Bab 17

Romantic Comedy Series 49289

"Assalamualaikum". Izzat memberi salam sebelum melangkah masuk ke rumah Adel.

"Waalaikumsalam. Ha Izzat mari la masuk. Mana ayah dengan Ibu?" Encik Haris bertanya apabila kelibat bakal besannya tidak kelihatan.

"Ayah dengan Ibu singgah beli buah sekejap. Itu yang Izzat sampai dulu". Balas Izzat sambil matanya memerhati gubahan hantaran yang cantik itu.

"Takpe la kalau macam tu. Adel tolong bawak cawan lebih. Izzat da sampai ini". Laung Encik Haris dari ruang tamu. Tak lama selepas itu Adel datang membawa 3 cawan berserta kuih keria untuk dihidangkan.

"Abang tengok apa tu?" Tegur Adel apabila Izzat khusyuk melihat barang hantaran mereka.

"Eh takde apa la sayang. Cantik sayang buat." Balas Izzat sambil menghirup kopi o yang di tuang oleh Adel.

"Mesti la cantik. Tengok lah siapa yang gubah. Ibu dengan ayah mana?" Mata Adel melilau mencari bakal mentuanya.

"Ha tu pun da sampai. Izzat jemput ibu bapa kamu masuk". Belum sempat Izzat bersuara kedengaran enjin kereta yang berhenti dihadapan rumah Encik Haris . Izzat melangkah keluar selepas disuruh oleh Encik Haris untuk menjemput ibu bapanya itu.

"Assalamualaikum sihat ke abang?".
Tanya Encik Adam ketika bersalam dengan Encik Haris.

"Alhamdulillah sihat. Meh jemput masuk. Makan tengah hari dekat sini ye". Encik Haris pelawa keluarga Encik Adam masuk ke rumah.

Puan Maimon menuju ke arah dapur untuk menolong Puan Noor masak tengah hari. Dipeluk Adel dengan erat ketika berjumpa dan Adel yang terpinga-pinga dengan kelakuan bakal mentuanya membalas pelukkan tersebut. Akhirnya setelah selesai memasak makanan tengah hari Mereka semua menjamu selera dalam keadaan yang senyap.

*****************

"Sebenarnya ada sesuatu yang saya nak berterus terang. Sebelum tu saya mintak maaf banyak-banyak dekat abang dan akak". Balas Encik Adam dengan tenang.

"Apa dia bagi tahu la". Suara Encik Haris yang serius ketika memandang Encik Adam untuk mengetahui apa yang berlaku. Yang lain hanya diam membisu mendengar perbualan Encik Adam dan Encik Haris.

"Sebenarnya Izzat sudah berkahwin dengan orang lain". Puan Maimon menyampuk dengan penuh emosi.Di jeling Maira yang duduk bersebelahan dengan Adel. Air matanya mengalir lagi. Adel terkejut dengan apa yang didengarnya. Dipandang wajah Izzat untuk penjelasan.

"Mon biar abang yang terangkan". Encik Adam menegur isterinya yang ketika itu diamuk dengan emosi.

"Macam mana boleh jadi macam ini?" Soal Encik Haris sebelum melihat wajah anaknya itu.

"Izzat da berkahwin dengan orang lain. Kami pun tak tahu pasal ini. Baru semalam kami tahu pasal perkahwinan Izzat. Sebab tu kami datang sini untuk selesaikan masalah ini". Encik Adam menarik nafas, tak sanggup rasanya berkata-kata.

"Dengan siapa?" Tergetar-getar nada suara Adel ketika bertanya.

Encik Adam memandang Adel sebelum menyuruh Maira. "Maira tolong ambik sijil nikah korang". Adel pelik melihat Encik Adam menyuruh Maira mengambil sijil nikah. Hatinya berdebar-debar.

Sijil nikah bertukar tangan. Adel menangis selepas melihat sijil tersebut. Dia cuba untuk berlagak tabah walaupun airmatanya mengalir. Encik Haris dan Puan Noor terdiam melihat sijil tersebut.

"Tolong terangkan apa yang berlaku sekarang ini?" Adel bersuara dan memandang Izzat yang dari tadi hanya diamkan diri.

"Sayang abang mintak maaf. Abang.. " Izzat tak mampu untuk terangkan kepada Adel. Air matanya mengalir di pipinya.

"Adel aku mintak maaf. Aku tak sangka rupa-rupanya Izzat adalah suami aku. Memang aku mengaku aku balik Malaysia sebab nak cari suami aku.Tapi yang aku paling tak sangka suami aku itu tunang kau. Aku cuma nak tuntut hak aku sebagai isteri dia Adel". Maira bersuara bagi pihak Izzat. Dia pandang Adel yang menangis itu.

"Adel maafkan ibu. Ibu tak sangka akan jadi macam ini". Puan Maimon menuju ke arah Adel untuk memeluk.

Adel hanya senyap setelah mendengar penjelasan Maira. Sungguh dia tak sangka Maira isteri kepada tunangnya. Nafasnya ditarik dengan perlahan.

"Ibu, ayah, abah, mama, izzat dan ira maafkan Adel. Adel kena buat keputusan untuk kebahagiaan semua orang". Adel menarik cincin tunang yang tersarung di jarinya itu dan berikan kepada Maira. Semua terkejut dengan tindakan Adel terutama Izzat.

"Izzat rasanya elok awak bertanggungjawab dekat Maira dan Ira maafkan aku. Sekarang aku lepaskan hak kau. Oh lagi satu segala persiapan perkahwinan ini aku serahkan dekat korang. Kalau orang tanya cuma jawab aku lari dan kau kena ganti tempat aku". Balas Adel lagi. Dia da fikir masak-masak. Dipandang ibu bapanya untuk harapkan pengertian terhadap keputusan yang dibuat.

"Sayang abang boleh lepaskan Maira!. Tolong jangan tinggalkan abang." Jerit Izzat sambil menangis teresak-esak. Maira terkejut dengan tindakan Izzat.

"No you tak boleh lepaskan I. I lagi berhak atas you. Ingat anak kita perlukan belaian daddy dia". Balas Maira sedikit marah dengan tindakan Izzat yang seperti orang hilang akal. Adel hanya pejamkan mata.

"Cukup!. Ira aku lepaskan Izzat. Kau jangan risau aku tak kan ganggu hubungan korang lepas ini". Adel berkira-kira ingin meninggalkan ruang tamunya itu tersebut.

"Adel nak ke mana sayang? Maafkan ibu". Puan Maimon merayu untuk Adel duduk kembali.

Adel senyum kepada Puan Maimon dan bersalam kepada wanita yang sepatutnya menjadi ibu mentuanya itu. Langkahnya segera diatur menaiki anak tangga. Di dalam bilik Adel menangis semahunya, hatinya patah apabila mengetahui perkara tersebut. Dia mencari-cari telefun bimbitnya dan menghubungi seseorang.

********************

*Knock! Knock!.

Adel terjaga dari tidurnya setelah mendengar pintu biliknya diketuk berulang-ulang kali. Dicapai telefun bimbit untuk melihat jam.

'Pukul 5 petang rupanya. Ya allah siapa yang call dan text aku ini'. Adel periksa 40 panggilan tidak dijawab daripada Izzat. Nafasnya dilepaskan dengan kasar. Dicapai getah ikat rambut untuk mengikat rambutnya yang ikal mayang itu dan menuju ke arah pintu.

"Sayang are u okay?" Tanya Datin Rokiah dengan penuh risau terhadap Adel.

"Okay la sikit. Da lama ke ibu sampai? Maaf Adel tertidur tadi". Adel bersalam dengan ibu angkatnya itu.

"Takpe. So sekarang macam mana? Adel tinggal dengan ibu dulu buat sementara waktu nak tak?" Datin Rokiah memberi idea untuk mengubati kesedihan Adel.

"Memang itu plan Adel tapi kena bincang dengan abah dengan mama dulu laa. Takut Abah dengan mama tak bagi pulak". Apa-apa sekali pun Adel tetapkan utamakan ibu bapanya ketika membuat keputusan.

"Jangan risau. Ibu da bincang dengan dorang tadi. Abah dengan mama Adel bagi ikut ibu. Jom ibu teman Adel kemas barang". Tersenyum Datin Rokiah kepada Adel yang pandai hormat kedua ibu bapanya.

"Okay ibu". Adel bangun untuk mengambil luggage dan segera memilih pakaian yang akan dibawa ke rumah keluarga angkatnya itu.

*******************

"Abah, mama izinkan Adel ikut ibu untuk tenangkan fikiran". Adel bersalam dengan kedua ibubapanya.

"Pergi la. Tenangkan fikiran dulu". Encik Haris mengusap kepala anak gadisnya itu.

"Abah cakap dekat Izzat dan Maira yang Adel halalkan dorang guna hantaran semua tu. Lagi satu cakap Adel doakan semoga dorang bahagia sehingga ke anak cucu". Mengalir air mata Encik Haris melihat wajah Adel.

Puan Noor dan Encik Haris memeluk Adel sebelum mereka berpisah untuk seketika. Laju air mata Puan Noor turun apabila melihat anaknya itu. Diuji saat dia hingga mencapai kebahagiaan.

"Adel pergi dulu. Kirim salam dekat semua. Maafkan Adel" Puan Noor lap air mata yang mengalir di pipi anak gadisnya itu sebelum mencium kepala Adel.

Adel hanya memandang sayu ke arah ibu bapanya ketika kereta yang dinaiki bergerak meninggalkan halaman rumah. Datin Rokiah yang berada disamping Adel memegang erat jari Adel untuk memberi semagat kepada anak angkatnya itu. Dia berjanji akan bahagiakan kembali anak gadis yang sudah di anggap seperti anak kandungnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience