Bab 5

Romantic Comedy Series 49289

Selesai membincangkan tentang pakej bulan madu bersama Datuk Azman, mereka menuju ke Butik Pengantin untuk mencuba pakaian pengantin.

"Abang mari sini cepat" Adel teruja apabila melihat baju pengantin yang menarik perhatiannya itu.

"Ye sayang kenapa? " balas Izzat yang ketika itu sedang membaca surat khabar . Terkejut dia bila mendengar jeritan Adel.

"Cantikkan baju pengantin ini, kalau kita tukar tema baju pengantin boleh tak? " Adel teruja cerita kepada Izzat.

"Yang oiii terkejut abang, ingatkan ada apa-apa terjadi, pasal tema boleh je tukar kita pun tak tempah pelamin lagi kan" kata Izzat sambil tersenyum lebar.

"Terima kasih abang, okay sayang nak cuba baju pengantin ini, abang bagi comment jujur eh". Adel berlari menuju ke bilik fitting sebelum menukar pakaian kepada baju pengantin itu.

"Cantiknya sayang, abang suka baju ini”. Izzat angkat tangan tanda bagus.

"Encik! Baju pengantin untuk lelaki ada ke? Bakal suami saya nak cuba " Kata Adel pulak. Baju telah bertukar tangan dan Izzat mencuba memakai pula.

"Abang handsome nya, terpikat kita" malu-malu Adel memuji Izzat bila melihat penampilan Izzat yang kelihatan seperti pahwalan zaman dulu.

"Mesti lah. Abang kan handsome tak payah puji pun abang dah tahu". Izzat mengusik Adel pulak.

"Perasannya abang, so kita setuju kan nak baju pengantin ini?" Adel tak sabar hendak cerita kepada ibu bapanya pasal pakaiannya itu.

"Okay abang setuju" balas Izzat pulak.

*************

Selesai pemilihan baju pengantin dan konsep pelamin mereka pulang ke rumah, tepat pukul 2 petang mereka sampai ke rumah. Adel pelawa Izzat untuk makan tengah hari dirumahnya, ketika ingin mengangkat barang tiba-tiba dirinya disergah oleh seseorang.

"Opocot mak kau" melatah Adel apabila disergah oleh Maira. Maira hanya ketawa melihat Adel.

“Ira bila kau sampai? Tak bagi tahu aku pun kan" balas Adel sambil memeluk Maira

"Tengah hari tadi aku sampai, Cik Noor cakap kau keluar pergi beli barang kahwin, aku malas nak ganggu" Maira berbalas pelukan Adel .

"Ehem, barang-barang yang jatuh siapa nak kutip?" Soal Izzat pulak sambil mengutip beg barang yang jatuh tadi. Nasib baik ada span dengan bunga palsu sahaja. Kalau dalam beg itu ada barang kaca mesti sudah pecah.

"Abang sorry, meh sini sayang kenalkan dengan sepupu sayang, ini Maira " Selepas mintak maaf, Adel menarik Maira untuk berkenalan dengan bakal suaminya.

"Ha Ira, ini Izzat bakal suami merangkap bestfriend forever aku" sambung Adel pulak perkenalkan bakal suaminya itu.

"Hai". balas Maira ringkas. Izzat terkesima melihat Maira senyum. Adel yang perasan terus menarik Maira untuk masuk ke rumah.

**********

Maira, Adel, Izzat mari makan, mama dah siapkan makanan" kata Puan Noor sibuk meletakkan pinggan di atas meja makan.

"Abah tak makan sekali ke?" Kata Adel apabila tak nampak kelibat abahnya.

"Abah da makan, ini mama perangat lauk untuk korang makan" kata Puan Noor sambil tersenyum dan meninggalkan mereka menjamu selera untuk berbual bersama suaminya.

Selesai makan, Adel kemas meja makan sambil di bantu oleh Maira, manakala Puan Noor pulak membuat minum petang untuk suami dengan anak-anaknya.

"Cik Tan, Izzat jemput minum " Maira hidangkan kopi yang dibuatnya untuk Izzat dan Encik Haris.

"Mana yang lain Ira?" Soal Encik Haris ketika Maira menuang kopi kedalam cawan.

"Ada dekat dapur, nanti datang la tu, Cik Noor tengah mengoreng karipap " rancak Maira bercerita. Izzat hanya memerhati cara Maira bercerita. Di hatinya terasa sesuatu apabila melihat muka Maira.

"Amboi rancaknya sembang". Nada suara Adel seperti cemburu bila melihat Izzat memandang Maira.

"Sayang marilah abang ambik pinggan itu". Izzat bangun mengambil pinggan dari tangan Adel.

Suasana di rumah Encik Haris meriah dengan celoteh Adel yang rancak bercerita pasal baju perkahwinan nya. Di samping itu Encik Haris memberi tip pasal berumah tangga kepada Adel dan Izzat untuk kekal dan sabar dalam kehidupan yang bakal mereka lalui.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience