Bab 1

Romantic Comedy Series 49289

"Gilalah kau ini, ada ke nak propose aku dengan cara macam ini" Adel memarahi kawan baiknya merangkap Boyfriend Forever.

"Eh aku tengak dekat tv selalunya orang buat macam ini kot, salah ke?" Izzat pertahankan dirinya.

"Salahlah gila, ada ke letak cincin dalam makanan favourite aku, kau nak aku mati cepat ke? " Adel terlalu emosi dengan ape yang berlaku.

Izzat mengelabah apabila melihat Adel dalam keadaan marah. Ini tak masuk dalam plan yang dirancang.

"Alaaa sorry, aku tak tahu lagi nak propose kau macam mana, aku ingatkan cara macam ini okay" Izzat terus memujuk Adel.

"Cara yang tak cool langsung, ada ke patut nak propose aku macam ini. Guna la cara lain ke macam melutut ke cakap 'WILL YOU MARRY ME' kan sweet macam ini. Adel terus menerus meluahkan perasaan tidak puas hatinya dekat Izzat.

Izzat terus melutut dihadapan Adel dan mengungkap ayat keramat iaitu "WILL YOU BE MY WIFE FOREVER" dengan penuh semangat dan harapan Izzat mengungkapkan.

"YES".Adel tertunduk malu kerana impiannya bersama untuk hidup bersama Izzat tercapai.

"Alhamdullilah, tapi sorry cincin masih dalam makanan kau, tunggu kau jumpa cincin tu baru aku sarungkan dekat jari kau " Riang hati Izzat setelah semuanya berjalan dengan lancar.

"Hahaha, okay jom la makan, tapi aku nak order lain boleh tak? Karang tak pasal-pasal aku admit wad pasal cincin ini " Adel tersenyum sambil melawak .

"Boleh sayang " Izzat mengenyit mata sambil tersenyum dekat Adel.

"Okay next week jom jumpa parent aku, kita mintak restu" . Adel tak rasa untuk ceritakan kepada keluarganya itu.

**********

"Anak ibu kenapa tersenyum lebar je ini?". Puan Maimon menegur anaknya.

"Eh ibu!. Izzat ada sesuatu nak bagi tahu dekat ibu " Puan Maimon mendekati anaknya.

"Bagi tahu laa nak. Ibu sedia mendengar" Izzat ketawa riang

"Semalam Izzat propose Adel". Puan Maimon terkejut dengan tindakan anak tunggalnya itu. Pantas dia tersenyum.

"Amboi lajunya anak ibu ini. Sikit pun tak bagi tahu dekat ibu kan?". Puan Maimon pura-pura merajuk. Izzat memeluk ibunya itu dengan penuh kasih sayang

"Sekarang kan da bagi tahu. Ibu next week kita masuk meminang Adel okay. Tapi Izzat nak bertunang dulu". Izzat terangkan tentang plan nya untuk meminang Adel. Puan Maimon hanya mendengar sahaja kerana dia sendiri tak sabar nak dapat menantu.
"Okay nanti ibu bagi tahu dekat ayah. Tapi Adel setuju ke nak jadi isteri kamu?". Usik Puan Maimon lagi.

"Haruslah setuju. Anak ibu ini kan handsome. Ramai tau yang nak. Tapi Izzat pilih Adel je". Ucap Izzat sambil mengangkat kening. Puan Maimon ketawa melihat telatah Izzat.

"Perasaan nya anak ibu ini. Tapi bagus la Izzat pilih Adel sebab ibu da lama berkenaan dekat Adel tu. Sesuai sangat jadi menantu ibu". balas Puan Maimon lagi.

"Alhamdulillah. Jadi ibu restu la hubungan kami ini". Izzat memandang wajah ibunya itu untuk harapkan persetujuan ibunya.

"Mesti la. Ibu doakan anak ibu ini bahagia sampai bila-bila". Izzat mengangkat tangan dan segera amin kan doa ibunya itu.

"Terima kasih ibu". Pipi Puan Maimon dicium dengan penuh kasih sayang.

***********

Hari ini genap sebulan Adel menjadi tunangan orang. Kehidupannya berubah 100% sebagai persediaan untuk menjadi isteri orang. Adel mengubah jadual dan aktiviti hariannya. Setiap hari Adel akan menyediakan sarapan untuk keluarganya dan mengambil kelas jahitan bersama mama kesayangannya. Dan paling mendebarkan dalam masa 3 bulan Adel akan bertukar status menjadi isteri orang.

"Adel hidup selepas berkahwin banyak dugaan dan toleransi dalam perkahwinan sangat digalakkan untuk mengelakkan dari berlaku bergaduhan dan salah faham".Puan Noor memberi nasihat untuk anak kesayangannya.

"In shaa allah Adel dengar dan ikut semua nasihat mama, terima kasih ma". Adel peluk Puan Noor dengan penuh kasih sayang.

"Da jom kita masak, hari ini abah balik awal dan mama nak ajar resepi baru untuk Adel". Sambil tersenyum Puan Noor berjalan ke dapur.

"Ini yang buat Adel sayang dekat mama". Adel berlari mengejar mamanya yang sudah bersedia untuk masak.

Selesai makan tengah hari Adel memintak izin daripada ibubapanya untuk keluar dengan Izzat. Segala persiapan perkahwinan harus disiapkan memandangkan mereka bakal berkahwin 3 bulan lagi.

"Adel keluar dulu, hari ini Adel nak cuba baju pengantin dan mencari kad kahwin".Adel bersalam dengan kedua ibu bapanya.

"Hati-hati ye Adel " Encik Haris memberi nasihat kepada anak gadisnya itu.

*********

Adel mencuba semua baju pengantin yang terdapat didalam butik pengantin tersebut tetapi tiada satu yang berkenan dihatinya. Hatinya berdolak dalih seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Izzat perasan air muka Adel seperti fikirkan sesuatu, apabila ditanya Adel hanya diamkan diri sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience