Bab 27

Romantic Comedy Series 49289

"Assalamualaikum". Laung Syaukat di hadapan rumah banglo tiga tingkat itu.

"Assalamualaikum". Laung nya lagi sambil tangannya rancak membunyikan loceng rumah.

"Waalaikumsalam. Ya allah Kat. Kenapa tak bagi tahu nak balik?". Jerit Mak Iti ketika melihat anak bongsu Datin Rokiah itu.

Tersengih Syaukat sambil tangan nya bersalam dengan Mak Iti. "Kat dah bagi tahu dekat abang nak balik. Ini mesti Abang lupa nak bagi tahu kan?".

"Mak Iti lupa la. Hari tu Mil ada bagi tahu. Mari masuk Kat". Syaukat bukak kasut converse miliknya itu sebelum di letakkan di atas rak kasut. Matanya terpandang kasut tumit tinggi berwarna merah. Ingin di tanya tapi Mak Iti hilang menuju ke dapur.

"Kat berehat la dulu. Mak Iti nak masak kejap. Nanti kita makan sama". Jerit Mak Iti dari dapur.

Syaukat hanya mendengar sahaja sebelum kakinya melangkah menuju ke bilik tidurnya. Persoalan tentang kasut tumit tinggi itu di pendam seketika.

Tombol pintu bilik di pulas sebelum Syaukat melangkah masuk. Di perhatikan sekeliling bilik tidurnya itu. Semua barang miliknya kelihatan kemas tidak terusik sejak dia meninggalkan bilik tersebut kecuali kain cadar katilnya yang selalu ditukar oleh Mak Iti setiap 2 minggu.

Di letakkan beg sandang di atas meja kecik sebelum baring di atas katil. Matanya di pejam untuk rehatkan badan seketika.

*********

"Kat dah sampai". Bisik Mak Iti di sebelah Datin Rokiah yang baru pulang membeli belah.

"Dia dekat mana sekarang ini?". Soal Datin Rokiah kembali. Di pandang Adel yang menghampiri mereka.

"Dekat bilik. Tengah rehat". Balas Mak Iti kembali.

Adel hanya mendengar saja perbualan antara Mak Iti dengan Datin Rokiah. Langsung dia tidak menyampuk percakapan Mak Iti dengan Datin Rokiah. Dengan segera dia mintak diri ke bilik untuk menunaikan solat Zohor.

*Krik* *Krik*

Syaukat terjaga dari tidurnya itu. Telinganya menangkap bunyi seperti pintu di buka. Di tenyeh mata berulang-ulang kali untuk pastikan dia berjaga dengan sepenuhnya. Bingkas dia bangun dari katil dan meninjau ke arah bilik tetamu yang terletak bersebelahan dengan biliknya.

'Ada orang ke dalam bilik tetamu ini?'. Bisik hati Syaukat. Lama juga dia tunggu di muka pintu itu untuk melihat gerangan penghuni bilik tetamu tapi tidak tanda-tanda penghuni itu akan keluar.

"Ha buat apa tu?". Sergah Datin Rokiah bila melihat Syaukat di muka pintu.

"Ya Allah terkejut Kat. Ibu can i ask u something?". Tanya Syaukat sambil bersalam dengan ibunya itu.

"Apa dia?".

"Rumah kita ada tetamu ke?. Kat dengar ada orang bukak pintu tadi". Soal Syaukat sambil tangannya menunjukkan ke arah pintu bilik tetamu.

"Kat we talk later okay. Sekarang jom kita makan dulu". Kata Datin Rokiah kembali. Nampak macam Datin Rokiah tak bersedia untuk cerita tentang Adel.

"Ibu tell me now!". Desak Syaukat lagi.

"Sebenarnya.. ". Percakapan Datin Rokiah mati bila bilik tetamu itu di buka oleh Adel. Semua yang berada di situ kaku tanpa sepatah kata.

"Ibu who is she?". Soal Syaukat sambil matanya tajam memandang Adel.

"Behave Kat. Adel mari sini". Kata Datin Rokiah. Tangannya melambai-lambai memanggil Adel yang berdiri kaku.

Adel berjalan sambil menundukkan muka menghampiri Datin Rokiah dan Syaukat.

"Huh!". Dengus Syaukat ketika Adel lalu di depannya. Dia tidak suka 'orang luar' masuk ke rumahnya.

"Turun makan. We discuss about this after ayah dan abang Mil balik". Balas Datin Rokiah sambil menuruni anak tangga dengan Adel.

"Maaf anak ibu itu kurang mesra sikit dengan orang. Nanti ibu mintak tolong abang Mil pujuk Syaukat. Don't worry. Everything will be alright". Kata Datin Rokiah sambil memegang erat tangan Adel.

Adel hanya diamkan diri. Dalam hatinya berdebar-debar dengan penerimaan anak bongsu ibu angkatnya itu. Sewaktu mereka menjamah makanan tengah hari Adel perasaan pandangan mata Syaukat yang masih tidak puas hati terhadap dirinya. Nasi yang di makan langsung tidak terasa apa. Akhirnya dia hanya meneguk air sirap sahaja.

**********

"Kenapa ambik orang luar jadi anak angkat? Tak cukup ke dengan kita berdua?". Bertubi-tubi soalan dari Syaukat. Mil hanya mendengar luahan hati adik bongsunya itu.

"Sabar boleh tak?. Kat tahu kan ibu dah lama mahu anak perempuan. Biar je la. Lagi pun abang tengok dia okay je". Luah Mil.

"No. Itu semua sebahagian dari plan dia. Nanti lama-lama mula keluar taring dia".

"Kali ini cuba percaya dengan pilihan ibu". Pujuk Mil lagi kepada Syaukat.

Peristiwa 9 tahun lepas berputar kembali. Dia faham kenapa Syaukat begitu anti dengan 'orang luar'. Tapi kali ini mereka harus percaya pilihan ibunya. Adel bukan seperti perempuan yang lain. Tidak sedikit pun dia lupa diri sewaktu duduk di rumah banglo 3 tingkat itu. Semua kerja rumah kalau boleh dia ingin membantu, berbeza benar dengan sikap Farah.

Farah! Di ambil menjadi anak angkat sewaktu berusia 10 tahun. Berasal dari keluarga yang susah. Di sebabkan itu dia di ambil menjadi anak angkat keluarga Datuk Azman. Segala pelajaran Farah di tanggung dan mereka juga menyayangi Farah seperti saudara kandung sendiri tapi tak tahu di mana silap nya Farah menjadi lupa diri mungkin sebab selalu di manjakan dengan kemewahan keluarga angkatnya. Dia mula berlagak dan pandai bergaul dengan budak nakal. Syaukat yang tahu tindakan Farah segera ceritakan kepada Datuk Azman dan Datin Rokiah dengan tunjukkan buktinya sekali. Semua tidak sangka gadis manis itu sanggup berubah menjadi seseorang yang lain bila di limpahi dengan kemewahan.

Keluarga Farah yang tidak tahan melihat anaknya terus hanyut lalu meminta Farah pulang ke pangkuan mereka.

"Kat takkan percayakan dia". Suara Syaukat hancurkan lamunan Mil.

"Trust me. Dia berbeza dari Farah. Kali ini ibu buat pilihan yang tepat". Kata Mil sambil menepuk bahu Syaukat.

"Jangan mention nama perempuan tu lagi. Kat akan perhatikan tingkah laku dia. Jika dia lepas segala ujian yang Kat buat. I'll accept". Balas Syaukat sambil tersenyum lebar.

"Yang ini abang tak setuju. Dia budak baik. Jangan libatkan dia". Tegas Mil. Risau hatinya melihat senyuman yang terbit dari bibir Syaukat itu.

"Don't worry abang. Dia akan baik-baik saja. Trust me". Kata Syaukat lagi sambil ketawa terbahak-bahak.

"Ingat kalau jadi apa-apa dekat dia. Kat orang pertama yang akan abang cari". Mil bersuara dengan lebih tegas.

"Jangan cakap yang abang suka dekat dia tu. Come on abang!. Let's get some fun teasing her". Usik Syaukat lagi.

"Ini bukan soal suka atau tak. Dia budak baik. Jangan libatkan dia".

Tersenyum Syaukat melihat telatah abang nya itu. Makin dia suka mengusik Mil. "Kita tengok nanti. Haha".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience