"Mil! Mari sini ibu nak cakap sesuatu". Datin Rokiah cuba mengajak anaknya bujangnya itu untuk bersembang.
"Ibu bukan sekarang, Mil ada meeting dengan Tan sri Aziz".Mil mengambil briefcase dan bersalam dengan Datin Rokiah
"Ish anak aku ini, payah betul bila nak ajak bersembang, asyik busy 24 jam. Bila la agaknya aku nak dapat menantu ini" Datin Rokiah membebel luahkan tidak puas hatinya itu.
"Kiah oiii apa yang awak membebel itu. Meh sini teman abang sarapan". Panggil Datuk Azman bila mendengar bebelan dari isterinya itu.
Datin Rokiah menghampiri suaminya sambil membuat muka tidak puas hati.
"Abang cuba nasihat anak teruna abang tu, asyik kerja sahaja bila nak luangkan masa dengan kita". Balas Datin Rokiah lagi.
"Ye laa nanti abang nasihat dekat dia, da mari kita makan, lepas ini kita melawat kawan lama abang " Datuk Azman makan tanpa menunggu kata putus dari isterinya.
"Siapa kawan lama abang tu?".Datin Rokiah cuba meningati kawan lama suaminya itu.
"Haris, awak tak kenal dia, sebab dia kawan sekolah abang". Datuk Azman menjelaskan kepada isterinya
"Baiklah abang" Kata Datin Rokiah tanpa banyak soal.
************
"Assalamualaikum". Laung Datuk Azman. Loceng rumah teres 2 tingkat itu di bunyikan seiring dengan salam yang diberikan.
"Waalaikumsalam, masya allah Man da lama sampai ke?". Encik Haris bersalam bersama Datuk Azman.
"Baru sahaja sampai ini. Wah! ramai jugak orang yang datang menolong". Datuk Azman kagum dengan sifat kejiranan di taman perumahan kawannya ini.
"Alhamdulillah ada jugak orang yang sudi tolong aku. Ringan sikit beban aku bila ada orang tolong ini". Balas Encik Haris sambil tersenyum.
Mereka masuk ke rumah milik Encik Haris itu. Datin Rokiah segera hampiri Puan Noor untuk menolong mana yang patut memandang kenduri kesyukuran akan diadakan tengah hari ini. Datin Rokiah cepat beramah mesra dengan Puan Noor itu. Adel yang menyedari kelibat Datin Rokiah segera hampiri mereka.
"Adel mari sini. Mama nak kenalkan dengan Datin Rokiah". Laung Puan Noor sanbil melambai-lambai anaknya itu ke arahnya.
"Datin ini anak perempuan saya. Namanya Adel. Ha Adel ini pulak Datin Rokiah". Adel bersalam dengan Datin Rokiah.
"Eh tak payah panggil Datin laa kak Noor. Panggil kiah je kan nampak mesra. Adel pulak kena panggil ibu boleh?". Puan Noor tersenyum melihat perangai Datin Rokiah yang merendah diri itu.
"Boleh Datin!. Eh silap ibu". Pipi Adel di cuit oleh Datin Rokiah.
"Tengok tu panggil ibu la sayang. Datin nampak macam orang luar pulak terlalu formal sangat kan." Balas Datin Rokiah.
"Okay ibu. Jom kita makan Adel dah lapar la". Adel mula menyenduk nasi goreng kegemarannya di pinggan.
"Ish anak dara ini! Kalau lapar sangat jangan la lupa baca doa. Tak lama lagi nak jadi isteri orang adab tu kena jaga tau". sempat lagi Puan Noor memberi nasihat.
"Mintak maaf mama. Adel lapar sangat dari semalam tak sempat nak makan. Okay sekarang Adel baca doa makan". Selesai membaca doa makan, Adel makan dengan penuh selera sambil diperhatikan oleh Datin Rokiah.
'Comel nya anak ini. Alangkah baiknya Adel menjadi menantu ibu, tapi tak mungkin la kerana Adel akan menjadi milik orang lain dan bukannya milik anakku'. bisik hati Datin Rokiah.
Puan Noor perasan cara Datin Rokiah memandang Adel sambil tersenyum.
'Adel pandai sungguh kamu menarik perhatian orang dengan tingkah lakumu'. Bisik hati Puan Noor pula.
Sejak kecik Adel sentiasa menjadi perhatian ramai. Ini kerana Adel mempunyai rupa paras yang comel dan tingkah lakunya sentiasa mencuit hati orang. Sehinggakan sikap Adel disenangi ramai orang ditaman perumahannya itu. Puan Noor bersyukur mempunyai anak seperti Adel yang boleh memberi kebahagiaan kepada orang lain.
Share this novel