Bab 14

Romantic Comedy Series 49289

"Are you kidding me?" Izzat mencengkam pergelangan tangan Maira. Sukar dirinya menerima takdir tersebut.

"Sakit la dear" lirih sekali suara Maira. Cuba melepaskan tangannya dari dicengkam oleh Izzat. Air matanya sedaya upaya cuba ditahan dari keluar.

"Dimana budak itu sekarang?!" Izzat sudah hilang kewarasan akal, yang menguasai dirinya ketika itu hanya kemarahan terhadap Maira.

"Ada bersama parent I" Maira cuba berlagak tenang walaupun sedikit gementar melihat wajah bengis Izzat itu. Peristiwa dulu kembali berputar dalam fikirannya.

"Lelaki atau perempuan?" Soal Izzat lagi.

Maira hanya diamkan diri. Izzat memandang wajah Maira mengharapkan jawapan dari Maira.

"Bagi tahu la lelaki atau perempuan anak aku tu?" Jerkah Izzat lagi apabila melihat Maira masih mendiamkan diri.

"Anak you? Wah! Setahu I you tidak pernah mengaku anak itu dari benih you". Maira tersenyum sinis terhadap Izzat. Cuba untuk kelihatan tabah berhadapan dengan Izzat.

"How dare you! I'm asking about my son. Just tell me the truth." Izzat sudah bosan dengan sikap Maira.

"I don't care! You mesti bertanggungjawab. I masih isteri you yang sah! Remember this, you tak pernah ucap lafaz talak kepada I" sekali lagi Maira memohon Izzat kembali kepadanya.

"I will responsible if you tell the truth". Izzat cuba bertenang Dan memujuk Maira. Terlalu banyak rahsia yang dipendam oleh wanita tersebut.

"This! He name Muhammad Danial Syafiq Bin Muhammad Izzat Iskandar. Umur 5 tahun dan sampai sekarang dia berharap dapat jumpa daddy dia iaitu you." Maira menghulurkan iphone miliknya yang terpampang wajah comel kanak-kanak lelaki.

Izzat memerhati wajah kanak-kanak tersebut. Memang dia mengaku wajah kanak-kanak itu mirip wajahnya ketika kecik. Keluhan dilemparkan kerana begitu keliru dengan apa yang berlaku. Disaat dirinya ingin mendirikan rumah tangga bersama Adel, Maira datang menutut hak yang selama ini diabaikan. Dia tak sanggup untuk menduakan Adel dan kecewakan Maira yang banyak berkorban membesarkan anaknya itu.

"Izzat I cuba mintak you bertanggungjawab terhadap I dengan Danial " kata Maira sambil memegang tangan Izzat. Izzat melihat cincin kahwin mereka Di jari telunjuk Maira.

"Bagi I masa untuk fikirkan semua ini". Setelah mendiamkan diri akhirnya Izzat bersuara.

"Baiklah" ringkas tutur kata Maira. Dihadapannya Izzat tidak lagi marah atau bengis tapi terpamir wajah kesedihan. Dia faham mesti berat dugaan Izzat tapi dia mesti perjuangkan haknya. Baginya Adel merampas kebahagiaan jika Izzat meneruskan perkahwinan bersama Adel.

Izzat bangun dan melangkah menuju ke arah parking keretanya itu. Maira hanya mengikut langkah Izzat tanpa sebutir kata ketika itu.

*************

"Adel aku ada sesuatu nak bagi tahu kau". Adel menghampiri Maira untuk mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh Maira.

"Ha apa dia?" Balas Adel dengan muka yang cukup focus kepada Maira.

"Adel kau serius ke nak kahwin dengan Izzat?". Adel hanya memandang hairan terhadap soalan Maira.

"Apa kau merepek ini. Mesti la aku nak kahwin dengan Izzat". Tergelak Adel dengan soalan Maira.

"Kau yakin dia memang jodoh kau?" Soalan Maira lagi. Adel terdiam apabila disoal macam itu.

"In shaa allah aku yakin dia jodoh aku! Eh bukan tadi kau nak cakap sesuatu ke? ". Adel cuba yakinkan hatinya itu supaya tak tergugat dengan soalan Maira.

"Apa eh aku nak tanya? Aku lupa la" Maira pura-pura lupa untuk bercerita kepada Adel. 'Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku ceritakan kepada kau Adel'. Bisik hati Maira.

"Kau ini aku ketuk nanti. Tadi beria-ia nak cerita. Sekarang boleh lupa pulak". Adel merungut kepada Maira. Maira hanya tersenyum.

"Eh da malam ini aku masuk bilik dulu la". Maira mintak diri untuk ke biliknya. Ketika ingin bergerak, tangannya dipegang oleh Adel.

"Kau okay ke ini? Kenapa aku tengak mata kau sembap je". Kata Adel yang risau melihat wajah Maira.

"Eh aku okay je". Maira cuba berdalih daripada Adel yang masih setia memegang tanganya.

"Betul ini? Macam mana petang tadi? Okay tak! Menu apa korang pilih?" Balas Adel teringat tentang pertemuan antara Maira, Izzat dengan Encik Latiff iaitu owner katering untuk majlis kahwinnya nanti.

"Okay je. Semua menu yang tip top aku pilih untuk majlis korang. Jangan risau la". Kata Maira berpura-pura gembira. Teringat kembali kata Izzat yang dia akan settlekan pasal menu itu.

"Alhamdulillah lega aku dengar. Maira doakan aku bahagia dengan Izzat eh" kata Adel seperti berharap Maira memberi restu.

Maira tersenyum kelat melihat wajah Adel. Semakin dia sakit hati melihat wajah bahagia Adel.

"Okay la Adel aku masuk bilik dulu eh". Kata Maira berlalu meninggalkan Adel.

************************

-Kita perlu berjumpa untuk selesaikan masalah ini!- pesanan ringkas daripada Izzat. Tersenyum Maira apabila membaca pesanan tersebut. 'Finally you'll be mine'.

-Okay. Tomorrow u pick up i tau.- Maira membalas sambil memikirkan pakaian yang akan dipakai esok.

-No! U nak kantoi ke? Esok kita jumpa dekat tempat biasa.- Maira mencebik selepas membaca pesanan tersebut. Dia hanya membalas 'Okay' kepada Izzat.

Maira cuba penjam mata selepas membaca pesanan Izzat. Moodnya rosak apabila Izzat masih memikirkan Adel. 'Macam la Adel tu nak tahu yang dorang nak keluar esok!'. 'Tak habis-habis Adel je yang kau fikir. Aku ini sikit pun kau tak hiraukan'. Tanpa sedar airmatanya mengalir terlalu sakit dia memendam rasa terhadap perbuatan Izzat. Akhirnya Maira tertidur dengan airmata yang mengalir di pipi mungilnya itu. Di dalam mimpinya segala kenangan lama kembali berputar.

*************

"Saya harap saudara segera berkahwin dengan cik ini". Suara tegas dari Encik Roslan imam surau di kampung tersebut. Dipandang gadis yang tunduk memandang lantai tersebut.

"Baik Encik. Saya akan segera bertanggungjawab dan bernikah dengan dia" balas pemuda tersebut. Memang silapnya kerana beria-ria mengajak gadis itu pergi bercuti di sebuah kampung dan siapa sangka mengundang padah kepada mereka apabila ditangkap khalwat.

"Alhamdulillah. Jika itu niat saudara baguslah. Tapi boleh saya tahu siapa nama dan umur kalian?" Balas Encik Roslan lagi. Gadis yang memandang lantai itu mengalirkan airmata. Tidak dapat dibayang nasib hidupnya nanti.

"Saya Iskandar dan ini Maira. Umur saya 17 tahun Dan Maira 15 tahun". Iskandar kelihatan tenang sambil menghulurkan Kad pengenalan untuk diperiksa oleh ahli surau.

"Saya rasa lebih baik saudara Iskandar segera berkahwin dengan saudari Maira. Untuk mengelakkan fitnah lagi". Encik Roslan cuba bertenang dalam menyelesaikan masalah tersebut.

"Buat masa sekarang ini saudara Iskandar dan saudari Maira diminta duduk berasingan sementara menunggu keluarga Maira datang ke kampung ini". Kata Encik Roslan lagi. Segera disuruh anak buahnya menelefon keluarga Maira.

Maira hanya menangis ketika memberi nombor telefon daddynya itu. Terbayang wajah bengis Encik Hashim apabila marah.

Setelah 2 jam menunggu ibubapa Maira sampai ke kampung Pantai Baru. Imam dan ahli surau menjelaskan perkara sebenar kepada Encik Hashim dan Puan Laila. Encik Hisham dan Puan Laila hanya memandang dengan pandangan penuh marah, kecewa dan sedih. Lantas pipi mungil itu menjadi mangsa kemarahan Encik Hisham. Maira memegang pipinya itu terasa perit apabila ditampar oleh Encik Hisham. Air matanya terus menerus mengalir sudah penat berkataan maaf diucapkan. Akhirnya dirinya dinikahkan dengan Iskandar dengan hanya sekali lafaz.

Hubungan Maira dan Iskandar berjalan seperti suami isteri yang lain namun begitu Iskandar tidak suka memperlihatkan Maira sebagai isterinya. Mereka masih terlalu mentah dalam hal rumah tangga. Maira sentiasa makan hati dengan perangai Iskandar yang selalu tidak pulang ke rumah pemberian ibubapa Maira. Semakin hari mereka sentiasa bergaduh kerana tiada sikap bertolak ansur dalam perhubungan. Akhirnya Iskandar meninggalkan Maira dengan alasan tiada kesamaan antara mereka setelah hampir 2 tahun bersama.

"Astagfirullah hal azim". Izzat meraup muka selepas tersedar dari mimpi kisah silamnya itu. Izzat segera menunaikan solat taubat dan solat istikharah untuk memohon petunjuk daripada-Nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience