Adel termenung. Pelbagai soalan di fikirannya ketika itu. Siapa dia sebenarnya. Apa yang berlaku terhadapnya. Mengapa dia masih tidak boleh mengingati apa yang berlaku.
Pintu bilik di bukak. Puan Noor masuk bersama Datin Rokiah. Adel memandang mereka berdua. Dalam hatinya terdetik pasti salah seorang dari wanita tersebut ibu kandungnya.
Puan Noor hampiri Adel dan mencium dahi. "Ini mama sayang".
Puan Noor mengeluarkan kad pengenalan dari dompet Adel lalu di tunjukkan kepada Adel. Adel mengambil dan membaca nama yang tertera di kad pengenalan tersebut.
"Sekarang Adel dah tahu siapa nama Adel kan? Mari ibu perkenalkan yang lain kepada Adel. Kiah mari sini". Tangan nya melambai-lambai Datin Rokiah agar hampiri mereka.
"Ini ibu angkat Adel". Terang Puan Noor lagi. Adel mengangguk faham. Tangannya di hulurkan untuk bersalam. Tapi Datin Rokiah menarik Adel dan memeluk erat.
"Ibu janji akan pulihkan Adel". Ucap Datin Rokiah. Adel tersenyum membalas.
Puan Noor dan Datin Rokiah berkongsi cerita untuk kembalikan ingatan Adel. Namun Adel hanya mendengar sahaja kerana dia masih tidak mampu mengingati apa-apa.
*******
Tidur Adel terganggu bila mendengar bunyi pintu bilik di bukak. Matanya yang tertutup itu dibuka separuh sedar. Dalam kesamaran cahaya dari bilik itu Adel dapat melihat kelibat seorang yang melangkah masuk ke bilik.
Suasana sunyi seketika. Seolah tiada sesiapa yang memasuki bilik itu. Tiba-tiba bunyi seperti kerusi di tarik menarik perhatian Adel. Dia berdebar-debar. Kerusi itu di duduk oleh seseorang. Agak lama orang itu duduk dan merenung Adel dalam kegelapan.
"Huh!". Hembusan nafas itu menegakkan bulu roma Adel.
Adel beranikan diri untuk melihat. Dia membuka mata dan alangkah terkejutnya dia bila melihat lelaki itu
tersenyum sinis memandangnya. Adel meronta ingin lepaskan diri. Namun tangannya dipegang erat oleh lelaki itu. Lelaki itu kemudian menindih badan Adel dengan badannya.
"To..long.. tolong". Jerit Adel. Dia tidak dapat larikan diri dari lelaki tersebut.
Lelaki itu ketawa. "Haha. Kau nak lari ke mana ha. Perempuan tak guna!".
"Tolong lepaskan saya. Apa salah saya dekat awak. Tolong lepaskan saya". Rayu Adel lagi. Dia meronta-ronta ingin lepaskan diri.
"Salah kau terlalu besar. Sampai bila-bila aku takkan maafkan kau. Kau memang tak patut hidup dalam dunia ini. Mari aku tunjukkan kau hidup yang lagi indah". Lelaki itu mengeluarkan pisau lipat dari kocek seluarnya dan menggesel-geselkan pisau lipat itu di pipi Adel.
"Tolong kasihi saya. Saya tak kenal awak. Tolong lepaskan saya". Rayu Adel lagi. Dia menjerit saat hujung pisau tersebut mencucuk pipinya sehingga darah mengalir keluar.
"Sayang. Kenapa buat abang macam ini? Kenapa tak dengar penjelasan abang? Tahu tak sebab degil sayang lah abang jadi macam ini. Ini semua salah kau perempuan sial". Jerit lelaki itu. Dia mengangkat pisau tersebut sebelum menggores pipi Adel. Darah mengalir keluar dari luka torehan itu.
"Sakit tak sayang? Hmm rasanya tak sama dengan sakit dalam hati abang. Sayang mari sini. Abang bagi sayang rasa kesakitan itu". Adel menangis kesakitan. Dia tidak mampu melawan lagi.
"Shh! Jangan menangis sayang. Ala abang bagi rasa sikit je. Atau sayang nak rasa sakit tu hilang terus? Ha abang boleh buatkan. Tapi sebelum tu Izzat hanya cintakan Adel seorang sahaja. Ingat sampai mati tau sayang" ucap lelaki tersebut sebelum mata pisau membelah pergelangan tangan Adel. Darah membuak-buak keluar dari pembuluh saluran darah. Mata Adel terbeliak saat kesakitan mula menjalar di dalam urat sarafnya. Kini dia hanya memikirkan ajal nya sudah tiba.
"Oit!". Jerit satu suara. Adel terjaga. Keadaan bilik terang benderang. Di depannya berdiri seorang lelaki sambil mencekak pinggang.
"Itu la aku dah cakap jangan tidur lepas asar. Kan mimpi bukan-bukan. Nasib baik kau tak kena sampuk hantu". Sindir Syaukat.
"Sejak bila awak cakap? Hey. It's my life. Suka hati saya. Fyi saya tengah sakit sekarang ini okay".
"Adoi budak amnesia ini. Pandai pulak cakap omputih dengan aku. Kalau bukan ibu yang suruh aku jaga kau. Jangan harap aku nak datang sini jaga kau tau". Dengus Syaukat. Sakit hatinya melihat Adel yang sudah pandai berlawan cakap dengannya.
"Hey! nama saya Adel okay bukan budak amnesia. Kalau macam itu sila keluar. Saya pun tak harapkan bantuan dari awak".
"Oh really you don't need my help?". Tanya Syaukat. Wajahnya di dekatkan dengan wajah Adel sehingga Adel dapat merasa hembusan nafas Syaukat.
"Pervert!". Jerit Adel. Tangannya menolak badan Syaukat sekuat hati.
"Haha. Welcome to my world dear". Ucap Syaukat sebelum melangkah keluar dari bilik. Adel mendengus marah.
*******
"Ma. Siapa lelaki yang selalu jaga Adel? Kenapa mereka seolah-olah memiliki personaliti yang berbeza. Seorang layan Adel dengan baik lagi seorang layan Adel bagaikan musuh".
Puan Noor membelai rambut Adel. Dia tersenyum. Perangai Adel banyak berubah sejak di benarkan pulang ke rumah dua hari lepas.
"Mil dengan Syaukat. Mereka anak kandung ibu dan abang angkat Adel. Mil baik orangnya cuma Syaukat. Adel kena tahan sikit dengan perangainya. Dia tak suka orang lain masuk dalam keluarganya sebab itu dia layan Adel macam itu. Tapi mama yakin Syaukat sebenarnya seorang yang baik". Adel mencebik bibir.
"Tak baik buat macam ini". Tegur Puan Noor.
"Ma. Adel tak suka Syaukat itu. Dia tu suka buat Adel marah. Lagi satu mulut dia ya allah kalah orang perempuan tau. Kalau bab menyindir orang dia laa orangnya". Adel luahkan ketidakpuasan hatinya kepada Puan Noor. Puan Noor hanya tersenyum sahaja. Dia malas nak masuk campur urusan mereka asalkan tidak melebihi batas. Setakat berperang mulut itu dianggap normal baginya.
"Ma. Adel nak tanya ini".Tangan Puan Noor di pegang Adel
"Apa dia?". Tanya Puan Noor.
"Siapa Izzat?. Kenapa Adel kerap dapat mimpi pasal dia? Dia ada kena mengena dalam hidup Adel ke?".
"Izzat? Hmm macam mana Adel boleh tahu pasal Izzat?". Terkejut Puan Noor bila Adel bertanyakan tentang Izzat. Setahunya dia tidak pernah bercerita tentang Izzat kepada Adel sejak peristiwa tersebut.
"Adel mimpi. Dalam mimpi tu dia cakap nama dia Izzat dan dia tidak akan maafkan Adel atas apa yang berlaku. Ma apa yang berlaku sebenarnya?". Adel cuba memujuk Puan Noor untuk cerita tentang Izzat.
"Izzat bekas tunang Adel. Adel ingat Ira tak? Dia dah kahwin dengan Izzat". Soal Puan Noor. Adel geleng kepala.
"Nak mama teruskan cerita ke? Atau Adel nak rehat dulu". Tanya Puan Noor. Dia risau jika dia terus ceritakan mungkin Adel tak dapat memahami.
"Takpe. Teruskan Adel okay". Balas Adel sambil tersenyum.
"Okay mama ringkaskan. Ira sepupu Adel. Dulu dia pernah berkahwin dengan Izzat. Tapi Izzat tinggalkan Ira. 5 tahun kemudian Ira cari Izzat balik untuk tuntut hak yang diabaikan oleh Izzat. Tapi Izzat dah bertunang dengan Adel. Izzat dalam dilema samaada harus memilih Ira atau Adel. Dan Adel terlebih dulu bertindak dengan putuskan pertunangan ini. Izzat tidak dapat menerima keputusan yang Adel buat. Dia kerap mencari Adel untuk sambungkan balik pertunangan itu tapi Adel tetap tidak melayan Izzat sehinggalah Izzat jadi seperti sekarang".
"Kenapa dengan Izzat?".
"Hmm. Dia mengalami tekanan emosi. Sejak dari itu dia tidak dapat berfikir secara normal.
"Dan apa yang jadi dekat Adel ini ada kena mengena dengan Izzat ke?"
"A'ah".
Adel mengeluh. Salahkah dia putuskan pertunangan tersebut? Kenapa Izzat tidak dapat menerima keputusan tersebut?. Kepalanya tiba-tiba berdenyut-denyut sakit.
Adel memegang kepalanya. Dia seakan dapat melihat kenangannya bersama Izzat tapi kelihatan kabur.
"Adel masuk bilik dulu ye ma". Adel melangkah untuk masuk ke bilik tapi badanya terasa ringan sehingga dia rebah.
"Ya allah Adel”. Jerit Puan Noor
Share this novel
next