Bab 22

Romantic Comedy Series 49289

"Da okay ke?" Soal Mil kepada Adel. Adel hanya mengangguk kepala sahaja.

"Kita pergi makan nak tak?". Tanya Mil lagi. Kening Adel berkerut bila Mil bertanya soalan tersebut.

"Abang lapar la. Tengah hari tadi abang tak sempat nak makan. Adel teman abang pergi makan okay". Kereta yang dipandu oleh Mil bergerak laju ke destinasi yang ingin di tuju. Kereta diparking sebelum mereka melangkah ke restoren Nasi Ayam Bonda. Adel hanya mengikut langkah Mil tanpa membantah. Mereka memilih meja yang agak tersorok sikit yang bertentangan dengan televisyen. Ketika Adel ingin duduk matanya terpandang wajah seseorang yang pernah mengisi hatinya itu. Mil yang menyedari perubahan wajah Adel segera memandang ke arah yang dilihat Adel. Kelihatan seorang pemuda sedang berjalan ke arah mereka dengan pandangan mata yang tajam kepada Adel.

"Assalamualaikum". Ucap Mil sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan pemuda tersebut.

"Sayang pergi mana selama ini? Kenapa tinggalkan abang macam tu je? Tak nak dengar penjelasan dari abang ke?". Soal pemuda itu kepada Adel. Salam dan huluran tangan dari Mil langsung tidak disambut. Adel pula hanya diamkan diri sahaja. Pemuda tersebut masih tidak puas hati.

"Berani sayang tinggalkan abang? Siapa dia ini? Cepatnya sayang jumpa pengganti baru". Balas pemuda itu sambil memandang Mil dengan wajah tidak puas hati.

"Abang Mil jom kita pergi". Ucap Adel dengan wajah serius. Pertanyaan pemuda tersebut tidak di jawab langsung.

"Adel. Tolong jangan buat abang macam ini. I really miss you sayang". Tangan Adel di tarik kasar oleh Izzat. Mil terkejut melihat tindakan Izzat. Segera tangan itu di tepis dari memegang tangan Adel.

"Kau siapa ha!. Jangan masuk campur dalam urusan aku dengan Adel!". Nada suara Izzat bertukar kasar bila melihat Mil masuk campur.

"Perlu ke aku jawab pertanyaan kau. Eh kalau kau gentleman, kau boleh fikir dengan normal kan? Sekarang kita dekat tempat khalayak ramai. Jadi jangan buat tindakan bodoh ". Nada suara Mil juga sudah berubah. Tangan Adel di tarik Mil untuk keluar dari restoren tersebut sebelum terjadi pergaduhan. Izzat pantas mengejar mereka berdua seperti orang gila, tapi Mil lagi pantas. Keretanya di pandu dengan laju sehingga hilang dari pandangan mata Izzat. Di jerling Adel yang dari tadi masih diamkan diri. Kereta terus bergerak sehingga la berhenti di sebuah taman permainan. Di cuit bahu Adel yang kelihatan seperti termenung itu untuk menyedarkan Adel bahawa mereka sudah sampai di taman permainan itu. Adel yang hairan hanya keluar dari kereta tanpa menyoal.

"Now you want to tell me?". Soal Mil sambil menyimpan kembali cermin mata hitam yang dipakainya itu di poket seluar.

"Bagi tahu apa?". Suara Adel perlahan tapi masih dapat didengari oleh Mil.

"Who he is actually?. U know him?". Soal Mil lagi dengan sabar.

"Ex fiance. Of course I know it". Balas Adel dengan suara seakan menahan tangisan.

"Tell me what happened actually?". Desak Mil lagi yang ingin mengetahui tentang hubungan Adel dengan bekas tunang nya itu. Wajah Adel seperti keberatan untuk menjawab soalan Mil.

"I just want to help. Promise abang akan tolong Adel. That's why i should know the whole story". Ucap Mil panjang lebar. Untuk mengelakkan dari salah faham.

"Dia tunang Adel.Kami hampir berkahwin dalam masa sebulan lagi tapi datang Maira. Dia sepupu Adel tapi yang membuat Adel terkejut bila dapat tahu mereka sebenarnya suami isteri. Hancur luruh hati ini bila dapat tahu dikhianati oleh mereka. Orang yang Adel sayang". Ucap Adel dengan air mata yang mengalir membasahi pipinya itu. Sudah lama rasanya dia tidak menangis kerana Izzat dan Maira. Mil khusyuk mendengar cerita dari Adel.

"Adel tak nak dengar penjelasan dari dia ke? Abang rasa better kita dengar sebelum buat keputusan". Balas Mil lagi. Adel geleng kepala tanda tidak. Mil menarik nafas dan lepaskan dengan kasar.

"Don't worry Izzat tak kan ganggu Adel lagi. Sekarang Adel dah tiada apa-apa ikatan dengan dia". Balas Adel sambil tersenyum. Mil masih diamkan diri. Dia rasa tidak sedap hati bila melihat tindakan biadap Izzat tadi.

"Are you sure?". Soal Mil lagi.

"100%. I'm sure". Balas Adel dengan yakin.

"Why?". Kening Mil diangkat. Adel pandang wajah abang angkatnya itu sebelum mengalih pandangan ke arah lain.

"Sebab dia milik sah Maira. Sudah la lupakan pasal dia. Jom kita balik". Balas Adel lagi. Hatinya cukup tawar untuk cakap pasal Izzat lagi.

"Jom". Balas Mil. Dalam otak nya perlu fikirkan sesuatu untuk selesaikan masalah ini.

Mereka sampai ke rumah tepat pukul 2 petang. Datin Rokiah yang mendengar bunyi kereta Mil segera memandang jam di dinding rumahnya itu. 'Awalnya mereka balik'. Bisik hatinya itu. Langkah kakinya segera diatur ke muka pintu.

Terlihat wajah sugul Adel ketika keluar dari kereta. Adel melemparkan senyuman kepada Datin Rokiah sebelum melangkah naik ke bilik. Manakala Mil pula keluar dari kereta sambil menarik tali lehernya itu dengan kasar. Datin Rokiah mengekori langkah anak teruna nya itu masuk ke rumah. Namun tiada sebarang suara yang keluar dari mulut Mil. Mil duduk dan pejamkan mata tanpa peduli kan ibunya yang setia di sisinya itu. Datin Rokiah hampa bila melihat perangai Adel dan Mil yang begitu.

***********

Teko yang berisi Kopi o panas dan balang biskut keras di letakkan atas meja kecik itu. Mak Iti menarik kerusi sebelum duduk dan menuang kopi o panas ke cawan. Datin Rokiah perhatikan tingkah laku Mak Iti itu yang sudah dianggap sebagai ahli keluarganya. Di ambil cawan kopi yang di hulur oleh Mak Iti sebelum menghirup sedikit kopi o panas itu.

"Kiah okay ke? Ada apa-apa yang berlaku ke?". Soal Mak Iti bila melihat wajah masam mencuka Datin Rokiah.

"Kiah rasa plan A kita tak jadi la". Wajah tua Mak Iti di tatap lama.

"Macam mana boleh tak jadi ini?". Soal Mak Iti setelah melihat Datin Rokiah sudah tenangkan diri.

"Entah. Mungkin salah kita kot sebab paksa mereka keluar. Mungkin mereka perlukan masa untuk sesuaikan diri". Andaian Datin Rokiah. Biskut keras itu di cicah ke dalam kopi panas itu sebelum di masukkan dalam mulut.

"Maksudnya kita kena fikir plan lain la kan?". Soal Mak Iti lagi.

"Yup. Tapi Kiah takde idea la Mak Iti". Balas Datin Rokiah dengan hampa. Segera cawan kopi itu ditolak bila selera makannya mati.

"Takpe. Slow-slow kita fikir". Balas Mak Iti kembali. Kopi panas itu di tuang lagi sehingga penuh cawannya. Suasana kembali senyap sebelum Mil datang je arah mereka.

"Amboi mengeteh tak ajak eh". Mil menghampiri dengan pakaian yang lebih santai. Segera kerusi di tarik dan duduk. Pandangan mata Datin Rokiah dan Mak Iti menikam wajah Mil.

"Kenapa? Salah ke Mil nak join sekali?". Soal Mil dengan wajah pelik.

"What happen actually?". Soal Datin Rokiah dengan suara tegas. Wajahnya berubah serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience