"Abang!". Senyap.
"Abang". Laung wanita itu lagi. Dia berharap suaminya akan segera membuka pintu bilik. Namun hampa bila bilik itu seakan tidak berpenghuni. Panggilan nya langsung tidak di sahut oleh suami tersayang.
Di cuba sekali lagi mengetuk pintu bilik untuk menarik perhatian suaminya. Bunyi orang memulas tombol pintu jelas kedengaran.
"Kau nak apa?". Jerit suaminya dengan suara lantang.
"Jom makan. I dah masak". Sedikit gementar nada suaranya.
"Kau nak apa sebenarnya nya ha! Aku dah berkali-kali cakap jangan ganggu aku. Kalau kau nak makan atau apa sekali pun itu bukan hal aku. Pergi mampus kau!". Rambut isteri nya di tarik dengan kuat. Dia marah bila lamunan nya di ganggu oleh isterinya yang sah itu.
Air mata si isteri langsung tidak mengundang simpati di hati suami . Malah si suami berani mengangkat tangan untuk menampar wajah yang sudah menghancurkan kebahagiaan nya itu.
"Izzat!". Jerit Puan Maimon. Dia begitu terkejut dengan tingkah laku Izzat yang sudah seperti orang hilang akal.
Izzat berhenti menarik rambut Maira. Di pandang seketika wajah Maira dan Puan Maimon sebelum masuk ke bilik. Tangisan isteri nya langsung tidak di hiraukan, yang berada di fikiran nya ketika itu hanya Adel, Adel dan Adel. Senyuman kembali terhiasi di bibir nya itu.
Gambar gadis comel itu di usap dengan penuh kasih sayang. Dia akhirnya tenggelam dalam imaginasi nya bersama gadis tersebut.
"Aku pasti akan dapatkan kau kembali". Bisiknya sebelum mencium gambar tersebut.
*********
Puan Maimon mengetuk pintu bilik Izzat.
"Boleh ibu masuk?". Tanya Puan Maimon sebelum melangkah masuk ke bilik Izzat. Di perhatikan sekeliling bilik itu, penuh dengan gambar Adel. Jelas menunjukkan Izzat masih mencintai Adel.
"Izzat kenapa ini?" Lembut Puan Maimon menegur. Di pandang wajah kusut itu. Tersentuh hati kecik nya melihat Izzat dalam keadaan begitu.
"Takde apa". Ringkas Izzat membalas.
"Izzat kena belajar untuk redha. Mungkin semua ini ada hikmah nya. Jangan macam ini". Pujuk Puan Maimon. Dia memujuk Izzat dengan suara yang lemah lembut.
Izzat memandang tajam wajah Puan Maimon. Dalam hatinya ingin melawan kata-kata ibunya itu namun segera di pendam. Dia baring kembali dan memejamkan mata.
"Izzat dekatkan diri dengan Allah. In shaa allah Izzat boleh belajar untuk redha". Sambung Puan Maimon bila melihat anaknya itu seperti berada dalam 'dunia nya' sendiri.
Izzat menarik selimut sehingga ke paras dada. Bingkai gambar Adel tidak langsung terlepas dari tangannya. Di letakkan dengan cermat bingkai gambar itu di sebelah nya. Wajah comel itu menjadi tatapan matanya sebelum terlelap tidur.
Dari jauh Maira melihat perbuatan suaminya itu. Air matanya mengalir seperti air hujan. Dia terasa hati dengan sikap suaminya seakan sudah berubah sejak mereka menjadi suami isteri. Tiba-tiba bahu nya di sentuh oleh seseorang. Puan Maimon tersenyum untuk memberi kekuatan kepada menantu nya itu.
"Maafkan ibu dengan tindakan Izzat". Ucap Puan Maimon.
"Takpe ibu. Mungkin sudah tertulis takdir Maira macam ini". Ucap nya lagi.
Maira pandang wajah Izzat yang sudah nyenyak tidur itu. Sebaris senyuman menghiasi bibir Izzat. Mesti dalam mimpi nya Izzat berjumpa dengan Adel. Maira mengeluh perlahan.
"Ira tak kuat ibu. Kesian abang Izzat". ujur Maira dengan suara perlahan.
Dalam hati nya meronta-ronta ingin belaian dari seorang suami tapi lain jadi nya bila Izzat tidak menerima dirinya sebagai seorang isteri walaupun mereka sudah tinggal bersama hampir 3 bulan. Ini mungkin di sebabkan kesilapan dirinya juga. Dia terlalu pentingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Akhirnya dia terpaksa menanggung segala perbuatan nya ini.
"Bagi masa dekat Izzat. In shaa allah nanti dia akan okay. Ibu mintak maaf atas perangai Izzat". Ucap Puan Maimon lagi. Dia sedih melihat nasib anak menantunya itu.
"Ibu tak salah. Yang salah Ira. Ira terlalu pentingkan diri. Ira tak fikirkan tentang perasaan abang Izzat".
"Takpe. Doakan yang baik-baik sahaja untuk Izzat. Ibu doakan Ira dan Izzat mendapat kebahagiaan dunia akhirat". Puan Maimon memandang wajah anak lelakinya itu. Sedih hatinya melihat keadaan Izzat yang begitu tidak terurus. Tekanan emosi yang kuat menyebabkan Izzat tidak dapat berfikir dan menjalani kehidupan dengan normal.
"Kalau Izzat nak lepaskan Ira. Ira redha". Ucap Maira.
Terkejut Puan Maimon. "Tak baik cakap macam itu. Kita cuba selesai kan semua masalah ini dengan baik. In shaa allah Izzat akan okay".
Maira diam. Dalam hatinya berdoa semoga Izzat berubah dan sudi menerima dirinya dan Danial.
Danial sudah berumur 5 tahun tapi masih tidak merasa kasih sayang dari seorang bapa. Dia terpaksa buat semua ini untuk memberi kebahagiaan kepada Danial. Tak sanggup rasanya dia melihat Danial membesar tanda kasih sayang seorang ayah.
***********
"Kenapa?". Kat duduk di atas katil Mil. Kemas dan bersih. Bisik hatinya bila melihat sekeliling bilik Mil.
Mil memandang Syaukat dengan wajah serius.
"Kenapa macam ini? Tak boleh ke bagi peluang dekat Adel". Tanya Mil.
"Abang. Kita tak sepatutnya percayakan orang luar. Tengok apa yang sudah berlaku dulu. Kat dah serik!". Ucap Kat dengan nada perlahan.
Mil diam sambil fikirkan sesuatu. Dia tak boleh paksa Syaukat untuk menerima Adel. Itu mustahil sebab Syaukat terlalu berpegang dengan prinsip takkan percayakan orang luar.
"Abang bagi masa untuk Kat. Jangan risau. Kat takkan buat benda yang tak senonoh. Kat dah besar untuk fikirkan mana yang betul dan salah".
Mil tersenyum. "Tolong percayakan Adel kali ini. Dia budak baik".
Syaukat pandang wajah abang nya itu. Dia terasa sesuatu dengan sikap abangnya. Mil terlalu melindungi Adel. Tiba-tiba idea nakalnya menjelma.
"Abang suka dia ke?". Syaukat cuba mengetahui isi hati abang nya terhadap Adel.
"Suka". Ucap Mil sambil tersengih.
"Nope. I mean u falling in love?".
Terkebil-kebil Mil dengan soalan Syaukat. Dia berfikir sama ada ingin menjawab yes or no. Pasti Syaukat akan mengusik dirinya jika berkata 'yes'. Kalau 'no' sudah pasti dia akan mempunyai saingan baru jika Syaukat menyukai Adel dalam diam.
Syaukat ketawa terbahak-bahak. Dia geli hati melihat wajah abangnya itu. Dari reaksi Mil dia sudah dapat mengagak yang Mil menyukai Adel. Senyuman nakal terbit di bibirnya. Ini peluang nya untuk mengenakan abang nya dan Adel.
*******
Adel menarik nafas. Dia cukup gementar kali ini. Entah apa yang akan di fikirkan oleh ibu bapa nya jika melihat dua orang abang angkat nya itu. Dia termenung seketika.
Mil abang angkat nya yang di sangka sungguh 'annoying' suatu ketika dulu. Tapi sejak dia sakit Mil sudah berubah menjadi 'charming' di matanya. Dia senang bila berada bersama Mil kerana Mil terlalu melindungi diri nya. Adel terasa seperti di sayangi dan di hargai.
Syaukat pulak. Oh! Dia langsung tidak faham dengan karakter anak bongsu Datin Rokiah itu. Syaukat seakan mahu memusuhi diri nya. Segala apa yang di lakukan tidak kena di mata Syaukat.
Adel mengeluarkan telefon bimbitnya itu. Di tukarkan nama Mil kepada 'Prince Charming' manakala nama Syaukat di tukar kepada 'Prince Annoying'. Selesai menukar nama abang angkat nya itu satu pesanan mesej masuk.
-Eh Minah Sengal!. Make sure kau layan aku dengan baik tau di rumah kau nanti. Kalau aku tak puas hati. Kau siap!-
Adel mengeluh. Apa patut dia buat!
Share this novel