Tiba sahaja di perpustakaan Aisya menolak daun pintu perpustakaan dan masuk ke dalam perpustakaan. Kemudian, dia dan Aliff tercari-carikan Alisya. Mata Aisya tertancap pada Alisya yang sedang menyusun buku di rak. Aisya memanggil perlahan Aliff yang sudah berada jauh dengannya. Aliff yang sudah duduk di kerusi menyuruh Aisya sahaja yang pergi ke arah Alisya.
Aisya yang memahami isyarat yang diberikan Aliff pun segera menuju ke arah Alisya. "Alisya..." panggilnya perlahan sambil tersenyum ke arah Alisya. Iyalah. Takkanlah dia hendak bising-bising di dalam perpustakaan. Dibuatnya kena halau susahlah dia mahu masuk di lain hari. Alisya yang menyedari kehadirannya terus mengukir senyuman lebar. "Bila kau sampai?" tanya Alisya perlahan.
"Aku dah sampai sejak malam tadi." ujar Aisya perlahan. Alisya segera mencubit lengannya. "Aduh, sakitlah!" adu Aisya perlahan. "Loyar buruk lagi. Kau ni memang tak pernah serik kena cubit dengan aku kan?" ujar Alisya perlahan. Geram dia pada rakannya yang seorang ini. Selalu menjawab pertanyaan orang dengan loyar buruknya.
"Dahlah pergi duduk. Jangan kacau aku susun buku ni. Nanti tersilap susun aku yang kena marah." arah Alisya. "Biarlah. Bukan aku yang kena marah nanti." jawab Aisya lagi sambil tersengih. "Loyar buruk lagi. Pergilah duduk." marah Alisya kemudian mula menumpukan perhantiannya semula untuk menyusun buku. "Iyalah." jawab Aisya kemudian beredar dan duduk di kerusi sebelah kiri beg Aliff yang diletakkan di atas kerusi. Dia melihat Aliff yang sedang leka membaca buku. Mungkin untuk membuat persediaan peperiksaan yang akan datang.
Setelah meletakkan beg galasnya di atas meja, dia mengeluarkan laptop dari begnya. Kemudian dia membuka laptop. Sambil menunggu laptopnya loading, dia mengeluarkan buku, alat tulis dan telefonnya. Setelah laptop dibuka, dia memulakan kerjanya yang tertangguh di kelas pagi tadi.
Kira-kira dalam 30 minit membaca buku, Aliff menongkat kepalanya dengan tangan kanan di atas meja. Dia mula menyedari kenapa dia seperti dapat merasakan tiada bunyi menaip sedangkan ketika dia membaca pada mulanya kedengaran bunyi orang menaip sesuatu di sebelahnya. Dikerlingnya ke arah Aisya. Dia tergelak kecil apabila melihat Aisya yang sedang tidur dan kerjanya dibiarkan begitu sahaja. 'Kerja dia tidur saja. Dalam kelas pun macam tu.' fikirnya dan mengimbas kembali peristiwa Aisya tertidur di dalam kelas.
Peristiwa di dalam kelas...
Ketika masa pembelajaran Puan Fatimah tersangat serius sehinggakan hampir semua pelajar mengantuk termasuklah Aisya dan Aliff kerana kerja yang dilakukan sehingga pada lewat malam sebelumnya. Sudah pastilah mereka akan mengantuk kerana pada hari semalamnya kelas Puan Fatimah tamat pada pukul 7 petang. Sudahlah tu tugasan yang diberikan sangat banyak dan mahukan tugasan diberikan ketika kelas yang diadakan awal paginya. Jawabnya, mereka bersengkang mata membuat kerja yang diberikan. Kelihatan mereka semua menahan mata walaupun sudah menguap banyak kali.
Aliff juga menguap sambil memutup mulutnya. Dia mengerling pada Aisya yang duduk disebelahnya. Dilihatnya Aisya sedang mendirikan bukunya yang menandakan dia sedang membaca.
Setelah mendirikan bukunya, Aisya meletakkan kepalanya di atas meja dan tangannya masih memegang buku kemudian tidur tidak berkutik. Aliff yang melihat kelakuan Aisya hanya tergelak di dalam hati. Nampak sangat Aisya sudah tidak dapat menahan matanya daripada tertidur.
Setelah agak lama begitu, Puan Fatimah mula menyedari orang yang duduk di sebelah Aliff sedang tidur. Dia memanggil nama Aisya dengan nama penuhnya. "Nur Aisya Sakinah! Bangun! Saya tahu awak sedang tidur." panggil Puan Fatimah. Namun, panggilan Puan Fatimah tidak disahut oleh Aisya. Ini membuatkan Puan Fatimah melangkah ke arah Aisya. Aliff pula mula mengetuk meja disebelahnya beberapa kali namun Aisya tidak juga bangun. Aliff pun menggegarkan kerusi yang diduduki Aisya dan ini membuatkan Aisya terjaga daripada tidurnya tetapi masih tidak mengangkat kepalanya.
"Kenapa?" tanya Aisya perlahan. "Puan Fatimah panggil kau." ujar Aliff perlahan. Aisya membuntangkan matanya dan segera membetulkan tudungnya kemudian bangun apabila kedengaran suara Puan Fatimah memanggil namanya. "Saya tahu kamu tidur tadi." ujar Puan Fatimah. "Saya minta maaf, puan." ujar Aisya sambil menunduk. "Disebabkan kamu tidur, saya mahu kamu terangkan tentang bagaimana perkembangan embrio dan fetus." soal Puan Fatimah.
"Perkembangan embrio dan fetus?" tanya Aisya mula sambil mengangkat keningnya dan cuba mengimbas kembali buku yang telah dibacanya. "Iya. Kenapa? Awak tidak tahu?" soal Puan Fatimah pula. "Ermm..Ia berlaku apabila.... membran nipis mula terbentuk di sekeliling embrio yang terkandung di dalam pundi yang berisi bendalir amnion... Haa! Bendalir ini melindungi embrio dan fetus daripada sebarang renjatan. Ia juga mengawal suhu embrio di samping bertindak sebagai penyimpanan nutrien dan bahan buangan. Kemudian, embrio terus berkembang selama 8 minggu dan membesar menjadi fetus memiliki semua struktur utama badan yang lengkap." terang Aisya.
"Seterusnya? Apa yang akan berlaku?" tanya Puan Fatimah. "Ermm... fetus akan...berkembang sehingga menjadu bayi yang akan dilahirkan. Keseluruhan tempoh perkembangan daripada zigot ke bayi dikenal sebagai tempoh kehamilan. Tempoh ini mengambil masa...Haa! 40 minggu." terang Aisya lagi. "Betul bukan, puan?" tanya Aisya pada Puan Fatimah. "Betul. Bagaimana pula kelahiran berlaku?" soal Puan Fatimah.
"Kelahiran berlaku apabila fetus telah berkembang dengan sempurna, bayi akan dilahirkan. Kebiasaannya, kepala bayi akan berada pada kedudukan bawah. Kelahiran....bermula dengan pengecutan otot dinding uterus secara perlahan-lahan dan beritma. Ini menyebabkan ibu yang hamil mula berasa sakit. Kemudian...pengecutan otot dinding uterus akan menjadi lebih kerap dan kuat serta merangsang pemecahan pundi amnion. Pengecutan ini....juga meluaskan faraj, serviks, dan uterus. Pengecutan otot-otot abdomen dan diafragma membolehkan bayi ditolak keluar dari uterus melalu serviks dan faraj. Selapas kelahiran....selepas kelahiran...." fikir Aisya.
"Selepas kelahiran apa yang akan berlaku?" tanya Puan Fatimah. "Selepas kelahiran...pla...sen...Haa! Plasenta dan tali pusat akan tanggal dari dinding uterus dan dikeluarkan oleh pengecutan otot uterus." terang Aisya. "Bagus! Ini bermakna kamu telah membaca dan membuat tugasan yang saya beri. Teruskan usaha." ujar Puan Fatimah lalu beredar dan menuju ke mejanya.
Aisya menarik nafas lega. "Nasib baik kau dah baca." ujar Aliff perlahan. "Itulah. Nasib baik." ujar Aisya pula sambil memegang dadanya yang berdegup kencang kerana ketakutan apabila disoal oleh Puan Fatimah
Di dalam perpustakaan....
Aliff tersenyum sambil memandang wajah Aisya yang sedang tidur. Tanpa disedarinya, Alisya yang melihat adegannya itu sambil tersenyum lebar. Iya. Dia tahu Aliff menyukai Aisya dan kerana itulah dia cuba untuk merapatkan hubungan mereka berdua tanpa diketahui Aliff dan Aisya. Lagi pun, mama dan papanya juga bersetuju untuk menjadikan Aisya menantu mereka.
Share this novel