]Hubungan Adel dan Izzat baik seperti biasa. Persiapan perkahwinan mereka hampir separuh siap, tapi masih ada barang yang Adel ingin beli untuk masjlis perkahwinannya. Sedang Adel sibuk memikirkan tentang barang hantaran mereka, Izzat pula kelihatan termenung panjang. Adel yang perasan Izzat tidak memberi perhatian terhadapanya cuba menegur Izzat.
"Abang okay ke? " soal Adel sambil memegang bahu Izzat. Cuba mengejutkan tunangnya yang sedang termenung tu.
"Ha, kenapa sayang " Izzat terkejut dengan tingkah Adel.
"Sayang tanya, abang okay ke? " soal Adel kali kedua kepada tunangnya itu.
"Abang okay, cuma penat sikit laa sayang" Izzat menarik nafas panjang dan lepaskan dengan perlahan. Adel hanya pandang Izzat, tidak puas hati dengan jawapan Izzat.
"Ada problem ke abang?" Adel cuba memujuk Izzat untuk bercerita jika Izzat ada masalah.
"Sayang, abang cuma penat je, ye laa kita nak nikah tinggal lagi dua bulan, so banyak benda abang kena fikir " terang Izzat untuk bagi Adel faham dan mengelak berlakunya salah faham.
"Betul gak kan, kesian abang. Kalau abang nak balik rumah dan berehat, balik la dulu. Sayang boleh balik rumah sendiri " kata Adel. Mengambil berat kesihatan Izzat.
" Tak boleh macam tu, kita balik sama-sama, nanti apa-apa jadi dekat sayang" Izzat risaukan keselamatan Adel jika dia biarkan Adel sorang-sorang.
Ketawa Adel " Abang, sayang da besar la "
"Da besar or kecik ke, tetap tak boleh. Sayang kena balik dengan abang gak. Please jangan degil " Izzat merayu bila lihat Adel tidak puas hati.
"Abang ini kan, suka tak percaya dekat sayang kan. Sayang boleh tahan teksi untuk balik, tak pun sayang call abah suruh ambik " Adel mula luahkan ketidakpuasan hatinya.
"Bukan tak percaya, tapi sebab abang sayang la, abang tak bagi sayang balik sendiri. Abang risaukan keselamatan sayang. Kita balik sama-sama eh " Balas Izzat dengan nada yang lembut untuk memujuk Adel.
"Tapi " belum sempat Adel berkata Izzat tersenyum dan Adel hairan melihat Izzat senyum.
"Apa kata lepas ini kita pergi makan ais krim magnum nak tak?" Izzat terus menggunakan taktik untuk cairkan Adel yang dalam keadaan tidak puas hati itu.
"Oh pandai eh nak ambik hati orang" kata Adel sambil tersenyum bahagia.
"Tak payah ambik pun, da dapat. Lagi dua bulan da jadi hak milik tau" Izzat berkata dengan nada romantik dekat Adel.
"In shaa allah " sambung Adel. Nampaknya Izzat berjaya memujuk Adel.
Selepas mereka membeli-belah, Izzat membawa Adel menikmati ais krim magnum di Magnum Cafe yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya. Adel teruja memilih topping untuk ais krim nya. Izzat melihat Adel dengan wajah yang riang, tersenyum gembira. Tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan panggilan call yang menanti. Izzat pelik melihat no private yang tertera di skirn handphonenya, lalu diangkat panggilan tersebut.
"Assalamualaikum, siapa ini? " Izzat menyoal pemanggil tersebut.
"Izzat can we meet? " soal gadis di talian.
"Siapa awak? " Izzat ingin mengetahui pemanggil itu.
" It's me " jawabnya lagi.
"Siapa? " belum sempat Izzat berkata lagi, panggilan tersebut diputuskan.
"Kenapa ini abang? " soal Adel apabila melihat Izzat termenung. Ais krim di tangan Adel diberikan kepada Izzat.
"Tadi ada orang call abang, dia cakap bila boleh berjumpa. Bila abang tanya siapa, panggilan itu terputus." Panjang lebar Izzat cerita. Adel mendengar dengan penuh fokus sambil makan ais krimnya itu.
"Mungkin orang itu kenal abang kot " balas Adel yang cuba positif.
"Sayang kalau dia kenal abang, kenapa tak perkenalkan diri dia je. Kan senang kalau macam itu " Izzat membalas.
"Betul gak kan abang, takpe laa biarkan. Kalau ada hal penting mesti dia call balik kan" Adel cuba untuk tenangkan Izzat.
"Ye laa, sayang da habis makan ke?, jom kita balik rumah " Izzat bangun selepas melihat Adel menghabiskan gigitan terakhir ais krimnya itu.
Dalam perjalanan pulang Izzat banyak diamkan diri, Adel malas ingin bertanya kerana takut mengganggu Izzat yang hilang begitu fokus memandu. Selesai mengantar Adel pulang, Izzat terus memandu menuju ke tasik yang terletak di bandar Shah Alam itu. Di tasik itu la Izzat sering menyendiri untuk tenangkan perasaan jika dirinya menghadapi masalah. Semakin banyak masalah yang difikirkan. Tentang mimpinya itu, tentang panggilan telefon lagi.
"Termenung jauh nampak " tegur seseorang yang kemudiannya duduk disebelah Izzat.
Izzat kelihatan terkejut melihat orang yang duduk disebelahnya itu.
"Macam mana you boleh ada dekat sini? " Soal Izzat kehairanan.
"I pernah datang tempat ini before i pindah " balas gadis itu sambil tersenyum.
"I tak tahu pun you pernah datang sini " balas Izzat bingung.
Ketawa gadis tersebut. "Izzat cepat sangat you lupakan i" .
"Kita pernah jumpa ke sebelum ini " kata Izzat lagi. Cuba mengingati jika mereka pernah berjumpa.
"I got to go now, we meet again later " balas gadis itu sambil meninggalkan Izzat.
Izzat perhatikan gadis itu sehingga hilang dari pandangannya. Dirinya semakin keliru dengan apa yang berlaku, semakin dekat tarikh pernikahannya semakin kerap dirinya berjumpa gadis tersebut. Seperti ada sesuatu yang pernah berlaku kepada mereka berdua sebelum ini. Tapi semakin kerap berfikir, Izzat buntu kerana tidak jawapan bagi setiap yang berlaku ini. Akhirnya dengan langkah yang malas Izzat bergerak ke keretanya untuk pulang rumah.
****************
"Adel kenapa termenung ini " tegur Puan Noor apabila melihat anaknya itu diam.
"Mama, Adel rasa macam tak sedap hati " balas Adel meluahkan isi hatinya.
"Kenapa ini Adel, perasaan itu datang lagi ke?" Puan Noor teringat anaknya pernah berasa tidak sedap hati sebelum ini. Mintak-mintak tiada apa yang berlaku kepada anaknya itu. Perkahwinan mereka tinggal lagi dua bulan. Itu yang merisaukan Puan Noor.
Adel mengangguk kepalanya. Puan Noor usap rambut Adel untuk tenangkan hati anaknya itu.
"Adel cuba buat solat istikharah, mintak petunjuk dari-Nya. Tapi dengan semua petunjuk yang Adel dapat terima dengan hati yang reda" Puan Noor memberi idea kepada Adel untuk selesaikan masalahnya itu.
"In shaa allah mama, nanti Adel buat " balas Adel sambil tersenyum hambar. Puan Noor faham anaknya cuba untuk menutup sedih dihatinya itu dengan senyum.
"Mama, Ira mana? Senyap je tak dengar suara dia" soal Adel apabila melihat rumahnya sunyi tanpa suara Maira.
"Ira keluar tadi, katanya mahu berjumpa kawan dia" balas Puan Noor pulak.
"Pelik, dia ada kawan dekat sini ke ma? " Adel hairan dengan jawapan yang diberikan oleh Puan Noor.
"Mungkin dia jumpa kawan sekolah lama dia kot" Puan Noor menjawab pulak.
"Betul gak kan ma" kata-kata mamanya itu ada betul gak. Ini kerana sebelum Maira berpindah ke luar negara, dia pernah bersekolah di sini. Mungkin kawan sekolah lamanya itu ingin berjumpa. Bisik hati Adel.
Share this novel