Tinggal lagi 3 bulan sebelum Adel menjadi isteri orang. Hatinya masih merasa seperti ada sesuatu yang akan berlaku. Entah mengapa puas dirinya mencari jawapan . Namun fikirannya buntu apabila memikirkannya, Adel beranggapan mungkin perasaan gementar yang membuatkan dirinya jadi begini.
Puan Noor perhatikan tingkah laku anaknya itu, dia merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adel. Perwatakan Adel juga kelihatan lain kerana Adel seperti berpura-pura gembira dihadapan orang tetapi dalam hatinya seperti pendam sesuatu.
"Adel kenapa mama tengak macam ada tak kena je sekarang ini? " Puan Noor ingin mengetahui isi hati anaknya.
"Entahlah ma, Adel macam tak sedap hati jee, macam ini ke perasaan bila kita da nak berkhawin nanti?" Adel meluahkan segalanya kepada ibunya.
"A'ah macam ini laa perasaan itu, dulu mama lagi berdebar-debar tau nak kahwin dengan abah kamu, sudah la tak pergi berjumpa" Tersenyum Puan Noor sewaktu terkenang kisah manisnya itu.
"Sekarang mama dah bahagia dengan abah kan? Adel nak ikut cara mama dan abah mencari kebahagian dalam perkahwinan" Adel berazam untuk ikut cara ibu bapanya.
"Amboi dua beranak ini kalau dah bergosip mesti lupa abah kan? Ini laa nasib takde anak lelaki" Encik Haris pura-pura merajuk. Dipeluk oleh Adel tanda memujuk abahnya.
"Abah ini jangan laa merajuk. Nanti tak handsome tau". Adel mengenyitkan mata dekat Encik Haris.
"Merajuklah Adel bukan nak gosip dengan abah, asyik dengan mama jee. Abah memang handsome dari dulu". Balas Encik Haris sambil tersengih mengusik Adel. Puan Noor hanya tersenyum melihat usikan suaminya itu.
"Abah selama-lamanya handsome di hati Adel tau. Oh abah Adel takut la nak kahwin nanti". Ucap Adel sambil memeluk lengan abahnya itu.
"Ini yang buat abah sayang sangat dekat Adel ini. Takut itu perkara biasa. Semua orang akan rasa bila ingin berkahwin. Cuma abah nak berpesan, isteri yang solehah adalah isteri yang taat kepada Allah dan suami. Jangan pernah melawan cakap suami". Adel mengangguk faham dengan penerangan abahnya itu.
"Lagi satu jangan pernah buat muka dekat suami tau sayang". Puan Noor pula menasihati anaknya itu.
"Ingat itu. Adel nanti dah jadi tanggunjawab Izzat. Semua yang abah dan mama ajar Adel terapkan dalam kehidupan seharian. In shaa allah hubungan korang akan diberkati oleh Allah S.w.t.". Encik Haris menasihati anaknya itu lagi. Anak perempuannya itu betul-betul menjadi penyeri hidup mereka sekeluarga.
"In shaa allah. Terima kasih abah mama. Sayang ketat-ketat". Balas Adel sambil memeluk erat ibu bapanya itu.
"Next week Maira nak datang rumah kita tau. Katanya nak bantu Adel buat persiapan perkahwinan". Encik Haris teringat kembali perbualan telefon dengan adik bongsunya itu.
Hashim. Adik bongsunya yang merajuk kerana berlaku salah faham antara mereka sehingga Hashim membuat keputusan untuk berpindah ke luar negara. Sungguh lama dia tidak berjumpa dengan adiknya itu sehingga terbit perasaan rindu. Kepulangan Maira akan mengubati kerinduan nya itu.
"Pakcu dah okay dengan abah ke? Alhamdulillah. Tak sabar rasanya nak jumpa Ira". Ucap Adel yang sedikit teruja bila sepupunya yang tua 2 tahun darinya itu akhirnya pulang ke Malaysia.
"Alhamdulillah. Pakcu dah maafkan abah. Lepas ini keluarga kita boleh jadi seperti dulu". Senyuman lebar terhias di wajah Encik Haris yang bermisai itu.
"Alhamdulillah. Abang bila Hashim dan Laila nak datang melawat kita?" Ucap Puan Noor pulak. Encik Haris tersenyum.
"Tidak katanya. Maira sorang sahaja yang balik Malaysia. Takpe la sekurang-kurangnya terubat rindu abang kalau dah jumpa Maira". Balas Encik Haris lagi.
"Alhamdulillah ada jugak orang yang nak tolong Adel kan abah. Nanti kita kumpul duit lepas tu pergi melawat pakcu dengan mak su okay". Ucap Adel. Tergelak Encik Haris dengan Puan Noor.
"Eh nanti awak tu dah jadi isteri orang. Mana boleh ikut abah dengan mama jalan-jalan". Balas Encik Haris.
"Alaa mama. Boleh la nanti Adel nak ikut jalan-jalan sekali". Rengek Adel dekat Puan Noor.
"Tak boleh. Nanti Adel kena jalan-jalan dengan Izzat tau. Bagi la peluang untuk abah daging dengan mama". Sekali lagi Encik Haris mengusik Adel.
"Abang. Tak baik tau usik Adel. Adel boleh ikut mama dengan abah kalau Izzat izinkan". Pujuk Puan Noor selepas melihat wajah sedih Adel.
"Yeah. Sayang mama". Ucap Adel sambil memeluk mama nya itu.
"Abah tak sayang ke?". Encik Haris pula bertanya selepas melihat Adel peluk isterinya itu.
"Mesti la sayang. Walaupun abah kuat usik Adel. Adel sayang abah dengan mama". Adel memeluk Encik Haris pulak sebelum pipinya di cium ibu bapanya itu. Tergambar kebahagiaan mereka di wajah masing-masing.
Share this novel