Chapter 27

Humor Series 10130

Dah masuk 4 bulan Aisya menjalani latihan. Kini tinggal lagi 6 bulan saja untuk tamatkan latihannya. Aisya sudah tidak sabar mahu menjadi doktor sebenar dan bukannya pelatih.

Dia membuka fail pesakit dan menandatangani. Sedang dia berbuat demikian, dia mendapat mesej dari telefonnya. Aisya pun membaca mesej itu.

Asyraf : Ahad ni kau free tak?

Aisya berfikir sejenak. Kenapa tiba-tiba saja Asyraf menghantar mesej padanya. Dia pun membalas.

Aisya : Kau dah kenapa? Buat tabiat? Kita dalam hospital je kot. Buat apa nak mesej bagai.

Tidak sampai 5 minit, mesej masuk lagi. Aisya pun membacanya.

Asyraf : Suka hati akulah nak mesej ke nak cakap dengan kau ke. Kau free tak ahad ni?

Aisya : Aku free. Kenapa?

Lama. Aisya menunggu mesejnya dibalas agak lama kali ini. Aisya meletakkan telefonnya di atas meja.

"Apahal lah dengan dia ni? Tadi beria tanya. Aku dah jawab senyap pula." ujar Aisya pada dirinya sendiri. Aisya pun mengambil pen dan mahu menyambung tugasannya. Tak sempat dakwat pen itu mencecah ke kertas, kedengaran bunyi deringan menandakan mesej masuk. Aisya tidak menunggu lama dan terus menyambar telefonnya.

Asyraf : Aku nak ajak kau keluar.

Aisya : Nak pergi mana?

Asyraf : Alah... Kau ni... Banyak bunyi pula. Kau ikut je lah nanti.

Aisya : Macam mana kau tau aku buat bunyi ke tak? Kita mesej je kot. Kau pakai ilmu apa sampai boleh dengar?

Asyraf : Aku pakai ilmu hitam. Kenapa? Tak puas hati? Dahlah...Kau tak payah nak merepek boleh tak?

Aisya sudah ketawa sendiri membaca mesej yang dihantar Asyraf. Dia pun membalas.

Aisya : Hehe...Sorry. Sorry. Ye lah. Nak jumpa pukul berapa?

Asyraf : Jumpa pukul 12 tengah hari. Nanti aku ambil kau kat rumah kau.

Membuntang mata Aisya membaca mesej itu. Dia terus bangun dari duduknya.

Aisya : Hah?! Kau ambil aku kat rumah aku? Hoho... tak boleh. Tak boleh. Mati aku kena dengan abang aku.

Asyraf : Takkanlah abang kau nak marah pula... Kawan je kot.

Aisya : Kau cakap senanglah. Yang nak menghadap abang aku tu aku.

Asyraf : Okey, FINE! Jumpa kat OU.

'Uish! Dia marah aku ke?' bisik Aisya di dalam hati.

Aisya : Tak yahlah marah...

Asyraf : Aku tak marahlah. Typo je...

Aisya : Okey. Okey. Jumpa ahad ni.

Asyraf : Ok.

'Okey je? Aku taip panjang-panjang dia kata okey je. Ish! Dia ni..." ujar Aisya pada dirinya sendiri. Dia pun menghentakkan telefonnya di atas meja kerana perasaan geram yang bertandang di hati. Kemudian, dia baru tersedar yang tindakannya itu akan menyebabkan screen telefonnya rosak. "Huhu... nasib baik tak rosak screen phone ni." ujarnya sambil membelek screen telefonnya yang dihentakkan tadi.

"Geramnya aku..." sambungnya lagi. "Ah! Daripada aku sibuk fikir pasal mamat tu baik aku siapkan kerja ni. Nanti Prof. Razak tau aku tak siap nahas aku." ujarnya pada dirinya sendiri. Dia pun menyambung tugasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience