Kereta BMW nya itu bergerak dengan laju menuju ke rumah sewa Am. Tak sampai setengah jam Mil sampai. Pintu kereta di tutup. Dia perhatikan rumah teres itu. Halaman rumah itu nampak bersih seperti di jaga dengan baik.
'Pembersih jugak budak ini'. Desir hatinya. Langkah kakinya di atur masuk ke rumah sewa Am itu.
"Assalamualaikum". Laung Mil. Pintu rumah di ketuk sambil memberi salam.
-Am baik kau bukak sekarang. Aku dah bagi salam lebih dari 3 kali ini. Kalau kau tak bukak jugak aku blah- pesanan mesej di hantar. Hatinya tiba-tiba panas bila menunggu terlalu lama.
5 minit kemudian Am membuka pintu sambil tersengih. Mil masuk rumah sambil menjeling tajam ke arah Am.
"Rileks la bro. Aku dalam toilet kot tadi. Kau ini tak 'nikmat' kot bila kena kacau". Balas Am sambil menutup pintu.
"Kau sempat basuh tangan tak?". Soal Mil sambil membuat muka geli. Dia duduk di kerusi panjang milik Am.
"Eh cakap itu baik sikit. Aku basuh tangan siap guna Dettol lagi kot. Segala nenek tokwan bakteria takde tau". balas Am sambil bau tangannya itu.
"Kau nak minum air tak?". Soal Am lagi.
"Tak payah. Aku buat sendiri. Nanti tak pasal-pasal aku dapat diarrhea kot". Ucap Mil sambil ketawa terbahak-bahak. Mil bangun dan menuju ke dapur. Peti ais dua tingkat itu di buka sebelum kepalanya masuk untuk melihat jika ada sebarang minuman yang boleh mereka minum.
"Wey. Tolong ambik juice oren aku". Laung Am di ruang tamu. Mil perhatikan lagi jika ada kotak atau botol yang bertulis juice oren.
"Kau kalau nak kelentong aku memang tak la sengal. Aku mencari merata-rata kot dalam peti ais kau ini". Jerit Mil dengan nada suara seperti marah. Tergopoh-gopoh Am hampiri Mil. Di ambik bekas kecil seperti mangkuk yang di isi cecair seakan berwarna oren.
"Kau ini. Aku tak sangka perangai kau macam ini kan". Sindir Mil lagi. Am buat muka selamba sebelum melangkah ke ruang tamu. Mil geleng kepala sebelum mengambil air sejuk sahaja.
"Air sejuk je bro". Tanya Am. Mil buat tak tahu sambil mengunyah kerepek pedas yang di letakkan dalam balang. Merah wajahnya bila mengigit kerepek yang pedas itu.
"Nah minum air dulu. Jap apa hal kau datang cari aku sampai sini". soal Am kembali sambil hulurkan gelas yang berisi air sejuk itu kepada Mil.
"Salah ke nak melawat kau?". Soal Mil. Air sejuk itu di teguk sehingga habis.
"Kau kalau ada masalah je baru nak melawat aku". Sindir Am balik.
"Aku ada problem. Pasal perempuan". Balas Mil kembali.
"Pasal perempuan?" Soal Am sebelum ketawa terbahak-bahak bila mendengar luahan dari Mil.
"Serius la bro. Aku ada problem besar kot". Balas Mil.
Am berhenti ketawa. Matanya yang berair itu dikesat dengan tangan sebelum kembali serius.
"Cerita lah apa masalah kau tu? kalau boleh aku tolong. In shaa allah aku tolong". Balas Am kembali.
"Adik angkat aku". Ringkas Mil membalas.
"Oh adik angkat. Eh kejap adik angkat? Sejak bila kau ada adik angkat ini?". Terkejut Am bila mendengar jawapan dari mulut Mil.
"Aku pun tak tahu yang aku ada adik angkat". Balas Mil dengan bersahaja. Fikirannya terbayang wajah comel Adel itu.
"Wey aku confuse la". Kata Am lagi dengan wajah makin keliru.
"Dia itu anak angkat mak bapak aku. Secara tak langsung jadi adik angkat aku la kan. Sekarang ini dia baru putus tunang dan jiwa dia tengah kacau. Aku cuma nak bantu stabil kan balik emosi dia je". Terang Mil lagi.
"Wey ada apa-apa ke ini?". Soal Am bila melihat tingkah laku Mil yang berlainan bila ceritakan tentang adik angkatnya itu.
"Aku rasa dah jatuh cinta dekat dia lah. Kau rasa aku patut buat apa sekarang?". Balas Mil sambil harapkan pertolongan dari Am.
"Okay. Sekarang aku tolong kau fikirkan cara nak gembirakan dia dan pada masa yang sama tackle hati dia". Di lihat Mil yang sudah tersengih lebar.
"Kau member aku dunia akhirat jadi mesti lah aku tolong kau sampai kau dapatkan dia". Kata Am lagi.
"Sekarang apa idea kau?". Soal Mil dengan perasaan tidak sabar.
"Mula-mula kau kena start kenal hati budi dia sambil itu cuba faham apa yang dia suka". Kata Am lagaknya seperti doktor cinta. Mil hanya mengangguk faham.
Am kemudian bangun dari kerusi dan berjalan ke hulu ke hilir di hadapan Mil. Mil buat muka hairan dengan perangai kawan nya yang tiba-tiba pelik itu.
"Mil belanja aku makan mee goreng mamak. Otak aku blank balik la". Balas Am sambil duduk depan Mil.
"Jom". Balas Mil .Am tersengih gembira dan berlari ke bilik untuk menukar pakaian.
******
"Morning Ibu". Sapa Mil bila selisih dengan ibunya itu di tangga.
"Morning. Tak masuk kerja ke hari ini?". Soal Datin Rokiah bila melihat Mil memakai pakaian kasual.
"Tak. Cuti. Ibu Adel dekat mana?". Tanya Mil bila tidak kelihatan kelibat Adel.
"Ada dekat dapur tu". Ucap Datin Rokiah .
"Dia dah okay ke? Masih sedih lagi ke?". Soal Mil ingin mengambil tahu.
"Ibu tak tahu la nak cakap macam mana. Nak kata okay tak jugak". Kata Datin Rokiah sambil mata nya merenung wajah Mil.
"Sekarang ibu rasa Mil patut buat apa?". Tanya Mil untuk meminta pendapat ibunya itu
"Pergi tanya sendiri keadaan dia. Mana tahu Mil boleh gembirakan hati dia". Ketawa Mil bila mendengar andaian ibunya itu.
"Ibu ini ada-ada je la". Balas Mil sambil kakinya pantas melangkah ke dapur.
Di lihat dari jauh Adel sedang mengacau air di dalam teko. Mil berjalan ke arah Adel sambil lemparkan senyum dekat Mak Iti yang pelik melihat dirinya.
"Ehem. Jangan letak gula banyak-banyak sangat tau sebab orang yang buat air ini dah cukup manis". Mil menegur Adel yang sedang khusyuk mengacau air itu. Adel terkejut dan memandang Mil. Di rasa air itu untuk elakkan dari terletak gula lebih.
"Kenapa abang nampak muka Adel macam pucat je. Tak sihat ke? Atau Adel masih fikirkan tentang semalam?". kata Mil lagi.
"Adel okay". Balas Adel. Teko itu di letakkan dalam dulang bersama cawan sebelum di bawa ke meja makan. Mil mengekori langkah Adel.
"Adel kalau dia masih ganggu. Bagi tahu abang. Biar abang ajar dia cukup-cukup". kata Mil lagi. Adel berpusing dan pandang Mil sebelum senyum manis. Terpegun Mil melihat senyuman manis itu.
"Abang. Adel okay. Jangan risau dia tak akan ganggu Adel. Terima kasih sebab ambil berat". Ringkas Adel membalas. Mil angguk kepala.
"Mil, Adel jom makan. Kenapa berdiri je dari tadi. Mari duduk". Pelawa Datuk Azman. Terkejut Mil dan Adel bila melihat Datuk Azman yang tiba-tiba berada di situ. Mereka duduk di kerusi masing-masing sebelum menjamu selera setelah Datin Rokiah menyertai mereka.
Share this novel