"Mil tak tidur lagi ke? " tegur Datin Rokiah apabila melihat anaknya itu sedang membaca buku bertajuk Harper’s In Hell by Rob Shapiro.
"Belum lagi ibu, Mil nak habiskan bab ini, best pulak jalan ceritanya." Jawab Mil sambil terus membaca tanpa pedulikan ibunya yang sedang memerhati tingkah lakunya.
"Kesian anak ibu, terpaksa berkerja keras untuk kekalkan syarikat sampai takde masa untuk diri sendiri " Datin Rokiah mengusap kepala Mil.
Memang dirinya bersyukur sejak Mil mengambil alih jawatan ketua pengarah Azman Entreprise, suaminya banyak meluangkan masa dan melakukan amal ibadat bersamanya.
"Ibu, memang tanggungjawab Mil pun kan, kalau bukan Mil yang uruskan siapa lagi nak uruskan, lagi satu Mil bagi peluang tau untuk ibu dating dengan ayah" kenyit mata Mil mengusik ibunya.
Tersenyum Datin Rokiah melihat peribadi Mil yang cukup lengkap pakej menjadi suami orang. Handsome, bertanggungjawab, penyayang, menghormati orang tua dan paling penting cukup menjaga solat 5 waktunya walaupun sibuk memegang jawatan Ceo.
Tetapi tidak tahu dimana silapnya, hati Mil dilukai oleh insan yang amat dicintainya. Selama 5 tahun mereka bercinta dan mengenal hati budi masing-masing, tapi wanita yang dicintainya itu mintak putus dengan alasan Mil terlalu sibuk.
Sejak mereka putus, Mil menumpukan semua perhatian kepada pekerjaannya dan tidak pernah keluar dengan wanita lain kerana serik dalam bercinta.
"Ha ibu ada berita gembira nak bagi tahu Mil ini" kata Datin Rokiah apabila teringat Adel.
"Apa dia ibu?" Jawab Mil dan menutup bukunya itu.
"Ibu dengan ayah ada mengambil anak angkat. Comel orangnya sebab tu ibu berkenaan nak jadikan anak angkat. " panjang lebar Datin Rokiah bercerita.
"Anak siapa ibu ambik? " soal Mil sebelum setuju dengan ibunya.
"Anak kawan ayah, budak tu dah besar nak kahwin dah pun so jangan risau laa Mil. Kebajikan Mil dengan Syaukat tak terabai" Datin Rokiah tidak akan membezakan anaknya dengan Adel.
"Mil tak kesah ibu, sebab Mil tahu ibu teringin nak ada anak perempuan, tapi penerimaan Syaukat kita kena tahu jugak, takut nanti dia tak setuju" teringat Mil dengan perangai adik bongsunya itu. Bukan boleh mesra dengan orang yang tak dikenalinya.
"Soal Syaukat nanti ibu dengan ayah akan bagi tahu, lagipun sekarang adik kamu tu tengah final, ibu tak nak ganggu dia fokus" kata Datin Rokiah pulak.
"Baiklah kalau ibu dah cakap macam itu, so boleh Mil tahu siapa budak bertuah itu?" Mil kelihatan teruja untuk mengetahui siapa budak yang boleh lembutkan hati ibu bapanya untuk mengambil menjadi anak angkat.
"Namanya Adel, umur kalau tak silap ibu dalam 22 tahun, lepasan UiTM dan tak lama lagi bakal mendirikan rumah tangga" Panjang lebar Datin Rokiah bercerita tentang Adel.
"Interesting , tak sabar Mil nak jumpa Adel tu" Balas Mil sambil tersenyum.
"Boleh nanti ibu kenalkan Adel dekat Mil dengan Syaukat".
Mil mintak diri untuk masuk ke bilik setelah berbual panjang bersama ibunya. Di dalam bilik Mil termenung panjang memikirkan bagaimana penerimaan Syaukat terhadap Adel, walaupun dia tidak mengenali Adel namun hatinya cukup senang apabila mendengar nama Adel.
"Harap-harap Syaukat boleh terima kehadiran ahli baru dalam rumah ini " bisik hatinya itu.
*************
"Adel, Maira sudah-sudah la buat hantaran tu mari sini makan " tegur Encik Haris apabila melihat Adel dan Maria tekun menyiapkan barang hantaran.
"Abah kejap sikit je lagi, Ira kalau nak makan pergi la dulu " balas Adel sambil kelihatan serius siapkan barang hantarannya.
"Eh tak boleh, jom kita pergi makan sama lepas ini sambung balik" Maira tarik tangan Adel untuk pergi makan. Tersenyum Encik Haris dan Puan Noor.
"Baiklah" kata Adel.
Selesai makan mereka kembali menyiapkan barang hantaran tersebut. Adel bersyukur Maira datang menolong dirinya tanpa memikirkan perkara yang pernah berlaku.
"Maira petang ini aku nak keluar dengan Izzat kau ikut tau? " kata Adel apabila teringat janjinya untuk keluar bersama Izzat.
"Tak nak laa, nanti aku kacau korang pulak" balas Maira pulak.
"Alaa takde nye nak kacau kami jom laa ikut. Please" Adel buat muka comel untuk memujuk Maira.
"Yela aku ikut, dah cukup dengan muka comel kau tu, nanti gugur pulak bunga hantaran kau ini " ketawa Adel mendengar Maira cakap.
"Aku tahu la aku ini comel, so jangan la puji lagi " kata Adel sambil ketawa, akhirnya mereka berdua ketawa terbahak- bahak dan menarik perhatian Puan Noor yang kebetulan berada di dapur menyiapkan minum petang.
"Amboiii sampai ke dapur mama dengar, anak dara tak elok ketawa macam ini, nanti terkejut mak mentua dengar " Balas Puan Noor mengusik Adel dan Maira. Di letakkan pisang goreng sebelum duduk sebelah Adel.
"Ira ini orang ajak keluar tak nak pulak, so Adel guna laa taktik nak pujuk dia keluar ". Cakap Adel dengan penuh mulutnya makan pisang goreng.
"Ira kenapa tak nak keluar? nanti boleh la jalan-jalan dekat sini. Ha Adel waktu makan jangan bercakap tak elok tau nanti kamu dah nak kahwin " Puan Noor geleng kepala melihat tingkah laku Adel.
"Ira segan la Cik Noor, lagi pun Adel nak keluar dengan tunang dia". balas Maira.
"Kau tak payah nak segan sangat, aku keluar pun nak cari barang hantaran ,bukan nak dating pun" Adel menjelaskan kepada Maira.
"Dengar tu. Maira keluar teman Adel tau " balas Puan Noor sambil mengusap rambut lurus Maira .
"Okay " kata Maira sambil tersenyum.
Share this novel