"Abang kenapa tak bagi tahu nak datang?" Soal Adel bila melihat Izzat memberi salam. Terkejut dia melihat Maira bersama dengan Izzat.
"Saja datang. Family abang nak datang esok". Kata Izzat sambil matanya mengekori susuk tubuh Maira yang menaiki tangga ke bilik.
"Kenapa abang?. Ada apa-apa jadi ke?. Adel tak sedap hati dengan kelakuan Izzat dan Maira.
"Takde apa sayang. Abang balik dulu tau". Izzat berlalu pergi tinggalkan Adel yang tercengang di muka pintu.
Susuk badan Izzat di perhatikan sehingga hilang dari pandangan matanya itu. Segera dia menutup pintu rumah sebelum mendaki anak tangga ke bilik Maira.
Pintu bilik di ketuk. Tiada sahutan dari Maira. Adel cuba lagi mengetuk pintu bilik Maira. Akhirnya Adel terdengar laungan Maira yang menyuruhnya masuk.
"Kau okay ke?". Soal Adel bila melihat wajah sembab Maira.
"Okay je. Kenapa?". Balas Maira lagi.
"Kenapa mata kau nampak sebab?. And macam mana Izzat boleh datang dengan kau?". Soalan dari Adel membuat Maira mati akal. Pantas otaknya ligat memikirkan jawapan untuk soalan itu.
"Aku jumpa Izzat dekat Pkns masa nak tunggu bus tadi. Dia pelawa aku naik sebab da alang-alang dia nak datang sini". Balas Maira dengan sedaya upaya mengawal riak wajahnya.
"Buat apa korang dekat Pkns?". Balas Adel lagi. Perasaan curiga dengan penjelasan Maira.
"Aku yang pergi Pkns. Bukan dia. Kita orang jumpa waktu aku tengah tunggu bus. Dia lalu situ". Maira sedikit emosi namun dia masih boleh mengawal keadaan agak Adel tidak syak sesuatu.
"Oh okay. Tapi kenapa mata kau sembab? " soal Adel lagi.
"Kau tahu kan aku tak biasa lagi dengan suasana dekat sini. Sebab tu la aku tak boleh nak lena tidur". Balas Maira dengan muka menyampah. Adel perhatikan sahaja tingkah laku Maira.
"Oh takpe la macam tu.Aku keluar dulu". Adel bangun setelah melihat Maira menarik comforter sehingga menutupi badannya itu.
"Tapi betul ini kau okay?". Tanya Adel lagi sebelum betul-betul melangkah keluar dari bilik. Maira hanya angguk kepala sambil mengangkat ibu jari tanda okay.
Pintu bilik Maira di tutup. Adel menarik nafas panjang dan lepas kan dengan kasar. Hatinya terasa seperti ada sesuatu yang berlaku di antara Izzat dengan Maira. Langkah kakinya di atur untuk menuju ke bilik tidur nya. Telefon bimbit di ambil sebelum melihat pesanan mesej dari Izzat.
-sayang abang mintak maaf sebab tadi abang tergesa-gesa kena balik rumah-
Mesej itu di baca berulang-ulang kali.
sehingga Adel tidak lena tidur. Dia takut untuk mengetahui apa yang akan berlaku ke esokkan hari.
Share this novel