Setelah selesai pembedahan pesakit yang menghidap brain tumor, Aisya berjalan sambil menyanyi kecil di lorong bilik pesakit-pesakit VIP. Sedang dia berjalan, dia ternampak Sarah yang baru sahaja keluar dari salah satu bilik pesakit VIP. Aisya pun segera berlari mendekati Sarah.
"Sarah!" jerit Aisya sambil menepuk bahu sahabatnya. "Oh, mak kau! Ish kau ni...Buat aku terkejut je..." latah Sarah. Jangan ingat Sarah ni tidak melatah ye. Dia ni kalau melatah memang kalah Aisya. Aisya pula ketawa sambil menekan perutnya. "Ohohoho...Bukan main lagi kau gelakkan aku ya... Aku ni dah nak terkeluar jantung aku." ujar Sarah sedikit marah. "Kalau terkeluar jantung kau aku bawalah kau dengan jantung kau pergi bilik pembedahan. Lepas tu aku bedahlah. Nanti jantung kau ada lah balik dalam badan kau. Ini kan hospital..." ujar Aisya sambil menghamburkan tawa.
"Seronok kau ya? Aku tikam kau dengan scalpel bila kau nak bedah aku nanti... Yalah...Aku kan tak mati lagi time tu..." ujar Sarah pula loyar buruk. "Kau...Kalau loyar buruk kalah aku..." ujar Aisya sambil menghabiskan sisa tawa. "Memanglah.... Aku kan Maisarah Binti Abdul Rahman." balas Sarah sambil ketawa. "Kalau macam tu aku suntik ubat bius dulu sebelum bedah kau..Hahaha..." sambung Aisya lagi.
"Kau kan....Ada je nak menjawab..." ujar Sarah sambil menggeleng. "Kau buat apa masuk bilik pesakit VIP?" tanya Aisya. "Aku bunuh dia." jawab Sarah acuh tak acuh. "Hah? Kau bunuh pesakit ke?" jerit Aisya terkejut. "Kau ni kan... Nak kata kau tak pandai kau belajar sampai jadi doktor... Aku tulis rekod pesakit lah..." ujar Sarah menggeleng. "Mana aku tak terkejut. Tiba-tiba cakap macam tu..." balas Aisya.
"Esok kau free tak?" tanya Aisya. "Esok... Aku rasa aku free. Kenapa?" tanya Sarah. "Aku nak ajak kau keluar." jawab Aisya. "Pergi mana?" tanya Sarah. "Pergi reban ayam bagi makan..." balas Aisya tersengih. "Kau kan..." ujar Sarah geram sambil menunjukkan penumbuk di tangannya. Aisya pula menggeleng sambil tersengih. "Nak ajak kau pergi tengok wayang. Aku ada ajak Aliff, Zarul, Fadil, Syaz dengan Amirah sekali. Yelah... Kita semua pelatih kan diberi satu hari cuti. Diorang kata diorang okey je. Kau nak ikut tak?" tanya Aisya. Bersinar mata Sarah mendengarnya. "Nak!" jerit Sarah.
"Okey. Esok pukul 10.30 pagi kita berkumpul kat depan The Curve. Kalau lambat kitorang tinggal." ujar Aisya. "Selalunya bukan aku yang lambat...Selalunya orang tu yang lambat..." perli Sarah. Tiba-tiba dirasakan sakit di bahu kanannya. Rupa-rupanya Aisya yang mencubitnya. "Sakitlah!" jerit Sarah perlahan. "Sempat lagi kau perli aku kan... Rasakan." ujar Aisya. "Asyraf ikut sekali ke?" tanya Sarah. "Aku baru nak pergi ajak dia. Kenapa? Haaa...Kantoi..." ujar Aisya. Di dalam hatinya terdetik rasa cemburu sebenarnya. "Memandai je kau ni... Yalah.. Kita kan satu team... Kau ajak yang lain dia kau tak ajak pula. Apa pula dia rasa nanti kan..." ujar Sarah.
"Tapi kau tahu apa aku fikir tadi kan?" usik Aisya. "Argh! Apa-apa jelah... Aku chow dulu. Lagi layan kau lagi aku rasa nak marah je dengan loyar buruk kau tu... Daripada aku layan kau baik aku buat kerja aku. Aku ada banyak lagi kerja kena buat." dalih Sarah dan terus berlalu. Aisya pula ketawa buat sementara. Sebaik sahaja Sarah hilang dari pandangan matanya, tawanya terus hilang. Sebenarnya, hatinya sedikit sakit dan cemburu. 'Kau dah ada perasaan kat dia ke, Sarah?' fikir Aisya sambil mengeluh.
Share this novel