Bab 20

Romantic Comedy Series 49289

Selesai menunaikan solat Subuh Adel menyeluk tangan ke dalam sarung bantal untuk mencari telefun bimbitnya itu. Sengaja diletakkan telefunnya di dalam sarung bantal untuk memudahkan dia tenangkan fikiran tanpa gangguan. Dilihat papan skrin. •15 missed calls - 20 whatapps•

Ditekan 15 missed calls itu. •5 dari Abah• •10 dari Izzat•

Matanya kembali memandang notification whatappsnya, dengan perasaan berdebar-debar Adel membaca whatapps tersebut. Air mukanya berubah apabila melihat pesanan daripada Izzat.

•sayang tolong angkat call abang•

•please sayang. Jangan seksa abang macam ini•

•abang mintak maaf dengan apa yang berlaku. Balik la kita selesaikan masalah ini sama-sama•

Segera dia menutup telefun setelah membaca pesanan itu. Adel menarik nafas perlahan-lahan sebelum mengambil tudung untuk menolong Mak Iti yang sedang menyediakan sarapan pagi. Dengan langkah berhati-hati Adel turun anak tangga tanpa menyedari tingkah lakunya itu menjadi perhatian seseorang.

"Ehem!" Tegur suara yang boleh menbuat Adel pengsan akibat terkejut.

'Masya allah hamba allah ini. Kali ini da dua kali dia buat aku terkejut. Nasib baik dia anak tuan rumah ini. Kalau tak da lama aku smackdown habis-habisan'. Rungut Adel dalam hati sambil matanya menghadiahkan jelingan yang tajam sebelum laju turun tangga untuk mengelak dari melihat wajah pemuda tersebut.

"Hati-hati turun tangga tu. Nanti jatuh susah pulak abang Mil nak angkat". Jerit Mil sambil ketawa sebelum masuk kembali ke dalam biliknya untuk bersiap.

Adel akhirnya sampai ke dapur dengan wajah yang sebal. Mak Iti perasan perubahan wajah Adel sebelum menegur Adel.

"Adel kenapa ini? Okay ke?" Suara Mak Iti yang risau melihat keadaan Adel.

"Okay je. Boleh Adel tanya sesuatu? Abang Mil memang suka mengusik orang ke?" Soalan Adel dengan muka serius. Ketawa Mak Iti melihat wajah Adel yang serius itu.

"Mil tu memang kuat mengusik orang . Semua dalam rumah ini kalau boleh dia nak mengusik. Tapi sekarang Adel mangsa terbaru dia laa". Balas Mak Iti dengan ketawa yang masih bersisa.

Adel menarik muka apabila mendengar title yang diberikan itu. 'Mangsa terbaru' alahai apa la nasib dirinya ini. Mak Iti menepuk bahu Adel untuk tenangkan jiwa yang tengah bergolak itu. Adel pura-pura tersenyum dan dengan pantas dia menolong Mak Iti memasak bihun goreng.

Setelah selesai memasak bihun goreng. Adel dengan berhati-hati membawa mangkuk yang berisi bihun goreng itu ke arah meja makan. Matanya sengaja dibesarkan untuk melihat sebarang kelibat 'Prince Annoying'. Yee 'Prince Annoying' a.k.a Abang Mil. Akhirnya Adel menarik nafas lega bila melihat tiada kelibat atau kewujudan 'Prince Annoying'. Dengan riang dia meletak mangkuk tersebut dan mula menghiasi meja makan tersebut. Pinggan di letakkan bersama sudu dan garpu manakala cawan pulak diletakkan bersama alasnya.

Kemudian alas meja itu dibetulkan sambil dia meletakkan pasu hiasan di tengah-tengah meja tersebut. Setelah berpuas hati dengan hasil kerjanya Adel menepuk tangan tanda gembira.

Dari jauh Mil asyik perhatian kelakuan Adel yang mengundang gelak ketawanya. 'She so funny' . Mil berjalan ke arah Adel dengan langkah yang perlahan-lahan tanpa disedari oleh Adel.

Adel yang terasa seperti kehadiran seseorang disisinya terus memusingkan badan untuk melihat. Alangkah terkejutnya dia bila melihat Mil yang tersengih macam kerang busuk. Tubuhnya lembik nak pengsan tapi dengan pantas tubuhnya itu didakap oleh badan sasa Mil. Adel pandang wajah Mil sebelum jatuh pengsan tidak sedarkan diri. Mil yang panik terus menjerit memanggil Mak Iti yang berada di dapur untuk mintak tolong.

Datin Rokiah dan Datuk Azman yang terdengar suara jeritan Mil turun dengan keadaan tergesa-gesa untuk dapatkan Mil. Terkejut Datin Rokiah bila melihat Adel yang berada dalam dakapan Mil itu. Dipandang wajah Mil untuk dapatkan penjelasan tapi dengan pantas Mil mengangkat Adel menuju ke bilik tidur Adel.

Setelah diperiksa oleh Doktor peribadi keluarga Datuk Azman, Adel diberi ubat tidur untuk memulihkan semangatnya balik. Mil yang setia disisi Adel bangun untuk menghantar Dr Radzi ke pintu sambil mengucapkan terima kasih.

Setelah itu dia kembali duduk di sisi Adel yang sedang tidur itu. Datuk Azman dan Datin Rokiah sudah berada di ruang tamu untuk menerangkan situasi sebenar kepada Encik Haris dan Puan Noor.

**************

Dari jauh Encik Haris nampak seorang pemuda yang menundukkan kepala berada disamping Adel. Di tepuk bahu anak pemuda tersebut untuk sedarkan pemuda itu. Mil bangun apabila dikejutkan oleh Encik Haris. Tangannya dicapai untuk memohon maaf atas apa yang telah terjadi. Encik Haris hanya tersenyum sebelum memandang Adel dan mencium dahi anak gadisnya itu. Di ajak Mil untuk berbual di luar bilik Adel, Mil sekilas melihat wajah Adel sebelum mengganguk kepala dan melangkah ke luar.

"Pakcik saya mintak maaf dengan apa yang terjadi". Terbit wajah menyesal Mil.

"Takpa. Pakcik faham. Anak pakcik ini lemah semangat sikit. Pantang terkejut mesti begini jadinya. In shaa allah esok Adel akan sedar". Encik Haris tersenyum kepada Mil.

"Salah saya". Mil meraup wajah.

"Kita doakan yang terbaik sahaja okay". Encik Haris masih tenangkan hati pemuda itu.

"Mil, Abang Haris mari kita minum dulu. Biar Adel rehat". Laung Datin Rokiah dari ruang tamu. Encik Haris yang mendengar suara Datin Rokiah segera menarik tangan Mil untuk turun. Dengan berat hati Mil turun ke ruang tamu.

"Mil makcik tak salahkan kamu. Makcik kenal anak makcik macam mana. Dia memang jenis lemah semangat sikit tambah dengan masalah yang dihadapinya lagi. In shaa allah esok dia okay la tu". Puan Noor bersuara apabila melihat wajah bersalah Mil.

Mil hanya tersenyum kelat sebelum mengambil cawan dan tuang air teh untuk basahkan anak tekaknya itu. Dia serba salah bila melihat keadaan Adel. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu untuk menebus rasa bersalahnya.

Suansana kembali sepi sebelum Mil bangun dan meluahkan apa yang bermain di mindanya kepada orang tuannya dan ibu bapa Adel. Terkejut mereka bila mendengar apa yang dicadangkan oleh Mil.

"Kamu biar betul Mil?" Soal Datin Rokiah yang terkejut dengan cadangan Mil.

"Betul la. Itu pun kalau pakcik dan makcik izinkan". Balas Mil sambil memandang ibu bapa Adel. Puan Norr berpandangan dengan suaminya untuk mendapat persetujuan.

"Ibu tak izinkan!" Datin Rokiah sedikit emosi bila fikirkan tentang apa yang telah terjadi.

"Kiah kamu ini terlalu emosi. Biar Haris dengan Noor yang putuskan". Datuk Azman yang dari tadi hanya diamkan diri kembali bersuara. Encik Haris dan Puan Noor masih lagi diamkan diri.

"Baiklah. Kami setuju. Tapi dengan satu syarat". Balas Encik Haris setelah lama diamkan diri. Puan Noor melihat suaminya dengan terkejut.

"Apa syaratnya?" Mil kelihatan tidak sabar untuk mengetahui syarat yang dikenakan.

"Kamu mesti ditemani oleh seseorang. Tak kisahlah ibu kamu atau Mak Iti. Asalkan tidak berdua." tegas Encik Haris bersuara untuk mengelakkan dari berlaku fitnah.

Tersenyum Mil. Sekurang-kurangnya perasaan bersalahnya kurang sikit jika dia yang menjaga kebajikan Adel sepanjang Adel tidak sedarkan diri ini. Dipandang wajah ibunya untuk harapkan bantuan. Datin Rokiah hanya mengganguk kepala tanda setuju.

"Alhamdulillah. Terima kasih pakcik makcik". Ucap Mil sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya itu.

"Sama-sama. Terima kasih juga sebab sudi jaga anak gadis pakcik. Maaf pakcik tak boleh bawa Adel balik rumah sebab hujung minggu ini perkahwinan Izzat dan Maira akan berlangsung". Ucap Encik Haris dengan suara yang sebak. Puan Noor sedih bila melihat suaminya sebak. Hatinya sakit bila kenangkan pernikahan Adel yang tak jadi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience