebelah bilik alatan kecemasan dan menutup pintu. Hatinya remuk. Dia rasakan seperti tidak dapat bernafas. Namun, air matanya tidak jatuh kerana tidak mahu kelihatan lemah. 'Ya.' Selagi jawapan itu tidak meniti di bibir Sarah, dia tidak akan berhenti menyukai Asyraf. Dia akan meneruskan sehingga Asyraf menjumpai yang lain. Ketika itu, barulah dia akan berhenti menyukai Asyraf.
Setelah agak lama melayani perasaannya, Aisya keluar dari bilik itu dan berjalan di wad kecemasan. Lamunannya terhenti apabila dia dipanggil oleh seorang jururawat untuk membantunya. Aisya segera ke bilik pembedahan bersama jururawat itu. Masuk sahaja di bilik pembedahan itu dia menyarungkan sarung tangan manakala jururawat yang bersamanya tadi keluar semula untuk mencari Prof. Razak atau Prof. Kim. Teruk juga lihat luka di bahagian kepala pesakitnya itu. Kata jururawat tadi, pesakit itu menghadapi kemalangan sebentar tadi. Pelanggaran itu melibatkan sebuah lori dan kereta. Aisya segera mengambil kapas dan menutup tempat luka di kepala pesakit untuk menghentikan pendarahan. Dia memandang ke arah pintu bilik pembedahan. Dia dapat melihat terdapat dua doktor pelatih yang dikenalinya iaitu, Fadil dan Zarul di sebalik cermin pintu bilik pembedahan itu. Dia sudag menyuruh mereka masuk namun mereka hanya membatukan diri.
Aisya yang sudah geram tidak peduli dan terus memberhentikan pendarahan. Asyraf yang kebetulan lalu di kawasan bilik pembedahan itu segera bertanya kepada Fadil dan Zarul. "Kenapa tunggu je kat sini? Kenapa tak masuk tolong?" tanya Asyraf. "Kami dapat tahu...pesakit tu ada... Jacob disease." jelas Zarul takut-takut. "Jacob disease? Darah yang dijangkiti tu?" tanya Asyraf terkejut. Fadil dan Zarul mengangguk. "Dah tu kenapa tak masuk tolong dia?" tanya Asyraf dalam nada marah dan terus masuk ke dalam bilik pembedahan itu. Fadil dan Zarul sudah menghalangnya namun dia tidak mempedulikan mereka.
Masuk sahaja dia terus menyarungkan sarung tangan. Aisya yang menyedari kehadiran Asyraf menarik kapas untuk melihat sama ada pendarahan sudah berhenti atau tidak. Tiba-tiba darah pesakit itu memercik ke arah wajahnya. Terkejut Aisya dibuatnya. Asyraf yang melihat segera mengambil air pembasmi kuman lalu menuangkan ke seluruh wajah Aisya. Aisya berasa pelik. "Kenapa ni?" tanya Aisya. "Kau tak tahu ke yang pesakit ni dikatakan ada Jacob disease? Kau nak mati kerana jangkitan ke?" tanya Asyraf bercampur marah. "Kau keluar saje dari bilik ni. Biar aku yang buat." ujar Asyraf. "No! Aku nak tolong juga. Dia pesakit aku." bantah Aisya. Asyraf menghela nafas berat. "Okey. Tapi pakai ni." suruh Asyraf sambil menghulurkan cermin mata untuk pembedahan dan mask. Aisya mencapai dan terus memakainya. Mereka memulakan pembedahan.
Fadil dan Zarul yang berada di luar bilik pembedahan sudah risau. Kebetulan pula Prof. Razak baru sahaja tiba bersama jururawat yang meminta bantuan daripada Aisya tadi. Prof. Razak hanya memandang Fadil dan Zarul. "Kenapa tak masuk?" tanya Prof. Razak. "Sebab...pesakit tu ada Jacob...disease..." jawab Zarul dalam ketakutan. "Jadi kamu panggil diri kamu sebagai doktor?" marah Prof. Razak lalu ingin masuk ke bilik pembedahan. "Tapi Prof..." halang Fadil. "Kalau kamu berdua takut sangat pergi tolong pesakit lain! Jangan duduk saja kat sini!" marah Prof. Razak dan melangkah masuk ke bilik pembedahan itu.
Sebaik sahaja masuk, Prof. Razak menyarungkan sarung tangan dan memberikan mask kepada Asyraf yang sedang mencuci luka pesakit. Asyraf memandang ke arah Prof. Razak. "Tak apa. Saya okey." ujar Asyraf. "Pakai je. Apa-apa jadi susah." ujar Prof. Razak pula. Akhirnya, Asyraf menurut kata-kata Prof. Razak. Mereka meneruskan pembedahan. Aisya dan jururawat yang bersama mereka menghidupkan mesin dan mengambil alatan pembedahan iaitu gunting, penyedut kuman dan kapas. Asyraf dan Prof. Razak pula cuba menghentikan pendarahan di bahagian kepala pesakit. Seperti Aisya tadi, darah pesakit itu terpercik keluar mengenai wajah Asyraf. Aisya dan jururawat yang bersama mereka mula risau. Namun, Prof. Razak dan Asyraf masih meneruskan pembedahan. Setelah pendarahan berhenti, Prof. Razak mengambil kain kasa dan menuangkan air pembasmi kuman ke atas kain kasa itu. Kemudian, dia membuka mask yang dipakai Asyraf lalu disapunya wajah Asyraf dengan kain kasa itu. Asyraf pula hanya membiarkan. "Kamu berdua memang berani. Seorang doktor perlu membantu pesakit walaupun kena mempertaruhkan nyawa sendiri. Bukan macam orang yang di luar tu." puji Prof. Razak sambil memerli Fadil dan Zarul yang masih berada di luar bilik pembedahan. "Kamu berdua pergi mandi. Mandi dengan sabun pembasmi kuman. Kita masih tak pasti lagi sama ada pesakit ni memang benar ada Jacob disease atau tak." pesan Prof. Razak dan meneruskan kerjanya yang tergendala. "Baik, Prof." ujar Aisya dan Asyraf serentak.
Sebaik sahaja mengemas dan selesai pembedahan, Aisya dan Asyraf keluar dari bilik pembedahan lalu berjalan melalui wad kecemasan. "Kau pergilah mandi. Ingat. Mandi pakai sabun pembasmi kuman." pesan Asyraf lalu beredar meninggalkan Aisya yang terpaku mendengar pesanannya.
Share this novel