Bab 31

Romantic Comedy Series 49289

Segala plan telah di atur. Dia hanya perlu laksana sahaja.

"Ini harinya". Senyuman nakal terbit di bibirnya itu.

Dicapai telefon bimbitnya sebelum menaip ayat 'special' untuk Adel.

-Eh Minah Sengal. Make sure kau layan aku dengan baik tau di rumah kau nanti. Kalau aku tak puas hati. Kau siap!- SEND.

Ketawa nya meletus. Dapat di bayangkan wajah kelat Adel. Pasti Adel gelabah selepas membaca pesanan dari nya itu. Tak sabar rasanya dia ingin melihat wajah gelabah Adel.

Syaukat dengan riang melangkah masuk ke bilik air. Dia perlu bersiap dengan segera untuk pulang ke rumah.

"Aku balik dulu". Jerit Syaukat.

Hamdi hanya mengantar Syaukat melalui pandang mata sahaja. Dia sudah biasa dengan perangai Syaukat yang suka lepak di rumah sewa nya itu. Bukan dia tidak tahu perangai Syaukat. Bila ada masalah sahaja pasti rumah sewa nya akan menjadi rumah ke dua bagi Syaukat.

********

"Dah siap ke semua? Jom pergi sekarang". Mil mengeluarkan kunci kereta nya dari poket seluar.

"Kejap!". Jerit Datin Rokiah. Di lihat yang berada ketika itu hanya Mil dan Adel.

"Kenapa?". Soal Mil dengan hairan.

"Kat mana? Dia naik dengan kita sekali ke?" Tanya Datin Rokiah kembali. Mata Datin Rokiah melilau melihat ke arah garaj yang menempatkan kereta/motosikal milik keluarganya itu. Di perhatikan motosikal Syaukat tidak berada di situ. Tahu lah dia yang Syaukat tidak pulang ke rumah.

Mil mengeluarkan telefon bimbitnya itu sebelum mencari nama Syaukat. Pantas butang memanggil di tekan. Dia menunggu dengan sabar di talian.

*Tut* *Tut*

Mil menggeleng kepala. Di cuba sekali lagi. Masih tidak di angkat oleh Syaukat. Mil mengeluh. Tangan nya rancak mencari nama Syaukat di Whatapps. Di taip satu persatu ayat untuk Syaukat.

-Give me 10 minutes. Nak sampai dah ini. Tunggu kejap-

Sekali lagi Mil mengeluh. Syaukat sengaja buat begitu. Mil istighfar dalam hati untuk meredakan kemarahan yang semakin membara itu.

10 minit kemudian Syaukat sampai di rumah Datin Rokiah.Dia mengangkat tangan tanda maaf.

"Tidur mana?" Tegur Mil. Dia geram dengan sikap lewa adik nya itu.

"Rumah kawan. Semalam lepak dengan dorang. Morning Ibu!". Balas Syaukat. Pipi Datin Rokiah di cium sebelum tangan ibu kandungnya di salam.

Datin Rokiah hanya geleng kepala melihat sikap Syaukat. Sudah berkali-kali dia nasihatkan Syaukat. Tapi biasa la anak muda bukan nak dengar nasihat orang tua, yang mereka ingin kan hanya keseronokan saja. Di luar sana macam-macam benda boleh jadi dan itu membuatkan hati nya risau jika Syaukat tidak pulang ke rumah.

"Hai Adel!". Tegur Syaukat sambil tersengih sebelum masuk ke dalam kereta Mil. Adel tersenyum kelat.

Mil perasaan perubahan wajah Adel. Bila di tanya dia hanya menggeleng kepala sebelum melangkah masuk ke dalam kereta dan di ikuti oleh Datin Rokiah. Mil mengeluh. Pasti ada apa-apa yang terjadi antara Adel dan Syaukat.

Sepanjang perjalanan mereka ke rumah keluarga Adel. Syaukat hanya tersengih sahaja. Dalam fikiran nya sudah merangka strategi untuk kenakan Adel dan Mil. Dia mengangkat cermin mata nya sebelum menjeling ke arah Adel. Adel menundukkan kepala bila mereka bertentangan mata. Senyuman sinis terukir di bibir Syaukat.

*******

"Assalamualaikum". Laung Adel di hadapan rumah nya itu. Pintu rumah keluarganya di ketuk berulang-ulang kali.

"Waalaikumsalam. Ya allah anak mama dah balik. Mari masuk semua". Pelawa Puan Noor. Senyuman manis terukir di bibir nya saat melihat Adel.

Adel memeluk erat Puan Noor. Perasaan rindu nya terubat bila dapat memeluk ibu kandungnya itu. Pipi Adel di cium oleh Puan Noor sebelum Adel melangkah masuk ke rumah dan di ikuti oleh Syaukat. Sementara itu Mil parking kereta dan Datin Rokiah bersembang dengan Puan Noor.

"Ingat apa yang aku pesan!". Bisik Syaukat di telinga Adel. Adel yang terkejut dengan sepantas kilat mengangkat tangan untuk karate.

"Hahaha. Kau dah kenapa? Aku baru bisik sikit kot. Kau dah nak karate orang. Adoiii kesian bakal suami kau nanti". Sindir Syaukat. Langkah kaki nya segera di atur menuju ke ruang tamu dan meninggalkan Adel yang masih terkebil-kebil itu.

"Kenapa ini?". Soal Mil. Dia pelik melihat Adel yang berdiri kaku tidak bergerak.

"Eh abang. Takde apa. Adel buat air minum kejap". Balas Adel sebelum hilang menuju ke dapur.

Mil dan Syaukat duduk di ruang tamu menonton televisyen manakala Adel, Puan Noor dan Datin Rokiah menyediakan hidangan tengah hari bersama-sama. Jelas keriangan di wajah Adel bila dapat meluangkan masa bersama dengan ibu kandung nya itu.

Adel menghampiri Syaukat dan Mil yang sedang menonton televisyen itu. Dia menarik nafas untuk hilang kan kegugupan bila berdepan dengan Syaukat.

"Jom makan". Suara Adel tengelam-timbul dek suara televisyen yang kuat itu.

"Apa?". Soal Syaukat. Focus nya terganggu dengan kemunculan Adel.

"Jom makan". Ulang Adel sekuat hati. Suara nya di kuatkan untuk melawan suara televisyen itu.

Mil menepuk bahu Syaukat. "Kat jom makan. Nanti sambung balik tengok".

Mereka semua menuju ke meja makan. Kari ikan tongkol, sambal sotong, sayur kailan ikan masin nampak menyelerakan. Doa makan di bacakan oleh Mil sebelum mereka semua menjamah makanan tersebut.

********

"Adel okay ke?". Soal Mil. Di perhatikan wajah comel Adel itu.

"Okay je. Jangan risau". Tangan Adel rancak membasuh pinggan mangkuk.

"Betul ini? Kenapa abang tengok Adel murang je".

"Yup betul. Abang Adel happy kot dapat jumpa abah mama".

Dari jauh Syaukat perhatikan Mil dengan Adel yang sedang berbual itu. Dia tiba-tiba tersenyum nakal sebelum sergah Mil dengan Adel.

"Ha!. Buat apa tu? Dating eh?".

"Opocot mak kau meletup. Eh kau yang meletup. Eh..". Syaukat ketawa terbahak-bahak melihat Adel melatah. Di ajuk percakapan Adel kembali.

"Kat!. Kenapa buat macam ini? Kesian dekat Adel". Tegur Mil. Ikut kan hati mahu saja dia ketawa melihat telatah comel Adel. Tapi segera di pendam bila wajah Adel berubah kemerahan menahan malu.

"Kau ini ganas gak eh. Dah la tadi nak karate aku. Sekarang nak baling pinggan mangkuk pulak. Nasib baik abang tahan kot. Kalau tak aku saman kau!". Balas Syaukat.

Adel menahan malu. Wajah nya berubah merah dan itu lagi menyerlahkan kecomelannya lagi. Mil terpaku melihat Adel.

"Ehem!. Abang jaga mata tu. Haha". Usik Syaukat lagi.

"Merepek la Kat ini". Balas Mil sambil tersipu-sipu malu. Kantoi dia bila di tegur oleh Syaukat.

Suasana kembali senyap. Yang berada ketika itu hanya Syaukat dan Adel. Mil sudah menuju ke ruang tamu untuk menghilangkan perasaan malu nya itu.

"I will watching you!". Bisik Syaukat kepada Adel. Adel menelan air liur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience