"Morning ibu, ayah " Mil menyapa Datuk Azman dan Datin Rokiah yang sedang menikmati sarapan pagi itu.
"Ha Mil tak masuk office hari ini? Soal Datuk Azman apabila melihat anaknya itu berpakaian ringkas.
" Mil masuk office lambat sikit ayah, sebab tengah hari ini nak jumpa Datuk Idris. Lagi pun Mil nak bentangkan proposal kita untuk pembinaan Hotel di Pulau Pinang." Mil berkata sambil tangannya rancak menyapu jem perisa anggur itu di roti bakarnya.
"Kalau macam itu boleh la teman ibu jumpa adik kamu?" Datin Rokiah gembira untuk kenalkan Adel kepada Mil. Mil tergelak melihat perangai ibunya itu.
"Ibu sejak bila Syaukat suka kita datang jumpa dia ini?" kata Mil dengan mulutnya penuh dengan roti yang dimakan.
"Ish bukan Syaukat la, tapi Adel" hampir tersedak Mil apabila mendengar nama Adel.
"Ya allah budak bertuah ini, cuba makan betul-betul" bebel Datin Rokiah sambil menghulurkan secawan jus oren kepada Mil.
" Mil tak boleh teman ibu la" kata Mil setelah minum Jus Oren tersebut.
" Kenapa? Mil tak sudi nak jumpa Adel ke? " sayu suara Datin Rokiah. Ini yang buat Mil lemah bila melihat ibunya sedih.
"Bukan tak sudi tapi Mil rasa lebih baik ibu perkenalkan masa dengan Syaukat sekali" jawab Mil.
"Mil please teman ibu jumpa Adel "Datin Rokiah berharap Mil akan ikut dirinya bertemu Adel.
"Ibu tak boleh la, Mil kan nak jumpa Datuk Idris petang ini, sorry ibu" Kata Mil sambil memandang ibunya untuk berharap ibunya mengerti.
"Kiah awak ini, Mil kan sibuk janganlah kacau dia, petang ini abang teman jumpa Adel " kata-kata Datuk Azman dianggap penyelamat Mil. Mil kenyit mata kepada ayahnya tanda terima kasih .
"Amboi dua beranak ini, pandai sungguh berkerjasama eh" tersenyum Datin Rokiah melihat dua beranak ini berpakat.
*************
"Ibu, da lama sampai ke? " tegur Adel apabila melihat ibu angkatnya itu sedang bersembang dengan mamanya.
"Baru je sampai, mari sini duduk sebelah ibu" balas Datin Rokiah sambil menepuk sofa untuk Adel duduk disebelahnya.
"Jom Ira" Adel menarik tangan Maira untuk duduk disebelahnya. Terus Datin Rokiah memeluk Adel apabila Adel duduk disebelahnya.
"Ibu rindu la dekat Adel, Adel sihat ke?" Balas Datin Rokiah yang masih memeluk Adel. Maira hanya perhatikan tingkah laku Datin Rokiah.
Puan Noor perasaan perubahan air muka Maira, apabila mereka bertembung pandangan Puan Noor hanya tersenyum kepada Maira. Maira membalas senyuman Puan Noor itu. 'Mesti ira terasa hati'.
"Ira jom ikut Cik Noor kita buat pau hari ini " Balas Puan Noor menarik Maira dari terasa hati kerana tidak mendapat layanan dari Datin Rokiah.
"Wah sedapnya, jom Ira tolong Cik Noor". Maira membayangkan pau Cik Noor yang sedap dan gebu itu, terus perutnya terasa lapar. Maira dan Puan Noor menuju kedapur untuk menyediakan barang membuat pau. Adel hanya perhatikan Mamanya bersama Maira bergerak ke dapur. Adel tahu pasti Maira terasa dengan sikap Datin Rokiah yang banyak memberi tumpuan kepada dia sahaja.
"Adel dengar tak ibu cakap apa? " Datin Rokiah pegang bahu Adel yang kelihatan termenung panjang.
"Yee ibu, ada apa?" Adel tersedar dari lamunannya itu. Datin Rokiah tersenyum dan memeluk Adel.
"Ibu cakap pasal abang Mil kamu itu, dia sibuk sangat, sampai takde masa nak jumpa Adel " Datin Rokiah meluahkan perasaan terhadap perangai anak terunanya itu.
"Siapa abang Mil tu?" Soal Adel yang kelihatan bingung. Tergelak Datin Rokiah melihat Adel. Ketawa Datin Rokiah menarik perhatian Ira dan Puan Noor yang rancak membuat pau untuk makan petang mereka.
Puan Noor hanya tersenyum melihat manakala Maira menarik muka tidak puas hati terhadap Adel.
"Oh ibu lupa laa, sebenarnya ibu ada dua anak teruna gantang. Yang sulung ibu panggil Mil umur dalam 27 tahun. Sekarang memegang jawatan Ceo di syarikat, kehidupan dia asyik dengan kerja je. Satu calon isteri pun dia tak bawak untuk ibu, teringin ibu nak ada menantu tau. Yang bongsu pulak nama Syaukat, tahun ini baru berumur 24 tahun sekarang sedang menyambung pengajian peringkat degree di Uitm. Tapi perangai yang bongsu ini nakal sikit tau Adel " panjang lebar Datin Rokiah bercerita tentang anaknya itu.
"Wah nervous Adel nak jumpa anak ibu ini" balas Adel sedikit teruja campur takut.
"Jangan risau anak-anak ibu tak makan orang lagi" Datin Rokiah menyakat Adel.
"Haha, Adel risau anak-anak ibu tak dapat terima Adel je" Adel meluahkan risaunya itu.
"In shaa allah anak ibu dapat terima Adel, lagi pun ibu da bagi tahu dekat abang Mil tau, dekat abang Syaukat je belum lagi" Datin Rokiah cuba untuk menenangkan perasaan risau Adel.
"Ibu akan pastikan mereka dapat terima Adel tanpa rasa ragu-ragu" Datin Rokiah semangat berkata-kata.
Tersenyum Adel melihat Datin Rokiah yang semangat itu. Puan Noor berjalan membawa pinggan yang berisi pau manakala Maira membawa dulang yang berisi teko teh O panas untuk makan dan minum petang mereka di ruang tamu itu . Selepas selesai makan pau yang dihidangkan itu Adel dengan teruja bercerita kepada mamanya tentang anak-anak ibu angkatnya itu. Maira hanya memerhati sahaja dengan perasaan tidak puas hati. Terus dia mintak diri untuk naik ke bilik dengan alasan belum menunaikan solat asar lagi.
Ketika Maira menaiki tangga untuk ke bilik, dia melihat Adel dan hatinya berbisik 'tak lama lagi kau akan menderita, aku akan pastikan' . Tersenyum Maira dengan janji yang akan dia tunaikan iaitu membuat Adel menderita.
******************
"Assalamualaikum" ucap Encik Haris dan Datuk Azman serentak.
"Waalaikumsalam, abah dengan ayah pergi mana? " Adel bertanya selepas bersalam dengan abah dan ayahnya.
"Biasa la orang laki, mesti la lepak dekat mamak. Wah sayang sedapnya pau ini, gebu pulak tu" kata Encik Haris sambil tangannya rancak mengambil pau yang dihulurkan oleh Puan Noor kepadanya.
"Amboi abah sejak bila aktif jadi ajk persatuan lepak-lepak di mamak ini" kata-kata Adel membuat semua ketawa.
"Sejak abah jumpa ayah kamu ini, so nak join ke masuk persatuan abah" selamba Encik Haris membalas jawapan Adel selepas selesai menghabiskan pau yang ke-3. Adel ketawa mendengar jawapan abahnya itu.
"Eh tak boleh, Adel kena join persatuan ibu dengan mama tau sayang" Datin Rokiah membelai pipi Adel.
"Betul tu, Adel kena join persatuan ibu dan mama tau" kata Puan Noor pulak. Adel mengangguk kepala tanda setuju.
"Haris nampaknya kita kena cari ahli baru ini" balas Datuk Azman pulak.
"Takpe, Izzat dengan Ira kan ada" balas Encik Haris lagi.
Adel terdiam, hatinya merasa sesuatu apabila abah menyebut nama Izzat dan Maira. Terus tidak dilayan perasaannya itu dan cuba berlagak seperti biasa.
'Ini mainan perasaan je kot, okay Adel abaikan. U can do it'.Adel cuba bersikap positif. Di pandang Maira yang baru turun dari menunaikan solat itu dengan pandangan yang kosong. •Bagaimana jika Maira mengkhianati dirinya?• persoalan itu dibiarkan begitu sahaja.
Share this novel