Adel terjaga dari tidurnya yang panjang apabila dikejutkan oleh Datin Maimon. Terpinga-pinga dirinya apabila melihat rumah banglo 3 tingkat milik Datin Rokiah. Tidak disangka ibu bapa angkatnya itu berasal dari keluarga yang berada. Terbit perasaan kagum melihat rumah mewah yang besar itu.
"Pak Aziz jangan lupa angkat luggage Adel dan letakkan bersebelahan bilik Syaukat ye". Laung Datin Rokiah ketika sibuk mengangkat barang bersama Mak Iti merangkap pembantu rumahnya.
"Baik Datin". Pak Aziz patuh dengan arahan majikannya itu. Adel pada awalnya ingin membantu Pak Aziz untuk mengangkat luggage sendiri tapi ditergah oleh Pak Aziz dengan alasan dia tetamu rumah banglo 3 tingkat ini. Pantas dia memerhati persekitaran rumah keluarga angkatnya itu. Dia kagum melihat rekaan yang berunsurkan alam semula jadi itu sambil dia menuju ke arah pondok yang mengadap dengan kolam buatan yang menempatkan ikan emas sebagai perhiasan. Di pejamkan mata untuk merasa ketenangan disitu dengan mendengar bunyi air yang mengalir. Itu boleh dibuat therapy untuk menghilangkan kesedihannya.
"Sayang kenapa tak masuk rumah". Tegur Datin Rokiah apabila melihat Adel duduk di dalam pondok mini itu.
"Ibu!. Adel suka duduk sini. Tenang rasanya hati Adel". Adel bukak mata sambil tersenyum gembira.
"Adel boleh duduk selama mana Adel nak. Lagipun ibu boleh manja dengan anak ibu ini". Datin Rokiah membelai pipi tembam Adel itu.
"Terima kasih ibu. Oh Adel lupa nak call abah dengan mama". Adel memeluk ibu angkatnya seketika sebelum mencari telefun bimbit dalam beg tangan berjenama Pierre Balmain itu.
Datin Rokiah bangun meninggalkan Adel untuk memberi ruang Adel bercakap dengan ibu bapanya. Dia melangkah menuju ke arah dapur untuk menolong Mak Iti menyediakan minum petang mereka. Memang menjadi kebiasaan untuk dia menolong Mak Iti melakukan kerja rumah kerana itu juga sebahagian dari tanggungjawab dia menjaga makan pakai suami dan anak-anaknya. Dia tak suka menyerahkan tanggungjawab kepada pembantu rumah yang sudah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri.
"Mak Iti nak buat kuih apa ini?" Datin Rokiah duduk dihadapan Mak Iti yang sedang memotong daun kucai untuk membuat cucur.
"Kita buat cucur udang nak tak? Sedap makan dengan kuah kacang". Mak Iti tersenyum menampakkan gigi palsunya yang bersih itu. Datin Rokiah dengan pantas bangun menuju ke peti ais untuk mengambil udang dan mula mengopek kepala udang dengan berhati-hati takut tercucuk muncung udang yang tajam itu.
"Ibu buat apa ini?" Adel menegur ibunya yang khusyuk mengopek kepala udang.
"Cucur udang. Adel pergi mandi dulu. Sikit lagi ayah dengan abang Mil nak balik. Siap-siap ye sayang. Oh kiblat rumah ini straight je tau". Datin Rokiah memandang muka Adel sebelum fokus dengan kerjanya.
"Adel ikut je laa cakap ibu itu. Ibu kamu bila da start buat masak. Terlalu fokus". Ketawa Adel mendengar Mak Iti mengusik Datin Rokiah. Lantas dia duduk disebelah Mak Iti untuk bersalam tapi ditolak Mak Iti dengan alasan tanganya masih kotor.
"Mak iti ini suka kacau Kiah kan. Kiah kena focus baru makanan yang dimasak jadi perfect". Balas Datin Rokiah sambil membuat anak tangan tanda bagus sebelum menyambung kerjanya. Adel ketawa mendengar usikan ibu dan Mak Iti sebelum mintak diri untuk bersihkan diri.
Adel melangkah menuju ke arah biliknya yang terletak di tingkat 3. Dengan penuh berhati-hati Adel mendaki tangga sambil memerhati bingkai gambar yang tergantung disetiap dinding menghiasi tangga.
Pandangnya terpaku dengan bingkai potret gambar keluarga Datin Rokiah. Diamati wajah teruna anak-anak Datin Rokiah yang menarik perhatiannya. 'No bad! Handsome tapi mana satu si abang dan si adik'. Bisik hati Adel sebelum melangkah memasuki biliknya itu.
Setelah selepas membersihkan diri dan menunaikan kewajipan solat. Adel membuka luggage dan mencari tudung bawal berwarna biru untuk dipadankan dengan baju t-shirt lengan panjang yang berwarna biru cair itu. 'Okay da cantik'. Balas Adel sambil tersenyum melihat wajahnya di cermin besar itu. Adel melangkah dengan berhati-hati untuk turun ke ruang tamu. Dari jauh dia mendengar suara orang sedang ketawa dan suara Datin Rokiah yang rancak bercerita.
"Adel mari sini sayang. Ibu nak kenalkan dengan abang Mil". Panggil Datin Rokiah apabila terpandang Adel yang mahu menuju ke dapur. Malu agaknya.
Adel berhenti apabila mendengar namanya dipanggil. 'Bismillah' dan Adel memusingkan badan untuk mendapatkan Datin Rokiah yang setia menunggunya. Ketika berjalan Adel terasa seperti diperhatikan oleh seseorang. Akhirnya Adel duduk disebelah Datin Rokiah yang menghadap Datuk Azman dan Mil. Lantas pandangannya di tunduk hormat serta malu untuk bertentang mata dengan anak teruna Datin Rokiah tersebut.
"Perkenalkan ini Mil. Adel kena panggil abang tau sebab Mil lagi tua dari Adel". Rancak Datin Rokiah bercerita. Adel masih lagi menunduk muka kerana malu untuk memandang abang angkatnya yang dari tadi perhatikan dirinya.
"Adel kalau perlukan apa-apa pertolongan mintak saja dekat Mil okay?. Ha Mil kenapa tenung anak ibu macam itu?" Tegur Datin Rokiah bila melihat pandangan Mil terhadap Adel. Tajam betul pandangan tu. Di lihat Adel masih lagi malu hendak mengangkat muka.
"Ini ke anak angkat ibu?!. Yang selalu ibu cerita itu?" Soal Mil sambil mengangkat kening melihat Adel. Adel kecut perut mendengar suara garau milik Mil.
Mil perhatikan wajah Adel. 'Comel!'.
Datin Rokiah angguk kepala sebelum bersuara "Ini amaran ibu. Jangan cuba nak buli anak perempuan ibu." Datin Rokiah dapat membaca hati Mil yang ingin menyakat Adel. Adel mengangkat muka. Terharu dengan kasih sayang Datin Rokiah yang tidak berbelah bagi terhadapnya.
"Okay madam". Balas Mil sebelum melihat wajah comel Adel. Adel bertambah malu apabila bertentang mata dengan Mil.
'Merahnya muka. Hmm bertambah comel. Agaknya kalau senyum macam mana eh'. Hati kecil Mil berbisik.
Adel yang tidak senang dengan pandangan Mil terus meminta izin untuk menolong Mak Iti di dapur. Terkedek-kedek Adel berjalan supaya cepat sampai ke dapur. Datuk Azman yang dari tadi memerhati terus ketawa melihat telatah Adel dan Mil. Datin Rokiah menjeling tajam ke arah suaminya yang ketawa tidak henti-henti.
"Abang ini kenapa ketawa macam tu? Apa yang lawaknya!" Datin Rokiah merungut perangai suaminya.
"Kelakar la tengok telatah anak perempuan awak. Takut sangat tengok muka Mil". Balas Datuk Azman lagi. Ketawanya terus mati. Tanda serius apabila melihat isterinya tarik muka. Merajuk la tu!. Mil yang dengar namanya disebut tersenyum sumbing kepada ibu bapanya. Fikirannya merewang teringatkan Adel.
"Ini lagi seorang budak bertuah!. Da solat ke belum?. Termenung pulak dia". Datin Rokiah menegur Mil yang dari tadi duduk statik tak bergerak selepas berjumpa dengan Adel.
"Mil da solat dekat office tadi. Rilex la ibu. Mil tak sekejam itu nak membuli anak perempuan ibu". Mil bergerak mengambil cucur udang yang berada dihadapannya itu. Dimasukkan dalam mulut. Sedap pulak cucur udang ini. Dikunyah dengan perlahan untuk menghayati kesedapan cucur udang dan kecomelan Adel yang memenuhi ruang otaknya itu.
Datin Rokiah mintak diri untuk ke dapur. Risau betul dia dengan Adel yang masih malu itu. Sementara itu Datuk Azman perhatikan tingkah laku anak terunanya. Berlainan benar selepas berjumpa dengan Adel. Dia tersenyum dan mengambil cucur udang dan terus mengunyah sehingga habis. Sedap!.
Share this novel