"Nur Maira Irsyirah Bt Abdull Hashim. Stop it" ucap Adel yang sedikit mengah mengejar sepupunya itu.
"Nurul Adelia Syamim Bt Abdull Haris cuba la kejar kalau dapat" kata Maira yang ketawa melihat Adel berlari ke arahnya.
"Maira berhenti sekejap. Aku nak pergi toilet ini" kata Adel yang kebetulan nampak tandas.
" You have 10 minutes" jerit Maira sambil mencari tempat duduk sementara menunggu Adel. Maira memilih untuk berehat di tempat duduk yang telah disediakan untuk orang ramai lepaskan penat. Tiba-tiba datang seorang remaja lelaki menuju ke tempat duduk Maira.
"Hai boleh saya duduk?" tanya remaja lelaki yang berpakaian kasual baju sukan itu.
"Duduk la kalau muka tak malu" Kata Maira malas melayan remaja disebelahnya itu.Dengan penuh selamba remaja itu duduk disebelah Maira. Maira perhatikan remaja di sebelahnya itu kelihatan seperti budak sekolah menegah . Jika dilihat wajahnya bukan familiar dengan senior-senior di sekolah. 'Mungkin budak dari sekolah lain kot'. Bisik hati Maira.
" Takpe laa saya pergi dulu.Harap kita dapat berjumpa lagi. Assalamualaikum " balas remaja tersebut sebelum beredar.
"Waalaikumsalam" ucap Maira dengan perlahan.
"Woi! Minah ini suka betul termenung jauh? Aku da berdiri dekat 15 minit kot" Balas Adel lagi. Jenuh dia mencari Maira selepas selesai melepaskan hajat.
"Kau ini nasib baik sepupu aku, kalau tak da aku smackdown kau kot". Balas Adel lagi bila melihat Maira masih termenung.
"Kau nampak tak ada satu mamat ini duduk sebelah aku?" Balas Maira.
" Ape yang kau merepek ini? Aku dari tadi tengak kau duduk sorang-sorang je la. Dan jangan nak merepek, jom balik nanti ada orang bising pulak". Adel malas nak ambik tahu apa yang Maira katakan.
"Tapi!" Kata Maira dipintas oleh Adel.
"Takde tapi-tapi. Da jom balik!" Adel menarik tangan Maira untuk pulang ke rumah.
Maira dengan kebingungan mengikut langkah Adel. Asalnya pelan mereka ingin mengeluarkan peluh dengan berjogging di tasik shah alam tapi tergendala dengan Adel yang tiba-tiba mengalami sakit perut gara-gara banyak makan buah limau. Dan paling tak disangka bertemu dengan seseorang yang Tak dikenali.
"Eh budak ini, termenung lagi. Penat aku cerita dekat kau. Boleh pulak termenung!" Marah Adel apabila melihat Maira masih termenung.
"Betul ke kau tak nampak budak tu?" Balas Maira ingin kepastian.
"Ya allah betul aku tak nampak mana-mana manusia yang duduk sebelah kau. Kau okay tak? " Dalam marah Adel risau melihat Maira masih termenung.
" Aku okay je. Cuma pelik la dengan mamat tu " Maira meluahkan isi hatinya.
"Pelik apa pulak. Mungkin dia nak berehat sekejap. Tu yang duduk sebelah kau". Adel memberi pendapat. Tak salah kalau ada orang nak tumpang duduk untuk hilangkan penat.
"Kita nak sampai da ini. Kau jangan nak buat muka moyok macam ini. Nanti jenuh aku nak kena menjawab dengan mak abah aku" Balas Adel lagi setelah nampak kawasan perumahannya. Maira disisi hanya diam sahaja sambil mengikut langkah Adel.
****************
"Hai saya Iskandar" ucap seseorang yang secara tiba-tiba duduk disebelah Maira. Maira yang dengan penuh semangat makan nasi lemak ayam goreng di kantin sekolah hampir tersedak kerana terkejut.Wajahnya terpamir perasaan tidak puas hati terhadap lelaki disebelahnya itu. Iskandar hanya tersenyum membalas jelingan Maira.
"Niat saya hanya untuk berkawan dengan awak Maira " ucap Iskandar lagi setelah Maira okay dari tersedak.
"Macam mana awak boleh tahu nama saya?" Soal Maira yang semakin pelik.
"Well I know everything about you" balas Iskandar lagi.
"I don't know about you" ucap perlahan Maira.
"So start know about me. I honestly want to be friend with you or mybe someone special for you". Balas Iskandar lagi. Maira hanya perhatikan Iskandar. Antara percaya atau tidak.
"You so funny" ketawa Iskandar melihat wajah Maira.
'Gila ke apa mamat ini! Aku tak buat lawak kot. Nak je aku cepuk laki ini! Okay sabar Maira kau kena bangun perlahan-lahan dan jangan layan dia' bisik hati Maira. Maira cuba bangun untuk tinggalkan Iskandar. Tapi pergelangan tangannya di pegang oleh Iskandar.
"Da kenapa pegang tangan saya ini?" Balas Maira yang cuba melepaskan tangan dari dipegang Iskandar.
"Awak tak nak teman saya makan ke?" Cakap Iskandar sambil setia mengunyah bihun gorengnya itu.
"Makan la sendiri. Saya da habis makan" kata Maira lagi. Ketika itu berapa pelajar yang sedang menjamu selera memerhati tingkah Maira dengan Iskandar.
Malu menjadi perhatian akhirnya Maira akur dan kembali duduk ketika Itu jugak Iskandar lepaskan tangan Maira.
"Awak yang saya jumpa dekat taman kan? Yang duduk sebelah saya?" Soal Maira apabila teringat pasal pertemuan mereka di taman.
"Yup i am" soal Iskandar lagi setelah sudahkan suapan yang terakhir
"So saya tak berangan la kan?" Soalan Maira dibalas dengan senyum.
"Eh kenapa tak nak cakap? " Marah Maira apabila Iskandar hanya senyum tanpa berkata-kata.
Kring! Kring!
Loceng sekolah menandakan waktu rehat telah tamat. Iskandar terus bangun meninggalkan Maira setelah ucap terima kasih kerana temankan dia makan. Maira hanya perhatikan langkah Iskandar. Dia cuba mengingati wajah Iskandar di antara wajah senior sekolah yang popular tapi satu pun sama dengan wajah Iskandar. Malas nak fikir Maira pun menuju ke kelas untuk kelas pelajaran yang seterusnya. Sejak dari itu Iskandar kerap berjumpa dengan Maira. Akhirnya hubungan mereka rapat sehingga la terjadi sesuatu antara mereka yang buat hubungan mereka renggang.
**************
Airmata mengalir apabila teringat kenangannya bersama Iskandar. Sambil menyesat airmata Maira bangun dan bergerak ke arah bingkai cermin di dalam biliknya itu. 'Aku mesti dapatkan dia! Dia hak aku! Bukan orang lain!' Bisik hati Maira.
Share this novel