Bab 28

Romantic Comedy Series 49289

"Hmm. Nama kau siapa?". Tegur Syaukat ketika dia melihat Adel sedang minum air.

Air yang di minum Adel tersembur keluar di sebabkan terkejut dengan teguran dari Syaukat.

"Eeeiii. Tak senonoh gila kau ini kan. Nama siapa?". Soal Syaukat lagi sambil buat muka kerek.

"Adel". Ringkas Adel membalas. Di ambil kain buruk untuk lap sisa air tumpahan itu.

"Well Adel. Kau jangan ingat kau boleh senang-senang duduk rumah aku. Aku cukup anti dengan orang luar ini". Bisik Syaukat di telinga Adel.

"Oh satu lagi kau jangan mimpi nak jadi mem besar dalam rumah ini. Faham!". Bentak Syaukat kembali.

Adel hanya mengangguk faham tanpa bersuara. Dia segera membasuh gelas yang di minum nya itu. Dia takut duduk berdua-duaan dengan Syaukat di dapur itu.

"Nak pergi mana? Aku tak habis cakap lagi". Langkah kaki Adel terhenti. Dia mengeluh dan kembali memandang Syaukat.

"Buat kopi untuk aku". Arah Syaukat kepada Adel. Kening Adel terangkat.

"Apa pandang-pandang. Buat sekarang la". Ucap Syaukat lagi sambil berlalu meninggalkan Adel. Senyuman terbit dari mulutnya ketika berselisih bahu dengan Adel.

Adel pantas bergerak ke kabinet dapur dan mula mencari serbuk kopi dan gula. Tidak sampai 3 minit dia sudah siapkan kopi o panas untuk Syaukat. Di bawa cawan kopi itu menuju ke arah Syaukat yang sedang menonton televisyen.

"Kopi kosong je? Biskut takde ke?". Soal Syaukat dengan serius.

Adel berpatah balik ke dapur dan segera mengambil balang biskut dan meletakkan di hadapan mata Syaukat. Tersenyum sinis Syaukat bila melihat Adel yang patuh menuruti segala arahannya itu.

"Sekarang kau.." Ayat Syaukat mati bila melihat Mil yang sedang menuju ke arah mereka.

"Buat apa tu?". Soal Mil kembali. Di lihat wajah Adel dan Syaukat silih berganti.

"Nothing. Huh! Tak sedap kopi kau buat. Pahit!". Kata Syaukat bila merasa kopi yang di buat oleh Adel.

"Mari sini abang rasa. Ha Adel duduk la. Kenapa diri je dari tadi". Mil mengambil cawan yang di pegang oleh Syaukat sebelum merasa air kopi yang di bancuh oleh Adel. Manis dan sedap!

Di pandang muka Syaukat dengan perasaan tidak puas hati. "Sedap je abang rasa".

"Tak. Kat tak suka". Syaukat bangun dan meninggalkan Mil dan Adel.

"Abang mintak maaf bagi pihak Kat".
Ucap Mil bila melihat Syaukat hilang dari pandangan mata mereka.

"Takpe. Adel faham. Bukan senang dia nak terima orang luar dalam hidup dia". Balas Adel sambil tersenyum manis.

"Kalau dia buli Adel. Bagi tahu abang tau. Tahu la abang nak kerjakan dia tu". Balas Mil kembali. Risau dia jika Syaukat terus membuli Adel.

"Takpe Adel okay je". Balas Adel sambil tersenyum manis.

"Pandai Adel buat air kopi ini. Sedap!. Abang suka". Puji Mil. Syaukat yang dari jauh mendengar perbualan antara Adel dengan Mil mencebik marah.

"Sejak bila abang baik dengan dia ini?". Soal Syaukat yang menghampiri Mil dan Adel.

"Sejak dua menjak ini. Ingatkan Kat dah tidur". Balas Mil.

"Tak boleh tidur. Malam ini ada bola kan?".

Mil hanya mengangkat bahu tanda tak tahu "Entah lah".

"Abang Adel naik bilik dulu ye".

"Eh kau ini! Mengada sungguh. Pergi je la tidur. Tak payah nak bagi tahu. Bukan ada orang kesah pun". Sindir Syaukat.

"Kat!. Okay Adel pergi la tidur. Goodnight. Assalamualaikum". Mil menegur tingkah laku adik nya itu.

"Goodnight abang. Waalaikumsalam". Adel membalas dengan perlahan sebelum dia hilang naik ke bilik.

"Kenapa buat macam tu? Cuba baik sikit dengan Adel". Marah Mil bila fikirkan tentang kelakuan Syaukat tadi.

"Buat apa? Alaa setakat nak mintak tolong bancuh kopi tu apa la sangat. Bukan Kat dera dia pun. Kat bagi dia pahala free kot". Macam biasa Syaukat akan membela diri.

"Abang tengok Kat sihat je. Kenapa tak buat sendiri? Sampai nak suruh orang buat kan".

"Dah dia ada dekat situ. Kat mintak la tolong dia. Bukan kesalahan besar pun mintak dia buat kopi".

"Hmm. Abang nak pesan satu je .Jangan buli Adel. Dia budak baik. Dan kalau jadi apa-apa dekat Adel. Abang cari Kat dulu. Faham!". Balas Mil. Dia bangun meninggalkan Syaukat. Marah dia masih tersisa lagi.

"Sorry abang. I'll follow my own way". Ucap Syaukat perlahan. Keluhan di lepaskan.

*********

"Kau asal? Bad mood je dari tadi". Soal Am bila melihat wajah tegang Mil dari pagi sampai tengah hari.

"Huh!". Keluhan dari mulut Mil menandakan dia dalam keadaan tidak okay. Fail di atas meja di tolak dengan kasar. Tali leher di longgar.

"Tak nak share ke?". Am bertanya dengan lembut.

"Adik aku dah balik!". Mil bersuara perlahan. Kepala nya terasa berdenyut-denyut.

"Adik kau buat hal lagi ke? Apa masalahnya?". Tanya Am.

"Dia tak suka Adel. Aku risau dia buli Adel. Kau pun tahu kan perangai gila adik aku tu macam mana". Mil meluahkan perasaan nya kepada Am.

"Aku tahu. Tapi tak mungkin adik kau nak buat perangai lama dia lagi. Dia dah 24 kot. Dah dewasa nak buat perangai budak-budak tu lagi". Balas Am kembali.

"Dia tu bukan boleh percaya. Arghh! Aku risau laa. Apa la pulak rancangan dia kali ini". Am hanya mendengar sahaja luahan Mil.

"Aku rasa baik kau tanya adik kau tu elok-elok. Mana tahu dia nak share ke plan dia".

"Tak. Dia tahu aku akan backup Adel. Sampai bila-bila pun dia takkan cerita".

"Kau cuba dulu korang kan rapat. Mana tahu dia nak share ke". Pujuk Am lagi.

"Nanti la aku tanya dia".

"Aku nak tanya ini". Am bersuara dengan serius.

"Apa?". Soal Mil sambil angkat kening. Wajahnya sudah tidak setegang tadi.

"Macam mana plan kita hari itu? Kau dapat tackle dia tak?". Soal Am lagaknya seperti seorang detektif.

"Alhamdulillah okay. Hubungan kitaorang dah makin rapat. Cuma nak ambik hati dia tu macam susah sikit la". Am angguk kepala mendengar penjelasan dari Mil.

"Takpe slow-slow dulu. Lagi pun dia baru putus tunang kan. Aku tak rasa dia boleh bukak hati dia untuk mana-mana lelaki buat masa sekarang ini".

"So aku patut buat apa?".

"Buat masa sekarang ini. Kau care pasal dia. And protect dia dari adik kau tu". Am bagi nasihat kepada Mil.

"Thank bro".

"Thank je? Makan-makan takde ke?. Aku dah lapar gila ini. Jom la makan".

"Kau asyik makan je kan. Tapi yang aku hairan badan kau tak naik pun".

"Kau tak tahu. Aku selalu dating dengan Cik besi dumbell. Sebab tu badan aku nampak tough. Dah jom makan sebelum aku collapse dekat sini".

"Patut la. Dah jom makan". Mereka meninggalkan bilik pejabat Mil dan bergerak menuju ke kedai Nasi Kandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience