Bab 19

Romantic Comedy Series 49289

"Morning Ibu!". Mil selamba menarik kerusi dan duduk sebelah Adel. Adel yang sedap menyuap nasi lemak tersedak dengan tindakan Mil.

"Sayang kenapa tersedak ini. Minum jus ini". Datin Rokiah risau apabila melihat Adel tersedak. 'Pedas sangat ke sambal nasi lemak ini'.

Adel mengambil jus yang dihulurkan oleh Datin Rokiah dan terus minum tanpa pedulikan Mil yang perhatikan dirinya. 'Da kenapa mamat ini pandang aku?. Lantak la aku da separuh mati ini sebab tersedak. Gara-gara dia la ini!'. Adel cuba berlagak biasa. Dia cepat-cepat habiskan nasi lemak dihadapannya itu.

"Adel makan elok-elok tau. Ibu nak panggil ayah kejap. Ini mesti tertidur balik". Datin Rokiah bingkas bangun untuk kejutkan suaminya itu.

'Oh man!'. Adel menjeling Mil yang duduk disebelahnya itu. Ketakutan berduaan bersama Mil bertambah apabila Mil pusingkan badan untuk melihat wajah Adel.

"Siapa kau?". Adel angkat muka apabila ditanya begitu. 'Mamat ini lupa ingatan ke? Bukan semalam ibu da perkenalkan aku ke?" .

Mil yang perasan dengan perubahan muka Adel terus ketawa. "Aku tahu kau Adel. Anak angkat ibu aku. But i need know about you in details". Bisik Mil di telinga Adel. Meremang bulu roma dia apabila mendengar suara Mil yang separuh bisik itu. Nasib baik tudung yang dipakai memisahkan telinganya dari merasa pernafasan lelaki tersebut kalau tak sure dia pengsan kerana takut dan terkejut.

"Awak nak tahu apa? " tergagap-gagap Adel membalas . Nasi dihadapnya sudah nampak tidak menyelerakan. Nafsu makannya terus mati. Air jus diteguk berkali-kali untuk hilangkan nervous dan takut.

"Well. You full name. Age. Occupied or not. And mostly the reason you staying in my house!". balas Mil sambil memandang Adel lagi. Adel nampak tidak senang dengan cara pandangan Mil.

"Nurul Adeila Syamim bt Abdull Haris. Umur 22 tahun. Fresh graduate. Baru lepas putus tunang. So ibu ajak duduk sini untuk tenangkan fikiran dan lupakan kesedihan". Balas Adel dengan suara perlahan. Hatinya pilu apabila teringatkan tentang Izzat.

"Sebab apa putus tunang?" Mil berminat untuk mengetahui kisah Adel. Adel pandang wajah Mil.

"Tak boleh cerita ke?. It's okay". Mil bersuara selepas melihat Adel masih diamkan diri. Adel hanya lemparkan senyuman kepada Mil yang mengerti situasi dirinya. Sekali lagi Mil terpegun melihat senyuman Adel yang nampak sungguh comel itu. Ikutkan hatinya mahu saja pipi comel itu menjadi mangsa cubitannya.

Adel terasa pipinya naik panas kerana menanggung malu apabila Mil masih melihat dirinya. Di perhatikan wajah Mil dengan sepantas lalu. 'Handsome. Pakai cermin mata. Berjanggut sikit dan badan sado'. Hati keciknya terus describe penampilan Mil.

Mil terus senyum apabila melihat Adel perhatikan dirinya. Terserlah lesung pipit yang menghiasi wajah tampannya itu.

"Ehem! Kenapa ini? Kamu kacau Adel lagi ke?" Datin Rokiah turun bersama dengan Datuk Azman. Dipandang wajah Adel yang merah menahan malu.

"Mana ada la ibu. Okay Mil masuk kerja dulu". Mil segera habiskan nasi lemaknya itu dan bangun untuk bersalam dengan ibu bapa nya.

Datin Rokiah tidak puas hati dengan perangai anak terunanya itu. Suka betul menyakat orang. Dipandang sekilas Adel yang sedang menguis nasi lemak di pingganya. Mil mengenyit mata kepada ibu kesayangannya yang sedang menarik muka dengan perangainya.

"Ibu Adel basuh pinggan dulu". Adel mengangkat pinggannya dan berjalan ke arah dapur. Datuk Azman hanya perhatikan sahaja tingkah laku Adel dan Mil. Dia dapat mengagak seperti ada sesuatu yang berlaku.

******************

"Woi! Kau ini nasib baik bos. Kalau bukan da lama kena pecat tau". Sergah Am yang dari tadi asyik perhatikan perangai baru kawan baiknya merangkap boss nya itu.

"Apa?" Balas Mil yang tersedar bila disergah oleh kawan baiknya.

"Kau ini. Dari tadi aku dok perhati asyik tersenyum je. Ada apa-apa ke?" Soal Am sambil memandang wajah tampan milik Mil.

"Entah tiba-tiba rasa bahagia. Disebabkan hari ini mood aku okay. Aku belanja kau lunch nanti". Ucap Mil sambil tersenyum bahagia. Am hairan dengan sikap kawannya.

"Jangan cakap dekat aku yang kau da jatuh cinta". Ketawa Am pula.

"Aku? nak jatuh cinta. Oh tolong la aku tak mungkin jatuh cinta okay!" Mil ketawa terbahak-bahak.

"Tapi yang aku nampak macam kau da jatuh cinta. Senyum memanjang je" Am pulak ketawa apabila melihat Mil terkebil-kebil.

"Amboii sedap eh kutuk boss sendiri! Baik kau buat kerja sekarang sebelum aku potong gaji". Berubah air muka Am apabila bossnya sudah mengeluarkan arahan begitu. Am mengangkat tangan tanda surrender dengan ugutan kawannya itu.

Mil kembali termenung selepas Am melangkah keluar dari biliknya itu. Dia teringat balik kata-kata Am yang masuk akal itu. 'Aku jatuh cinta!' . Di geleng kepala berulang kali untuk menidakkan kenyatan tersebut. Diambil fail kewangan syarikat dan dengan kasar diselak untuk melihat aliran masuk kewangan untuk meredakan keresahan hati.

**********************

"Mil jom lunch!" Laung Am yang masih menunggu Mil respons pertanyaan dia. Di jenguk ke dalam bilik Mil. Kosong.

'Mana pulak budak ini pergi. Suka betul hilang' . Rungut Am yang di dengari oleh Fida setiausaha Mil.

"Boss balik rumah la Encik Am. Dia suruh saya sampai kan pesanan ini". Fida mengeluarkan kertas memo kecik dan serahkan kepada Am.

-Aku balik rumah. Sorry nanti aku belanja double lunch dengan dinner okay. Anything ws aku- Mil.

Tersenyum Am apabila membaca memo dari Mil. Happy sebab Mil janji untuk belanja lunch dan dinner dia. Jimat duit belanja.

"Amboii Encik Am. Senyum lebar nampak. Ada apa-apa ke?". Tegur Fida yang perasan perubahan wajah Am.

"Mesti la happy. Boss awak tu nak belanja double lunch dengan dinner saya tau. Eh awak da lunch ke? Jom teman saya". Fida hanya mengangguk kepala tanda setuju untuk lunch dengan Am. Segera diambil beg tangan sebelum beriringan dengan Am menuju ke arah lif.

****************

"Assalamualaikum. Ibu oh ibu". Mil berjalan ke arah dapur apabila terbau masak lemak cili padi. Dia kaku bila melihat Adel yang menyediakan hidangan yang sungguh sedap itu. Pantas kakinya melangkah ke arah Adel.

"Ibu mana?" Soal Mil yang hampir buat Adel lemah semangat. Sudip yang di pegang jatuh sebab terkejut.

"Adel kenapa ini? Okay ke?" Laung Datin Rokiah yang risau dengan keadaan Adel. Terkejut dia bila mendengar bunyi sudip jatuh di dapur. Langkah kakinya dipercepatkan untuk melihat keadaan Adel yang tengah masak.

"Adel okay ke ini? Ha Mil bila kamu balik". Soal Datin Rokiah apabila perasan anak bujangnya ada disitu.

"Berapa minit yang lepas". Selamba Mil balas sambil matanya perhatikan Adel yang masih terkejut itu. Datin Rokiah memberi air masak untuk Adel bertenang. Dipandang Mil untuk dapatkan penjelasan.

"Bukan Mil yang buat la. Mil cuba nak tahu siapa yang masak lemak cili padi ini". Terang Mil membela diri sambil tangannya mengacau masak lemak cili padi tersebut.

"Bertuah punya budak. Adel tu yang sakit langsung tak ambik peduli". Marah Datin Rokiah bila melihat anaknya langsung tak ambik kesah terhadap Adel.

"Kan ibu da bagi air. Okay la tu. Nak buat apa lagi. Bila masak lemak ini nak masak? Mil lapar laa". Balas Mil selamba sambil bau masak lemak yang sedap itu.

"Takpe Adel da okay. Aaa abang Mil duduk la dulu. Biar Adel hidangkan". Balas Adel yang sedikit tergagap apabila memanggil Mil dengan panggilan abang. Mil berjalan menuju ke arah meja makan sambil perhatikan Adel yang lincah siapkan hidangan tengah hari mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience